Bosan Dengan Makanan

>> 19 May, 2005

BREAKFAST
Tak tau nak makan apa..
Roti pon bosan, dah makan breakfast @ McDonald, dah makan nasi lemak, roti canai, mee goreng, meehoon, kuetiau goreng, tak tau nak makan apa lagi untuk breakfast. Apa lagi breakfast yang sesuai untuk dimakan di waktu pagi?

Kadang-kadang rasa macam kena masak, tapi apakan daya, tak sempat nak masak. Kalau dapat buat hotdog rebus + coleslaw + capsicum, uish mesti sedap giler. Tak pun, goreng daging burger, buat sos black pepper letak cendawan butang yang dihiris nipis-nipis..hmmm sedapnya.

Tapi tak boleh la nak buat semua tuh. Aku kena bangun pagi sepagi yang boleh. Dah nak kena kejar komuter 6.45 pagi. 6.30 pagi dah kena keluar rumah (itu kire paling lambat la aku boleh keluar, kalau lambat lagi, nanti lambat sampai office..) Sekarang pon kena bangun pukul 6 pagi, maknanya kalau nak masak kena bangun pukul 5 pagi la lebih kurang. Tak sanggup la aku, tidur dah la lambat, nak kena bangun cepat pulak.

LUNCH
Lagi la tak tau nak makan apa. Susahhh nyaa...Aku dah bosan makan makanan biasa. Lauk pauk biasa yang ada dekat kedai berdekatan. Kadang-kadang tengahari pon makan keropok lekor jek sebab bosan tahap cipan (ini istilah member aku kalau tak bosan giler). Kekadang aku bosan, aku order ler jugak ayam goreng McD ke KFC Original ke...Tapi makan fast food nih bukan boleh selalu. Tak baik untuk badan. Nanti asyik makan ayam jek aku punya lemak pun macam lemak yang ada kat badan ayam.

Kalau pegi hang out kat luar time lunch okeh jugak. Keluar dari lingkaran office aku nih. Tapi apa je yang ada sekitar office aku. Takde apa langsung! Membosankan. Segala-galanya membosankan. (Keje pon bosan jugak). Sekali sekala aje lah member ajak keluar makan..Aku memang jarang tolak kalau member ajak aku keluar makan sebab aku BOSAN makan.

DINNER
Part nih memang best. Kalau part yang ini pulak, aku memang tak boleh nak tolak dan aku juga jarang menolak. Sebab kalau time dinner aku dapat makan dekat rumah. Dekat rumah makanan tak bosan, walaupun makanan yang sama aku makan selama dekat suku abad tapi aku tak pernah bosan. Memang mengkagumkan. Itulah penangan masakan ibu. MASAKAN IBU.

CONCLUSION
Tiada apa yang dapat menandingi masakan ibu walaupun chef yang terulung di dunia sekalipun...

0 komentar:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP