jellynajal's blog

Jelly is sweet, but Jellyna is sweeter.

Siapa ini?

My Photo
jellyna
Selangor, Malaysia
View my complete profile

02 November, 2009

Backpack cum Friendly Harness

Dedulu.
Masa shopping kat KLCC baju adikSyasya.
Mama nampak la menda alah ni kat rak-rak situ.

Uh.
Menarik nih.
Budak macam Syasya cam sesuai pakai menda ni.
Bukan Syasya jer kot.

Semua budak yang tak geti duduk diam setempat time berjalan-jalan elok sangat beli.
Semua budak yang mak bapak dia suka berjalan-jalan pon elok sangat beli.

Sangkut kat belakang, macam pakai beg. Dah memang dia beg. Kalau berjalan tempat sesak, pasang tali tu. Agak-agak Syasya nak lari jauh sket jer, tarik tali tu. Hehe.

Leh letak kain, botol susu, puting Syasya. Ooopss. dah besar isap puting lagi, Syasya?

Kalau tengok memang macam tah pape la sikit.
Pasang tali kat anak.
Tapi.
Lagi elok la daripada anak hilang?
Kan? Kan?

Harga?
RM49.90.
Sila la beli.
Apa la sangat RM49.90 nak dibandingkan jika anak hilang?

Selain KLCC.
Ada gak dijual di Manjaku.
Kedai barang-barang baby tu.
Cariklah.

Beg monyet pon ada.

Lembu pon ada.

Jadi.
Nanti mama belikan satu untuk Syasya yek.
Kalau beli skang pon, kita bukan nak jenjalan dah.
Kita dok umah jer pasni.
Jaga adik.
Lalalala.

Coretan: Omputih dah lama pakai ni.

31 October, 2009

Farhad's Fan Page

Hari Khamis lepas.
Sorang member sages untuk menjadi Fan dia dalam fesbuk.
Dapat je e-mail tu, aku terus jer klik kat link tu.
Tanpa fikir panjang, terus je accept jadi fan dia.

Tu ada la muka-muka aku kenal yang jadi fan Farhad gaks. Hehe.

Masa bukak fesbuk dia tu.
Memang ada muka aku sorang je dalam tu.
Dalam hati.
Wah, aku yang pertama kah?

Sekali tu.
Rupa-rupanya memang aku yang pertama.
Wah wah wah.
Sangat bertuah.
Farhad pon dah umumkan dalam blog dia hediah apa aku dapat.
Yeay!
Thank you fren!


Aku nak bagitau kat seme orang apa hadiah aku dapat~ Lalala


Buat sesiapa yang tidak mengenali Farhad atau nama glamernye Wahdi itu.
Sila layari blog beliau http://stillwahdi.blogspot.com.

Farhad suka amik gambar.
Sume gambar-gambar yang dia amik, cantik-cantik.
Dia juga sangat kreatip.
Memang suka sangat dengan kerja dia masa kerja sama-sama dedolu.

Anyway.
Aku doakan ko berjaya dalam apa jua bidang yang ko ceburi.
Aku memang akan support semua kawan-kawan aku.
Tak kira siapa pun.
Setulus ikhlas hati ku ni.
Wah, ayat?

Coretan: Dan dan promote ek sebab dpt hadiah? LOL!