Tersentuh hatiku

>> 23 March, 2007

Hari Jumaat hari yang menggembirakan. Masa rehat panjang. Banyak plan yang dirancang. Hari ini ke Mines. Sambil berjalan dan berbual, ternampak seorang yang berkerusi roda. Baru balik dari Giant agaknya. Nampak barangan dalam plastik Giant di belakang kerusi rodanya. Sedang memusing roda kerusi rodanya untuk bergerak. Kami berjalan di belakangnya. Mengekor dari belakang.

Di satu selekoh, nampak dia memperlahankan pergerakannya. Susah untuk membelok. Kerana hanya sebelah tangan digunakan untuk menggerakkan kerusi rodanya. Rasa hendak membantu. Rasa ingin memegang penolak di belakang kerusi rodanya. Rasa ingin memudahkan tolakan yang dilakukannya.

Tersentuh hatiku. Walaupun masih rancak berbual, mataku tetap memerhatikan si dia yang bersusah payah menggerakkan kerusi roda itu. Ingin tahu ke mana arah tujuannya dia. Sayu. Aku rasa mungkin ke tempat orang-orang sepertinya. Memang ada di Mines. Sebab itu di Mines wujud satu kawasan gerai khas untuk orang yang tidak berupaya berniaga.

Aku merasakan betapa beruntungnya kita yang cukup dan sihat anggota badan. Bersyukurlah kita dengan anugerah dan nikmatNya. Mohon dipermudahkan kehidupan kita. Amin.

0 komentar:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP