Dah longgar

>> 27 March, 2007

Yea! Dah longgar. Seluarku dah longgar. Ada kemajuan nampaknya. Dulu ketat dekat bahagian tertentu. Kali ini dah longgar. Nampaknya impian untuk memiliki seluar idaman semakin hampir. Mesti teruskan azam. Lebih bersemangat.

Read more...

Tersentuh hatiku

>> 23 March, 2007

Hari Jumaat hari yang menggembirakan. Masa rehat panjang. Banyak plan yang dirancang. Hari ini ke Mines. Sambil berjalan dan berbual, ternampak seorang yang berkerusi roda. Baru balik dari Giant agaknya. Nampak barangan dalam plastik Giant di belakang kerusi rodanya. Sedang memusing roda kerusi rodanya untuk bergerak. Kami berjalan di belakangnya. Mengekor dari belakang.

Di satu selekoh, nampak dia memperlahankan pergerakannya. Susah untuk membelok. Kerana hanya sebelah tangan digunakan untuk menggerakkan kerusi rodanya. Rasa hendak membantu. Rasa ingin memegang penolak di belakang kerusi rodanya. Rasa ingin memudahkan tolakan yang dilakukannya.

Tersentuh hatiku. Walaupun masih rancak berbual, mataku tetap memerhatikan si dia yang bersusah payah menggerakkan kerusi roda itu. Ingin tahu ke mana arah tujuannya dia. Sayu. Aku rasa mungkin ke tempat orang-orang sepertinya. Memang ada di Mines. Sebab itu di Mines wujud satu kawasan gerai khas untuk orang yang tidak berupaya berniaga.

Aku merasakan betapa beruntungnya kita yang cukup dan sihat anggota badan. Bersyukurlah kita dengan anugerah dan nikmatNya. Mohon dipermudahkan kehidupan kita. Amin.

Read more...

Mr H

>> 22 March, 2007

Siapa Mr H? Topik ini bermula dari salah seorang rakan yang menceritakan kisah Mr H. Dan tiba-tiba Mr H menjadi popular di custom mesej YM pada hari ini. Tertanya-tanya siapakah dia?

Diringkaskan cerita. Mr H ialah budak kelas rakan ofisku semasa di sekolah rendah. Rakanku ini bertemu dengan Mr H di salah satu shopping kompleks ketika sedang bershopping. Petikan dari blog rakan tersebut:

Mr H : Kalau kat Starhill mesti mahal, kan? Aku pun leh beli beg-beg tu semua sebab gaji aku besar tapi bukan cantik pun beg-beg tu... (Must be expensive, being sold in Starhill. I can afford them too, I draw a big salary but they don't really look smart)

Me : O.K


Mr H : Aku lagi selesa beli beg kat kedai-kedai biasa sebab aku dah puas pakai beg-beg tu semua... (I prefer buying bags in ordinary shops as I had outgrown using those bags)

Me : Yer ke? ( Really? )


Mr H : Aku dah sampai satu point dah jemu dah, ala aku nak beli satu kedai pun boleh (I have reached a point where I am no longer excited about them. I can afford to buy the whole shop if I want)

Me: Kenapa tak nak beli? (Why didn't you then?)


Mr H : Sebab aku malas (I wasn't up to it)

Me : Kalau kau dah puas dan jemu pakai beg-beg tu semua, kenapa Mulberry pun ko tak penah dengar? (If you are tired of using all those bags, why did Mulberry sound peculiar to you?)


Coincidentally, while I was crossing the road infront of Lot 10, I saw him driving his national, wannabe version of the highly-rated Mini Cooper, with blaring exhaust... Well, EVERYONE turned and looked at his car... I really pity him... For me, he is just a clear case of Cognitive Dissonance...

Moralnya di sini. Janganlah jadi manusia yang ada PHD. Cemburu berlebihan. Yang tutur katanya meninggi. Setinggi langit. Tetapi dirinya sebenar tidak sehebat mana. Mungkin sebenarnya dia cemburu dengan kelebihan yang orang lain kecapi.

Situasi yang serupa juga pernah berlaku dengan salah seorang rakan. Sedang berjalan dalam sebuah kedai baju kanak-kanak. Hamster. Sambil melihat-lihat baju, seorang minah (rakan sepejabat) bersuara:

Mrs Toot: Eii, mahal je lebih. Bukan cantik pun!
Malangnya tiada siapa yang membalas kata-kata minah itu. Semua terdiam. Berkata-kata di dalam hati sahaja (Kalau takde duit, jangan la kata baju tu tak cantik. Diam dah la!).

Dasar orang berlagak! Another clear case of Cognitive Dissonance...


Hamsters are cute!

Read more...

Kamera

>> 21 March, 2007

Kecewanya! Kamera terjatuh. Bila nak guna, baru tersedar yang LCD skrin kamera pecah. Arghh. Kamera yang merakam pelbagai detik memori. 3 tahun bersama kamera itu. Walaupun bukan Nikon D70. Walaupun bukan LCD skrin 3.0". Walaupun bukan 10 megapiksel. Tapi itulah kamera yang banyak berjasa. Merakam detik suka dan duka. Dari seorang, berdua, kemudian bertiga. Semuanya dapat ditangkap, disnap, disimpan. Melalui kamera Canon Powershot A400 itu.

Mungkin cukup bulan nanti, kena bawa kamera itu ke klinik untuk dirawat. Sayang kalau tidak dirawat. Mungkin ada yang berkata, beli yang baru saja. Tapi banyak juga ongkos yang diperlukan untuk membeli yang baru. Nantilah. Jika dapat duit yang turun dari langit. Nanti.

Read more...

She's Back!

>> 20 March, 2007

Custom message YM 20 March 2007:

misswelnut: Dh Start daa...ckp kat phone kuat2..org taknak dgr la wei

swanazainal: utk jadi seperti yen-yen: step 1: lepas ni nak cakap kat fon kuat2 jugak

azieda_hamid: roha kena pakai penyumbat telinga..nanti dier cakap lagi kuat dah 3 bulan pendam suare..

myself: yen yen boleh ajer?

goto80s: langkah 2: jgn wat keje ikut deadline..


Pelik bin Ajaib. Tidak diketahui bagaimana terjadi. Selepas 3 bulan. Ingatkan wajah dan tubuhnya tidak akan muncul lagi di syarikat ini. Tiba-tiba, ternampak kelibat yang biasa dilihat 3 bulan lepas. Dia ke? Betul dia..Disahkan lagi kewujudannya dengan custom message YM yang hangat di pagi hari. Sah! Memang dia. Kenapa masih wujud di sini?

Ke mana hilangnya dia selama ini? Selama 3 bulan. Dia digantung kerja kerana masalah yang dibawanya kepada rakan sekerja dan projek. 3 bulan dia digantung. 3 bulan. Ingatkan dia takkan muncul lagi. Sepatutnya memang patut dia dibuang kerja. Menyusahkan orang. Semua yang pernah bekerja dengan dia, menanggung kesengsaraan.

Patutkah? Tak faham mengapa sanggup menyimpan orang sebegini. Ini syarikat melayu. Mengapa mengagung-agungkan bangsa lain. Mengapa menyayangi bangsa lain. Bukan semangat perkauman. Tapi, ini realiti. Bangsaku mungkin tidak segembira dan sebertuah dia jika berada di syarikat bangsa lain itu. Mungkin ditindas. Dikeji. Diperlekehkan. Mengapa. Mengapa sebegini bodoh. Dungu. Adilkah kepada orang lain? Kepada kami?

Macam mana hari-hari yang bakal mendatang. Bekerja bersama perempuan itu. Tidak!

Read more...

Terapi Minda

>> 16 March, 2007

Terapi, (térapi) rawatan sesuatu penyakit fizikal atau mental secara proses pemulihan tanpa penggunaan ubat atau pembedahan.

Minda, akal fikiran, daya berfikir.

Terapi Minda = Rawatan kepada akal fikiran secara proses pemulihan tanpa penggunaan ubat atau pembedahan.

Mungkin betul, mungkin salah gabungan maksud ayat itu. Setiap orang ada cara untuk menerapikan mindanya. Aku? Ada cara tersendiri. Shopping complex. Cuci mata. Tak beli. Tengok pun jadi. Itu caraku. Release tension. Seriously! Best! Kalau nasib baik, jumpa unsangkarable SALE. Barangan branded jadi murah gila-gila. Fuhh! Menggoda sanubari. Kalau dengan member(s) lagi, sama kepala. Aku tak beli, dia yang beli. Sorang tu, orang lain beli 1 helai, dia beli 2 helai. Seronok tengok dia. Konon taknak, at the end, dia pulak yang lebih.

Nak cari pants untuk menambah koleksi. Eh, nak tambah? Bukan tambah. Kena beli baru. Sebab yang lama dah tak muat. Arghh, tension! Bila try, tak muat. Seluar idamanku. Tak muat?? Kenapa begini? Gemuk? Tension!


Antara pants idamanku

Kena tanamkan azam. Kena kuruskan badan. Kena cari solution supaya boleh membeli dan memakai seluar idamanku. Mesti. Ini azamku.

Read more...

When people deserved to be a monkey

>> 15 March, 2007

Kisah seorang rakan. Out of nowhere. Suddenly, tunang dia minta putus tunang. Setelah 6 tahun. Seriously? Aku pun sama bengang jugak dengan mamat tu. Tak patut sungguh. Macam-macam alasan dia beri. Ahh, lupakan die my friend. Orang macam tu memang tak layak untuk ko. You deserved a better man. Believe me. Ada hikmah di sebaliknya. Teruskan hidup ko. Bunga bukan sekuntum. Kumbang bukan seekor. Masih ada ayah dan ibu. Masih ada adik-beradik. Masih ada kawan-kawan. Life must go on! Biar tuhan membalasnya. Biarkan. Biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya. Biarkan..

Kategori monyet yang boleh disamakan dengan mamat tu

Read more...

Senyum terlebih

>> 11 March, 2007

Hari ini ada 2 kenduri kahwin. Satu di Melaka. Satu di Puchong. Melaka, lauk biasa-biasa jer. Kurma daging dah berbuih. So, tak makan. Suka acar melaka. Sedap. Acar dibuat menggunakan cili hijau dibelah yang dibelah dua + bawang + rempah. Sedap.
Kat Puchong, sampai dah pukul 4.30 petang. Majlis dah habis. Tapi, layanan seriusly best! Lauk pun sedap. Daging dendeng, ayam goreng rempah dan apa ntah lagi. Ditambah dengan lauk pengantin = ayam golek + ikan siakap sweet sour. Desert, kek pengantin. Langkah kanan.
Sweety makan kek giler banyak. Lepas makan kek tu, perangai die jadi pelik, asyik tersenyum tunjuk gigi jer. Pelik, pelik. Agaknya hormon adrenalin dia bertambah kot lepas makan kek. Lawak betul tengok dia.
Tersengih disuapkan kek

Me, My sis & Sweety (yang masih tersenyum)

1 happy family

Read more...

Umbai, Melaka

>> 10 March, 2007

Family treat kat Umbai, Melaka. Sebenarnya balik kampung ada kenduri kahwin. Malam takde buat apa, jadi plan pegi Umbai makan ikan bakar. Tak penah makan situ walaupun kampung dekat jer. Kampung kat Merlimau. Perjalanan ke Umbai dalam 15 minit je dari Merlimau. Tapi tu pun susah nak pegi.


Sampai sana, memang nampak happening. Sebenarnya tak faham sangat konsep Perkampungan Terapung Ikan Bakar. Bila pegi sana, baru faham. Konsepnya ialah banyak restoran ikan bakar di bawah satu bumbung. So, kita pilih la mana-mana restoran yang dirasakan menarik. Order dan makan.



Dapat rasakan mak begitu gembira sekali. Abah pun. Rasa puas. Walaupun selalu jugak treat family tapi jarang makan kat luar. Sebab abah jenis tak suka makan luar. Asik ke surau jer. So, kali ini sebab balik kampung, ada chance la bawak mereka keluar. Sebenarnya, ini cara aku balas budi mereka selama ini. Tiada lain yang mampu aku ungkapkan. Terima kasih mak dan abah!

Read more...

Syukran Jazilan

>> 09 March, 2007

9 March 2007. Macam ramai je yang gembira pagi ni. Semua yang menanti selama ini, berterima kasih. Kenapa? Tahniah semua yang terkena tempias itu. Itu adalah hadiah untuk titik peluh kamu selama ini. Aku? Bersyukur kepada Yang Maha Esa. Dia yang menentukan rezeki ku. Aku hanya perlu berusaha ke arah itu. Syukran Jazilan.

Read more...

Zoo Negara

>> 08 March, 2007

Bulan Januari. Melawat zoo negara. Saja nak kasi sweety kenal binatang-binatang. Nak tengok Discovery kat tv, dah buang plak. Sebab dah tukar Fun. So, kena bawak pegi zoo. Lagi best. Secara live.


Banyak binatang yang dapat disaksikan secara live. Tapi tak semua gambar dapat disnap. Ada yang jauh. Goyang. Camera pun bukan powerful sangat. Rehat sekejap kat kandang rusa. Sempat la snap gambar sweety ngan rusa-rusa..yang busuk.


Jalan-jalan. Jumpa orang tengah feed gajah. Orang ramai pun boleh bagi gajah makan tebu. Gajah pun berada dekat jer. Ambil kesempatan yang ada, snap gambar dengan gajah pulak. Bila dah nak balik, tiba-tiba ada kotoran jatuh daripada atas. Taik burung rupanya. Nasib baik tak kena kepala. Kena sikit la kat pram sweety. Huh!

Akhir kata, satu dedikasi untuk binatang yang lemah, lembab dan berat. Aku tak lembab macam ko kura-kura.

Read more...

Steamboating


Last two weeks, pegi makan stimbot kat KL. Memang selalu pegi makan stimbot kat situ. Dan selalunya, yg aku perasan (atau aku yang perasan) bila kitaorg makan je stimbot tu, tiba-tiba, ramai je orang yang lalu lalang akan singgah dan makan stimboat tu juga. Tuan punya stall stimbot tu kena bagi free la, sebab kitaorg pelaris.

Budak kecik yang sentiasa ada di mana-mana

Terliur..nyam..nyam

Stall stimbot ni dekat area KLCC. Opposite Citibank KL, depan Bisik Bistro and Pub. Kalau makan stimbot, boleh dengar orang nyanyi dalam pub. Senang. Tak payah masuk pub pon boleh jugak dengar lagu.


Inilah Bistro dan Pub - BISIK..

Inilah rupa stimbot yang kitaorg makan tu. Ada macam-macam lagi. Tapi dah dimakan.


Read more...

Show me the money!

>> 07 March, 2007

7hb Mac 2007. Sampai skang check Maybank2u.com, masih takde bayang. Kecewa. Bosan. Semua due date hutang dah datang menjengah. Meninjau. Meminta dilangsaikan. Apa daya. Aku bukan orang yang berdaya. Tiada daya. Sesuatu yang tidak dapat ku kawal. Sekali lagi. Ungkapan bosan saja yang mampu diluahkan dari hati, otak, mulut. Tolong.

Masih mendengar rumours. Floating malam ni. Hopefully aku antara orang yg bertuah. Mengharapkan kemasukan pada hari Sabtu. Desperate. Susah macam ni. Banyak rancangan akan tergendala. Tak sanggup mengecewakan dan dikecewakan.

Read more...

Welkam Back

>> 06 March, 2007

Lama giler tinggalkan blog ni kesepian. 2 tahun terbiar sepi. Last post bulan May 2005. Pastu aku senyap terus. Aku lupa terus. Yang aku ingat, bulan June 2005 tu aku nikah. 11 June 2005. Patut la aku senyap terus. Dah mulakan hidup baru rupanya. Terlalu sibuk dengan kehidupan baru. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran permata berlian yang disayangi. Lupa terus dengan blog ni.

Now, i'm back. Dengan semangat baru. Semangat yang bercampur baur. Semangat yang terbahagi dua. Semangat yang hilang. Dan. Semangat yang semakin membara. Semangat yang hilang kerana bosan. Semangat yang semakin membara kerana kehidupan baru. Entah. Perlukan kekuatan untuk mengemudi semangat-semangat ini. Teruskan.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP