Selamat Hari Lahir Nur Bat'risyia

>> 28 May, 2007

Isnin. 28hb Mei 2007. Genap setahun umur si kecilku. Tak sangka. Sekejap sahaja masa berlalu. Pejam celik, pejam celik. Sudah setahun berlalu rupanya.


Mama sayang Syasya...
Maaf kalau kadang-kadang mama marah Syasya. Maaf kalau kadang-kadang mama lupa salin diapers Syasya. Maaf kalau mama lambat buat susu Syasya sampai Syasya menangis. Maaf kalau mama terleka biar Syasya main seorang diri sampai terluka.




Mama sayang Syasya...
Semoga Syasya akan membesar menjadi anak yang baik. Anak yang solehah. Mama akan cuba jadi ibu yang terbaik untuk Syasya.





Lagu ini khas untuk Nur Bat'risyia, si kecil ku sayang:


Semoga Abadi (MISHA OMAR)

Kau datang bagaikan mimpi
Kau hadir daku sedari
Sekian lama kunanti
Kau di sini

Mungkin kehendak Ilahi
Segalanya kujalani
Biar lelap tidurmu
Dipelukku

Cinta ini
Kupersembahkan
Setulus hati kasih
Kepadamu

Seandainya engkau mengerti
Hanya kau kumiliki
Dalam hidupku
Kasih sayang ini
Semoga abadi
Kan kubawa sampai akhir nanti



Selamat Hari Lahir Sayang... Mama sayang Syasya...

Read more...

Anuar Zain

>> 27 May, 2007

Semasa berbual dengan sepupu di YM (yahoo messenger), tiba-tiba ternampak imej paparan yang tertera gambar dia bersama Anuar Zain. Tak guna! Seriously minat gila dengan Anuar Zain. Bagi ku, dia ada daya tarikan yang membuatku tertarik dengannya. Gayanya. Senyumnya. Suaranya. Sangat menarik.
Anuar Zain

My cousin with Anuar Zain

Biarlah apa orang kata mengenai dia. Aku tetap meminati Anuar Zain. Semua orang yang pernah berjumpa dengan Anuar Zain, berkata yang dia tidaklah tinggi sangat. Nampak dia macam tinggi, kan? Biasa-biasa sahaja. Tidak tinggi sangat pun. Menurut my cousin, Anuar Zain lembut. Lembut sangat. Nyah? Bukan nyah. Tapi dia lembut. Macam Jaafar Onn? Entah. Hampir seperti bapuk. Ke memang bapuk? Entah. Abaikan. Tak kisah. Tetap minat Anuar Zain.

Yang ini nampak macam lembut... (gambar tidak berapa clear)

Yang ini lagi nampak macam bapuk...(sori Anuar, I berterus terang)

p/s: Teringat video seorang gadis kecil menyanyikan lagu Anuar Zain. She's so cute!

Read more...

Pangkor Island

>> 24 May, 2007

Teruja. Itu yang dapat aku ungkapkan apabila melihat gambar-gambar ini. Aku teruja melihat kegembiraan mereka di sana. Aku teruja melihat mereka berseronok. Aku teruja untuk pergi ke sana. Aku sangat teruja. Lihatlah betapa gembiranya gadis berdua ini. Mengundang cemburu juga dalam hati aku melihat keseronokan itu.

2 gadis comel..

Bermain buai..

Ceria, hilang segala gundah

Minah rempit...ahahaha

Sebelum ber'snorkling'...

Selepas ber'snorkling'...

Selepas melihat gambar-gambar ini. Aku teruja untuk pergi bercuti seperti mereka. Tunggulah. Akan ku pergi jua satu hari nanti bersama insan-insan tersayang ku. Tunggu...

Read more...

Happy Birthday My Love

>> 07 May, 2007

Selamat hari lahir my love. Meraikan hari lahir dengan makan-makan. Ingatkan ada menu lamb chop. Rupanya, promotion sudah tamat. Lantas, makan sahaja menu yang sedia ada. Kemudian kami berjalan-jalan sambil bergambar. Semoga panjang umur. Semoga dimurahkan rezeki. Rezeki kita bersama juga. Semoga sukses dalam hidup. I love you...

Menu malam itu

Like father like daughter

Riang ria Ribena

Teka di mana tempat ini?

Merenung air

Kami bertiga...

Read more...

Sepetang di rumah atuk

>> 02 May, 2007

Sempena cuti Hari Buruh dan Wesak, satu sesi berkumpul telah diadakan di rumah atuk. Biasalah, kalau berkumpul, aktiviti wajib kami ialah makan. Dan makan. Dan makan. Bagaimana pun, seperti biasa aku kurangkan aktiviti pemakanan itu demi merealisasikan impianku untuk kurus.

Generasi ke-3 dan generasi ke-4

Sambil-sambil itu, sempat juga merakam kanak-kanak generasi ketiga dan keempat bermain-main di halaman rumah atuk. Ada pondok ala orang asli. Ada pasir. Seronok mereka bermain masak-masak. Masak menggunakan pasir. Terkenang semasa aku kecil.

Masak pasir
(Mana punya kuali yang derang dapat)

Pondok orang asli

Aku juga pernah bermain masak pasir seperti mereka. Bukan pasir sahaja. Masak biji getah pun ada. Dulu, kawasan rumah atuk lebih hutan dari sekarang. Pernah juga, aku dan sepupu-sepupu memasak nasi menggunakan tin susu yang orang buang. Curi sedikit beras atuk di dapur. Hidupkan api menggunakan ranting-ranting kayu. Kemudian masak nasi. Memang nasi tersebut masak. Tapi tidaklah kami makan. Hanya untuk suka-suka. Menghabiskan boreh ajo.

Seperti di kawasan pantai kan?

~ Syasya ~

Ct, Hajar, Enoi (Gen-3) & Syasya (Gen-4)

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP