Sepetang di rumah atuk

>> 02 May, 2007

Sempena cuti Hari Buruh dan Wesak, satu sesi berkumpul telah diadakan di rumah atuk. Biasalah, kalau berkumpul, aktiviti wajib kami ialah makan. Dan makan. Dan makan. Bagaimana pun, seperti biasa aku kurangkan aktiviti pemakanan itu demi merealisasikan impianku untuk kurus.

Generasi ke-3 dan generasi ke-4

Sambil-sambil itu, sempat juga merakam kanak-kanak generasi ketiga dan keempat bermain-main di halaman rumah atuk. Ada pondok ala orang asli. Ada pasir. Seronok mereka bermain masak-masak. Masak menggunakan pasir. Terkenang semasa aku kecil.

Masak pasir
(Mana punya kuali yang derang dapat)

Pondok orang asli

Aku juga pernah bermain masak pasir seperti mereka. Bukan pasir sahaja. Masak biji getah pun ada. Dulu, kawasan rumah atuk lebih hutan dari sekarang. Pernah juga, aku dan sepupu-sepupu memasak nasi menggunakan tin susu yang orang buang. Curi sedikit beras atuk di dapur. Hidupkan api menggunakan ranting-ranting kayu. Kemudian masak nasi. Memang nasi tersebut masak. Tapi tidaklah kami makan. Hanya untuk suka-suka. Menghabiskan boreh ajo.

Seperti di kawasan pantai kan?

~ Syasya ~

Ct, Hajar, Enoi (Gen-3) & Syasya (Gen-4)

0 komentar:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP