Goodbye Itaz

>> 29 June, 2007

15hb Jun 2007. Majlis perpisahan Arnieta Rosli. Salah seorang rakan pejabat. Setelah hampir 4 tahun bekerja bersamanya. Akhirnya. Arnieta mengalah...

Arnieta mengemas di hari terakhirnya dengan MMSC...

Bukan mengalah dengan syarikat. Bukan mengalah dengan tekanan kerja. Bukan mengalah dengan kawan-kawan. Dia mengalah dengan komuter. Yang menjadi kenderaan utamanya ke tempat kerja selama 4 tahun. Dia mengalah dengan kejauhan tempat kerja. Serdang --> Port Klang.

Majlis perpisahan yang syahdu. Mulanya tidaklah nampak kesyahduannya. Walaupun semasa Arnieta sendiri yang sedih memberi ucapan. Arnieta tidak terkata. Telah lama dibendung kesedihan tersebut. Namun, semuanya tampak masih boleh mengawal lagi air mata.

Tetapi. Setelah Kak Shonna mengucapkan kata-kata perpisahan kepada Arnieta. Tidak dapat menahan titisan air mata dari mengalir. Diikuti dengan Kak Hani. Yang juga memberi ucapan dalam tangisan. Kak Bib. Tidak terkata. Tidak mampu untuk Kak Bib memberi ucapan. Hanya menyorok di belakang kerusi. Menahan kesedihannya...

Kak Shonna dan Itaz yang muka masih sedih...

Apapun Arnieta. Ku ucapkan semoga kau berjaya. Walau di mana jua. Ingat kenangan pahit manis yang pernah kita lalui semasa di MMSC. Betapa susahnya kita pada mulanya. Betapa sengsaranya kita terpaksa bermalam di ofis pada minggu pertama bekerja. Betapa sengsaranya kita terpaksa bekerja di kilang MidModal. Menampal buku teks.



Makanan yang disediakan sempena jamuan


Sedih, sedih juga. Makan, makan juga. Ek?

Ucapan Itaz di hari terakhir. Sila klik di sini.

Coretan: Ada lagi gambar. Tunggu entry seterusnya jer...Tak sabar nak upload entry ni.

Read more...

Mines Cruise Pontoon Boat

Pontoon Boat? Ini rupanya nama bot yang popular di kalangan pekerja di sekitar Seri Kembangan berdekatan dengan stesen komuter Serdang satu ketika dulu. Popular ketika tambangnya masih murah. Tambang RM1 sahaja sehala. Sekarang sudah naik harga. RM2 sehala. Pergi balik RM4. Baik naik kereta atau teksi.

Berlatar belakang bot Pontoon

Cantik betul kediaman di belakang...

Seronok ye 1st time naik bot...

Sudah lama ku idamkan untuk bergambar ketika menaiki bot ini. Tetapi selalu tidak kesampaian. Akhirnya. Terlaksana juga. Bersama adik ku (dalam gambar-gambar yang dipaparkan).

Akan tetapi. Apa yang menjengkelkan ialah pemandu bot Pontoon tersebut seakan memandang hina diriku yang sibuk bergambar. Apa? Ingat pendatang asing ke? Macam salah pula bergambar dengan 'bot dia'.

Memandangkan pemandu itu asyik memandang kami yang sibuk bergambar. Akhirnya. Aku terpaksa membuat satu kenyataan untuk memastikan dia tidak lagi memandang serong terhadap kami.

Berikut merupakan kenyataan yang terpaksa aku buat:

Me: Dia ni tak penah naik bot ni. So, itu yang amik gambar tuh. (Sambil menunding kepada adik aku menggunakan muncung mulut)

Pemandu bot: Ohhh! Takpe-takpe. Amiklah gambar banyak-banyak.

Me: (Senyum paksa...Sibuk ajer dia nih!)

Selepas itu, aku sempat merakam gambar pemandu itu. Sebagai bukti. Padan muka. Biar semua orang tahu siapa dia nanti.

Inilah pemandu bot tersebut. (Gambar dari belakang je!)

Coretan: Ku rasa pemandu bot Pontoon itu orang seberang... Iya! Karena slanga percakapannya seolah-olah dari sana.

Read more...

Durian

>> 27 June, 2007

Sekarang ini. Kerap dilihat orang menjual durian di tepian jalan. Semakin lama semakin ramai orang menjual durian. Musim durian telah tiba kembali.

Buat kecur air liur. Lama sangat tak makan durian. Lebih-lebih lagi durian kampung.

Aduh! Sedap. Dapat pekena durian kampung. Lazat. Lemak berkrim. Disukai ramai (ramai ke yang suka durian?).

Buah-buah durian

Durian sedang dikopek

Nyam! Nyam!

Bahagian ini dinamakan 'Kucing Tidur' (Betul ke??)

Read more...

Pagi bersama HotFM

>> 26 June, 2007

Setiap pagi. Perjalanan ke tempat kerja ditemani radio HotFM. Suka mendengar celoteh Fafau dan FBI. Selamba. Lawak.

Pagi ini topik berkisar tentang "Cinta selepas Kahwin". Seorang makcik menelefon Fafau dan FBI. Menceritakan kisah cintanya yang bertahan selama 20 tahun. Lawak. Kelakar. Terpaksa gelak dalam kereta seorang diri. Mesti orang lain kata aku biol. Gelak sorang-sorang.

Antara dialog makcik tersebut dengan Fafau bersama FBI (Lebih kurang macam ni):

Fafau: Apa kisah cinta awak?

Makcik: Saya bercinta 20 tahun lamanya.

FBI: Lamanya bercinta. Kenapa awak tak kahwin?

Makcik: Mungkin sebab saya masih muda...Belajar lagi...

Fafau: Awak kahwin umur berapa?

Makcik: Umur 18 tahun.

FBI: (Tergelak sakan)

Fafau: Bercinta 20 tahun! Kahwin umur 18. Bercinta dari dalam perut la ni yekkk??(Tergelak sambil konfius-konfius)

Kelakar. Ketawa seorang diri aku dalam kereta. Macam mana makcik tu boleh perasan dia bercinta 20 tahun? Padahal kahwin umur 18 tahun. Macam mana dia kira? Perasan konon bercinta lama la tu.

Coretan: Suka dengar HotFM.

Read more...

Mug

>> 25 June, 2007


Mug ini kenangan masa zaman belajar di Johor dulu.

Mug ini telah membantu menghilangkan dahaga.

Mug ini sudah digunakan bertahun lamanya.

Mug ini kalau hilang akan membuatkan diri ini sedih.

Mug ini dulu ada sudu tapi nyawa sudu itu tak panjang.

Mug ini akan kusimpan selama yang mungkin.

Read more...

Peminat Fanatik Anuar Zain

>> 13 June, 2007

Salah satu contoh peminat fanatik Anuar Zain. Mungkin ada yang pernah menonton video klip ini. Untuk tatapan. Untuk hiburan. Comel sangat! Selamat menonton.



Coretan: Comel sangat budak ini. Sampai gaya pun dia ikut Anuar Zain. Itulah erti kata peminat setia. (Dengar cerita, dia dah gedik skang ni)

Read more...

2 tahun berlalu

>> 11 June, 2007

11 Jun 2007.
2 tahun berlalu. Sedar tak sedar.
Dari seorang. Kemudian berdua. Seterusnya bertiga.
Bahagia. Suka. Duka. Pahit. Maung.
Semuanya pernah dirasai bersama.
Doaku agar supaya kekal hingga selamanya, perhubungan kita.
Semoga Allah SWT sentiasa memberkati keluarga kita.
I love you ...

Sempat beli kek (kek murah jer)

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan ke-2!!

Read more...

Rendang dan Roti

>> 05 June, 2007

Pagi. Bersarapan rendang bersama nasi himpit yang dibuat sendiri.

Rendang ayam

Tengahari. Ke Bangi untuk menikmati roti bakar. Hanya pernah mendengar nama sahaja. Kali ini dapat menjejakkan kaki ke situ. Kata rakan yang memperkenalkan kopitiam ini milik Kid Search.

The signboard

Bangi Kopitiam ~ Let's eat together-gether

The T-shirt

Di dalam...

Bagi orang yang pertama kali makan roti bakar di Kopitiam, roti bakar di Bangi Kopitiam ini memang sedap. Butter yang cair di dalam roti bersama dengan lapisan kaya...Memang menggiurkan. Tak cukup makan satu. Terasa hendak lagi. Memang best.

Shanghai Bun & Roti Bakar

Shanghai Bun Butter Kaya

Read more...

Taman Teluk Gedung Indah, Port Klang

>> 04 June, 2007

Balik ke rumah atuk dan nenek di Klang. Sempat bermain di taman permainan mini di hadapan rumah atuk. Hanya ada papan gelongsor sahaja. Daripada raut wajah seperti dipaksa main sahaja. Nampak tertekan.

Uish, tinggi gak gelongsor ni. Agak-agak boleh turun tak?

Di celah-celah...

Eh eh...dah sampai bawah la...

Apa la yang nak kena buat lepas ni?



Uwaaa...taknakkk..boringgg...

Yea! Dah tak payah main dah...

Aik? Bosan lagi ke?

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP