Lagu & Memori

>> 10 April, 2007

Pasti semua orang ada lagu yang mengaitkan dengan sesuatu memori. Memori suka... Memori duka...

Love Me for A Reason nyanyian Boyzone, 1995

Memori duka. Terkenang hari aku dan seorang rakanku menyanyikan lagu ini. Rakanku beria-ia menyanyi lagu ini dalam kelas. Masihku ingat. Dia tersangat gembira. Begitu juga aku. Menyanyi dalam kelas. Bukan belajar, menyanyi pula kami.

Selepas kelas, kami berjalan balik bersama-sama ke dorm masing-masing. Dorm kami berdepanan. Aku suka pinjam beg sekolah dia. Converse. Hitam. Aku pakai beg dia. Tiba-tiba dia masuk ke dorm aku. Terus mengambil beg yang aku pinjam. Kelam kabut. Sepantas kilat. Terus hilang. Aku termangu-mangu. Kenapa pula ni?

Beberapa minit kemudian..baru aku tahu. Ibunya meninggal dunia dalam sebuah kemalangan jalan raya. Kemalangan di lebuhraya Utara-Selatan. Di Muar. Dekat sangat dengan sekolah kami. Dari Johor Bahru ke Muar untuk berjumpa dengan anak kesayangannya. Tetapi hajat ibunya tidak kesampaian. Sedih. Terkilan. Tak sangka. Baru tadi kami bergembira menyanyi bersama.

Mungkin betul kata orang tua-tua, "Jangan gembira sangat, nanti sedih jadinya". Mungkin juga semua ini hanya kebetulan. Ajal dan maut di tangan tuhan.

12 tahun sudah berlalu. Setiap kali aku mendengar lagu ini, setiap kali juga aku akan teringat memori ini.

Ku sedekahkan al-Fatihah untuk ibunya. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.

0 komentar:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP