Sehari di kampung

>> 28 April, 2007

Biarlah gambar yang menceritakan percutian kami. Budak-budak perempuan itu adalah sepupu kami di kampung. Memang suka sangat bergambar. Asyik enterframe.

Budak-budak yang tak mandi pagi...

Mereka berlari..

Dan memanjat...

Budak ini sahaja yang mandi pagi

Read more...

Hari Lahirku

>> 24 April, 2007

Sedar tak sedar. Bertambah lagi satu angka pada umur aku. Sedikit sahaja lagi, angka depan juga akan bertambah. Menandakan yang aku semakin bertambah matang. (Bukan tua, ya..). Semakin banyak pengalaman hidup. Semakin banyak pancaroba yang dihadapi. Yang penting, harus lalui hidup yang bakal mendatang dengan lebih cekal. Perlu menanam azam untuk merobah kehidupan untuk kebahagiaan, dunia dan akhirat...

Bulan April adalah bulan hari lahir dalam keluarga kami. Adik bongsu, 17 April. Adik kedua, 22 April. Aku, 24 April. Tidak lupa juga. Kawan-kawan yang aku sentiasa ingat tarikh hari lahir mereka. Zach, rakan satu dorm semasa sekolah menengah, 29 April. Jijah, rakan semasa di universiti, 20 April.

Tidak lupa juga. Ex-boyfriend ketua dorm aku semasa di Sains Muar, sama tarikh lahir dengan ku. Beza pada tahun sahaja. Dah tentu ketua dorm aku tiada jodoh bersamanya. Kerana ketua dorm ku itu telah berkahwin dengan orang lain.

Semoga semuanya menyambut hari lahir dengan gembira bersama-sama orang tersayang di samping mereka. Semoga Allah SWT memberkati hidup kita seadanya.

Read more...

Menara Tinjau (Look Out Point)

>> 23 April, 2007

Menara Tinjau

Kita boleh melihat seluruh pemandangan Kuala Lumpur dari tempat ini. Apa saja kita boleh tinjau di sini. Yang penting, kena bawa teropong..kot...


Luas saujana memandang..

Seluas orang ini..hehe

Read more...

Transformasi

>> 12 April, 2007

Sewaktu membelek koleksi gambar Sweety dalam komputer peribadi, tersedar yang kami menyimpan gambar-gambar Sweety dalam posisi yang sama. Yang berbeza hanyalah umurnya. Nampak sungguh perubahan tersebut. Saksikanlah...











Hasilnya...dia semakin kurus...

Read more...

Lagu & Memori

>> 10 April, 2007

Pasti semua orang ada lagu yang mengaitkan dengan sesuatu memori. Memori suka... Memori duka...

Love Me for A Reason nyanyian Boyzone, 1995

Memori duka. Terkenang hari aku dan seorang rakanku menyanyikan lagu ini. Rakanku beria-ia menyanyi lagu ini dalam kelas. Masihku ingat. Dia tersangat gembira. Begitu juga aku. Menyanyi dalam kelas. Bukan belajar, menyanyi pula kami.

Selepas kelas, kami berjalan balik bersama-sama ke dorm masing-masing. Dorm kami berdepanan. Aku suka pinjam beg sekolah dia. Converse. Hitam. Aku pakai beg dia. Tiba-tiba dia masuk ke dorm aku. Terus mengambil beg yang aku pinjam. Kelam kabut. Sepantas kilat. Terus hilang. Aku termangu-mangu. Kenapa pula ni?

Beberapa minit kemudian..baru aku tahu. Ibunya meninggal dunia dalam sebuah kemalangan jalan raya. Kemalangan di lebuhraya Utara-Selatan. Di Muar. Dekat sangat dengan sekolah kami. Dari Johor Bahru ke Muar untuk berjumpa dengan anak kesayangannya. Tetapi hajat ibunya tidak kesampaian. Sedih. Terkilan. Tak sangka. Baru tadi kami bergembira menyanyi bersama.

Mungkin betul kata orang tua-tua, "Jangan gembira sangat, nanti sedih jadinya". Mungkin juga semua ini hanya kebetulan. Ajal dan maut di tangan tuhan.

12 tahun sudah berlalu. Setiap kali aku mendengar lagu ini, setiap kali juga aku akan teringat memori ini.

Ku sedekahkan al-Fatihah untuk ibunya. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP