Goodbye Itaz

>> 29 June, 2007

15hb Jun 2007. Majlis perpisahan Arnieta Rosli. Salah seorang rakan pejabat. Setelah hampir 4 tahun bekerja bersamanya. Akhirnya. Arnieta mengalah...

Arnieta mengemas di hari terakhirnya dengan MMSC...

Bukan mengalah dengan syarikat. Bukan mengalah dengan tekanan kerja. Bukan mengalah dengan kawan-kawan. Dia mengalah dengan komuter. Yang menjadi kenderaan utamanya ke tempat kerja selama 4 tahun. Dia mengalah dengan kejauhan tempat kerja. Serdang --> Port Klang.

Majlis perpisahan yang syahdu. Mulanya tidaklah nampak kesyahduannya. Walaupun semasa Arnieta sendiri yang sedih memberi ucapan. Arnieta tidak terkata. Telah lama dibendung kesedihan tersebut. Namun, semuanya tampak masih boleh mengawal lagi air mata.

Tetapi. Setelah Kak Shonna mengucapkan kata-kata perpisahan kepada Arnieta. Tidak dapat menahan titisan air mata dari mengalir. Diikuti dengan Kak Hani. Yang juga memberi ucapan dalam tangisan. Kak Bib. Tidak terkata. Tidak mampu untuk Kak Bib memberi ucapan. Hanya menyorok di belakang kerusi. Menahan kesedihannya...

Kak Shonna dan Itaz yang muka masih sedih...

Apapun Arnieta. Ku ucapkan semoga kau berjaya. Walau di mana jua. Ingat kenangan pahit manis yang pernah kita lalui semasa di MMSC. Betapa susahnya kita pada mulanya. Betapa sengsaranya kita terpaksa bermalam di ofis pada minggu pertama bekerja. Betapa sengsaranya kita terpaksa bekerja di kilang MidModal. Menampal buku teks.



Makanan yang disediakan sempena jamuan


Sedih, sedih juga. Makan, makan juga. Ek?

Ucapan Itaz di hari terakhir. Sila klik di sini.

Coretan: Ada lagi gambar. Tunggu entry seterusnya jer...Tak sabar nak upload entry ni.

4 komentar:

Anonymous,  1:39 PM  

uih...siap rakam ucapan aku...he3...puas aku tahan tahan kesyahduan tuu...hari yg sedey...tp tak akn lupe kan mmsc nih...byk kenangan xspecially ngan kwn2...

YaYa,  2:49 PM  

Sedihnya..Lepas nie kalau aku pegi HQ, dah tak nampak muka ita agi. :( Jangan lupakan kenangan pahit manis bersama yer. Friend 4-ever...

yas,  12:33 PM  

sedey pulak bila tengok gamnbar ita and former member2 semua. Teringat zaman keje dekat mmsc dulu. I miss u guyz

Kak Jelly 4:13 PM  

hmm, aku pon teringat ko yas. teringat zaman kita balik lmbt pegi shopping kat mines..huhu..sampai skang pon aku kuat shopping lagi

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP