2 exhausted weekends

>> 29 July, 2007

2 hujung minggu berturut dipenuhi dengan aktiviti membantu persediaan majlis perkahwinan sepupu. Memang agak penat. Penuh dengan aktiviti.

Hujung minggu lepas. Membantu menyediakan dan menyiapkan barangan hantaran kepada pengantin perempuan. Mencari barang-barang untuk melengkapkan hantaran yang dibuat.

Hujung minggu ini. Kami ke Triang, Pahang. Untuk menyaksikan pernikahan sepupu kami tersebut. Malam Sabtu sebelumnya, ada kenduri doa selamat di rumah Mak Teh & Pak Teh (ibu bapa pengantin).

Semua kereta ditandakan dengan riben ungu

Menunggu angkatan yang lain tiba...


Semasa majlis pernikahan berlangsung...

The Bride & The Bridegroom


Wang hantaran RM6575 = Tarikh lahir pengantin perempuan

Bunga pahar ungu

Hantaran (Both side)


Dalam perjalanan pulang. Kami sempat singgah air terjun yang terletak betul-betul di tepi jalan. Cantik.

Coretan: Wang hantaran... Kalau tarikh lahir = 240479, maka hantaran kahwin sepatutnya RM240 479. Abah Syasya, agak-agak boleh bagi ke?

Read more...

Have A Break. Have A Kit Kat.

Nestle Kit Kat Cafe' Latte Flavour Limited Edition

Ku memperolehi Kit Kat ini sewaktu dalam perjalanan pulang dari kerja. Di stesen LRT Bandaraya.

Dulu pun, sebelum bekerja di KL. Banyak kali juga pernah dapat hadiah percuma (free gift) di stesen ini.

Coretan: Ini yang seronok kerja kat area KL. Macam-macam benda free boleh dapat. Yang tak free pun banyak jugak.

Read more...

Ketagihan Ani Sup Utara

Diriku ketagih makan Ani Sup Utara.

2 minggu di MARA, 4 kali sudah menikmati Ani Sup Utara. Maknanya, seminggu 2 kali ku kedai Ani Sup Utara tersebut. Gila. Ikutkan hati, macam tiap-tiap hari hendak ku ke kedai itu.

Ku rasa. Pakcik atau makcik Ani itu sudah jampi sup itu. Kenapa aku asyik hendak ke kedai itu? Hish! Tapi. Memang betul mungkin kerana kesedapan sup nya itu.

Kalau tidak, masa kan ramai orang sanggup beratur panjang demi mendapatkan semangkuk sup? Masa kan aku juga sanggup beratur untuk membeli sup itu.

Mungkin. Hanya penggemar sup seperti ku yang sanggup beratur sedemikian rupa. Mungkin. Aku yang gila sup. Mungkin. Memang aku penggila sup...

Coretan: Tak dapat nak selitkan gambar sup dan kedainya untuk kali ini. Mungkin. Jika ada kesempatan, akan ku cuba mengambil gambar di sekitar Ani Sup Utara nanti.

Read more...

Komuter oh Komuter

>> 25 July, 2007

Komuter oh Komuter
Kenapa engkau lembab?
Kenapa engkau tak pasang aircond di saat orang padat di dalam badan mu?

Komuter oh Komuter
Kenapa engkau jarang sampai pada waktu yang ditetapkan?
Kenapa engkau selalu rosak?

Komuter oh Komuter
Kenapa engkau sediakan Touch n Go yang selalu rosak?
Kenapa engkau membiarkan penumpang penuh dan berhimpit?

Komuter oh Komuter...

Coretan: Sigh...

Read more...

Black Canyon Coffee

>> 22 July, 2007

Mendengar nama Black Canyon Coffee. Dan. Melihat logo restoran. Terbayang restoran makanan Barat. Terbayang Beef Steak. Terbayang Chicken Chop. Terbayang Mushroom Soup.


The Logo


Apabila melangkah masuk ke dalam kedai. Kedengaran pelayan-pelayan restoran menyebut 'Sawadikap'. Kami berkata, "ini kedai makanan Thailand. "

Menangis lapar meminta makan...

Fork & Spoon

Apabila diberikan menu. Memang ada menu masakan Barat. Dan juga menu masakan Thailand. Sebagai penggemar tegar Tomyam, ini peluang untuk mencuba tomyam di restoran ini. Mesti sedap. Sebab ini restoran Thailand.

Baru senyap bila dapat menu...



Berikut merupakan menu yang kami pesan:


Strawberry delight (Very the strawberry, yummy!)


Teriyaki Chicken Steak

Watermelon Frost

Rice with Fried Combination of Prawn, Chicken and Chili

Dan...Tomyam yang sedap. Walaupun kosong. Hanya ada udang, lengkuas dan potongan serai. Tapi. Memang sedap!

Spicy Prawn Tom Yum Soup

Coretan: Memang sedap. Tapi. Macam tak boleh makan selalu. Harga boleh tahan laa...

Read more...

20.07 2007 & Bestarian Reunion

>> 20 July, 2007

Penempatan di MARA telah menjejak kasihkan diriku dengan kawan-kawan lama.

Sejak hari pertama di KL. Dua orang kawan lama telah ku jumpa.


Hari ini. 20.07 tahun 2007 menemukan diriku dengan Ijan dan Intan...
Rakan satu sekolah.
Rakan rakan se'dorm'.
Rakan sekatil.
Rakan sepinggan.
Rakan se'toilet'. (Toilet kami besar dan banyak pintu serta shower)


Rindunya dengan kawan-kawan lama dulu. Bila kita hendak buat reunion sekali lagi? Kita pernah buat reunion 5 tahun lepas. Kalau tidak silap.


Ijan, Jal & Intan

Teringat kita menyanyi di tepi balkoni dorm lagu 'Malam' dengan style acapella.

Teringat kita ponteng riadah dan menyorok dalam loker yang hanya berbentuk empat segi sahaja.

Teringat kita buka puasa sama-sama dalam dorm.

Teringat kita menyanyi lagu raya 'Dalam dingin subuh' atas katilku. Ada senior dulu tulis lirik lagu di papan katil Zach.


Bestari 1... Ku sungguh merindui kawan-kawan semua.


Coretan: Bestari 1 ialah nama dorm kami. Kami ada seramai 16 orang ahli kesemuanya.

Read more...

Tengahari bersama PaPa Joe

>> 19 July, 2007

Kami makan Ani Sup Utara

Lama sungguh tidak ketemu Pajoe. Terkejut pertama kali melihat beliau.

Kurus! Pajoe sudah tidak debab lagi. Kurus. Sangat kurus. Kurus ya amat. Kurus sungguh.

Pajoe kontrol sahaja bila orang mengatakan dirinya kurus.



Semoga berjumpa lagi Papa Joe...


Walaupun sekejap. Tapi. Sempat juga bertukar cerita barang secerita dua. Entah bila akan ketemu lagi.

Baik sungguh Pajoe sanggup naik LRT dari Maybank ke MARA semata-mata untuk berjumpa kami.

Ingatkan Pajoe datang belanja kami makan. Rupanya, Sue yang belanja Pajoe air minuman. Terima kasih kepada Pajoe kerana datang melawat kami di sini.

Coretan: Ada sesiapa tak yang nak melawat kami lagi selain Pajoe dan Kak Bib?

Read more...

Blog Tersembunyi

>> 18 July, 2007

Wahai kawan-kawan...

Ku ingin sangat meletakkan link blog kawan-kawan di dalam blog ini.

Namun, kawan-kawan semua suruh diriku merahsiakan blog kawan-kawan daripada pihak umum.

Ku ingin sangat berkongsi pembaca dengan kawan-kawan.

Bila kawan-kawan akan membenarkan blog kawan-kawan di ke udarakan di halaman Internet Explorer ini?

Setakat ini, hanya dua orang kawan sahaja yang membenarkan diriku memaparkan link blog mereka.


The story begins

All those moments

Kawan-kawan yang lain. Bila lagi?


Coretan: Banyak juga blog kawan-kawan yang best. Tapi mereka suruh rahsiakan. Hmm..sampai bila ye?

Read more...

Tin Sardin dan Komuter

Tin Sardin. Komuter. Apa yang mengaitkan kedua-duanya?

Tin sardin. Dalam satu tin sardin yang kecil. Kadang-kadang ada 4 ketul isi ikan sardin. Semuanya dimuatkan dalam satu tin yang kecil itu. Berhimpit-himpit ikan sardin di dalam tin itu.

Komuter. Kalau 'peek hours'. Masa orang balik kerja. Komuter pun sama macam tin sardin. Berhimpit-himpit manusia di dalam gerabak komuter itu.

Air yang tenang, jangan disangka tiada buaya...

Kadang-kadang, terhimpit sebab orang yang di dalam tidak bertoleransi untuk masuk ke dalam kawasan yang lebih kosong.

Lebih mengecewakan. Penat tunggu komuter yang dinantikan. Tiba-tiba, harapan untuk menaiki komuter tersebut berkecai.

Punah ranah. Harapan untuk pulang ke rumah awal. Hanya tinggal harapan. Kecewa.


Komuter dan salah satu stesennya


Coretan: Berharap agar landasan LRT dipanjangkan hingga ke Kajang. Lega rasanya kalau direalisasikan.

Read more...

First day @ MARA

>> 16 July, 2007

Hari pertama di MARA. Kami berempat melapor diri di Bahagian Pembangunan Sumber (BPS), tingkat 4, Bangunan MARA. Setelah itu kami diberikan 'punch card' berwarna kuning. Di mana ianya agak ketinggalan zaman. Tidak seperti di MMSC. Yang menggunakan 'Access card' dan hanya perlu swap sahaja.


Selepas itu, satu perhimpunan diadakan di BPS. Perhimpunan ini dihadiri oleh kesemua staf BPS termasuk pegawai-pegawai atasan BPS, iaitu Puan Norli, Encik Khairudin dan Datin Maimonah.
Disangkakan perhimpunan ini khusus untuk kami. Rupanya, memang ini yang dilakukan oleh BPS setiap hari Isnin & Rabu.


Kami diperkenalkan seorang demi seorang oleh Puan Norli. Sebagai 'experts'. Fuhh! Berat tanggungjawab. Tapi. Akan kami cuba sehabis baik.


Setelah itu, sesi senaman ringan diadakan. Habis lentur segala urat-uratku. Lama sudah tidak bersenam (MMSC patut buat macam ini).

The SME's department

Hari pertama tidak banyak yang menarik. Tempat kami masih belum disediakan. Maka, satu hari kami hanya menanti sehingga mendapat tempat duduk.


Secara keseluruhannya, staf-staf BPS kesemuanya peramah. Terasa seperti macam sudah lama bekerja di sana. Tambahan pula, memang ada bekas staf MMSC di sana. Kak Mira dan Rain.


Farhad, Akhnaz dan Suhana ditempatkan di dalam sebuah bilik bersama-sama dengan Programmer dan Graphic Designer BPS. Ku ditempatkan di luar bersama-sama dengan Subject Matter Expert (SME).

The new workspace

Dengar cerita bilik mereka bertiga ada tikus. Hehe. Kita macam dah biasakan dengan tikus?

Coretan: Teringat ulat berengga jatuh dari atas siling dekat ofis. Semua menjerit-jerit kegelian.

Read more...

Akhirnya...

>> 15 July, 2007

Akhirnya.

Orang asyik tanya kenapa tak jalan lagi. Sampai bosan dengar. Menjengkelkan pun ada. Merisaukan pun ada.

Akhirnya.

Dia berjalan juga. Pada umurnya satu tahun satu bulan.

Kepada sesiapa yang tertanya-tanya Nur Bat'risyia sudah berjalan atau belum.

Ini buktinya...

Read more...

Somethin' Stupid

>> 14 July, 2007

Seperti biasa. Waktu rehat tengahari. Tidak akan diam di ofis. Kami ke Putrajaya untuk urusan bank.

Ku sangkakan panas hingga ke petang,
Rupanya hujan di tengahari,
Kusangkakan gembira hingga ke petang,
Rupanya terkejut di tengahari.

Sedang kami menunggu lampu isyarat merah bertukar hijau. Tiba-tiba. Dentum! Kereta kami melompat ke depan.

Kereta ini melompat sehingga ke garisan kuning tersebut


Kereta belakang langgar kereta kami. Rupanya bukan kereta belakang yang melanggar kami. Tetapi kereta yang ketiga dari belakang melanggar kereta tengah. Dan. Seterusnya kereta tengah 'terpaksa' melanggar kereta kami.

Kawasan kejadian...

3 kereta yang terlibat dalam kes (Waja itu penyebab segalanya)

5 orang remaja 'cha ya nun alif' keluar dari kereta ketiga.

Seterusnya menyalahkan kereta kami-kami (dua kereta di depan).

Pertuduhan pertama: Remaja-remaja 'cha ya nun alif' menuduh kereta depan sekali (Atos) brek kecemasan. (Stupid isn't it? Lampu isyarat sedang merah. Apa rasanya yang patut kita buat?)


Pertuduhan kedua: Remaja-remaja 'cha ya nun alif' menuduh kereta tengah (Kancil) mengundur ke belakang. Maka dengan itu terlanggar kereta mereka. (Stupid isn't it? Kalau mengundur ke belakang, takkan kereta kami-kami melompat ke depan? Dan takkan kereta Waja tu pun kemek teruk)

Kami bertengkar dengan remaja-remaja 'cha ya nun alif' tersebut. Sementara menunggu bantuan.

Yea! Kereta polis datang...(Padan muka budak-budak tu)

Bosan menunggu, kami ternampak kereta peronda polis berdekatan dengan kawasan kejadian. Lalu, kami memanggil abang-abang polis tersebut.

Nasib baik. Kerana. Tidak lama kemudian, taiko (rakan kepada remaja 'cha ya nun alif' tersebut tiba). Nasib baik ada polis tadi. Kalau tidak, alamat kami-kami yang kena tipu nanti.

Mereka inilah yang kurang ajar

Oleh bengang dengan kekurang ajaran remaja-remaja 'cha ya nun alif' tersebut. Yang menjerit-jerit kepada kami. Dan. Menuduh-nuduh kami yang bersalah. (Padahal kereta langgar belakang. Memang terang-terangan mereka salah).

Maka. Kami membuat keputusan untuk membuat laporan polis. Biar padan muka. Puas hati. Ini pertama kali. Kami ke ibu pejabat polis Putrajaya. Dan. Pertama kali juga membuat laporan polis.

Balai polis Putrajaya

Kaunter Ibu Pejabat Polis Putrajaya


Empunya kereta sedang membuat laporan polis

Kerosakan yang dialami oleh Atos...


Empunya kereta Atos bernasib baik kerana kereta hanya kemek sedikit. Walaupun teruk kami tersentak dalam kereta. Berbanding dengan kereta kancil yang berada di tengah. Rosak depan belakang. Kereta Waja tersebut rosak depan.

Sebenarnya, remaja-remaja tersebut melarikan diri semasa kami membuat laporan. Ada kelas kata mereka.
Encik Nazarul, abang polis yang ambil laporan dari empunya kereta Atos hensem! (Roha, rugi ko tak ambil nombor telefon dia)

Coretan: Stupid! Hate 'cha ya nun alif' drivers. They drive the car like crazy.

Read more...

Goodbye HQ. Hello KL.

>> 13 July, 2007

Minggu terakhir di HQ. Selepas ini, akan ditempatkan di bangunan MARA, Jalan Raja Laut. Tempoh penempatan adalah selama 4 bulan.

Selamat tinggal Mines. Selamat tinggal Jusco Balakong. Selamat tinggal Anjung, Azhar Maju dan Selera MZ. Selamat tinggal Alamanda.

Hello SOGO. Hello Maju Junction. Hello Pertama Kompleks. Hello Jalan TAR. Hello Gulatis. Hello semua.

Tidak lupa. Hello juga kepada komuter. Yang lebih 2 tahun tidak ku naiki. Komuter terpaksa menjadi kenderaan rasmi selama 4 bulan seterusnya ini. Kerana. Kos pemanduan dan penempatan kereta di sana adalah tinggi.

Selain itu, hello juga kepada suasana sepagi oren. Hello kepada bangun pagi.

Coretan: Tragedi dengan komuter akan berulang semula. Ish, boleh ke bangun pagi ni?

Read more...

Menara Berkembar Petronas

>> 12 July, 2007

Sudah 2 kali berjaya menjejakkan kaki ke tingkat 41, 42 dan 55.

Menaiki Menara Berkembar Petronas yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Dan rakyat Indonesia. Dan rakyat Bangladesh. Dan terbaru. Rakyat Nepal.

Nasib baik sempat bergambar. Nasib baik bawa kamera. Nasib baik.

Sempat makan Hot Plate Chicken Mushroom di Medan Selera, Suria KLCC


Berjaya menjejaki tingkat 55. (Masa inilah ternampak CCTV tu..)

Namun, kualiti gambar agak tidak memuaskan. Kerana. Tiba-tiba ternampak CCTV. Tiba-tiba rasa takut. Boleh ke ambil gambar? Ishhh..Tiba-tiba saja. Maka, sesi mengambil gambar dilakukan dengan takut-takut. Kerana perasaan takut yang ada itu.

Di perkarangan Aras 42

Nampak menara sebelah

Suasana di Skybridge, Menara Berkembar Petronas


Gambar ini diambil pada hari pertama sampai. Gayat. Geli urat kakiku...

Coretan: Terima kasih kepada Yantie (Petronas interns) yang tolong bawa naik ke atas pada hari pertama sampai di KLCC Twin Tower. Dan siap offer nak tolong ambil gambar.

Read more...

Buah cempedak

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Memang sedap buah cempedak yang di luar pagar,
Hingga tidak cukup untuk dimakan.

Cempedak goreng..nyam!

Read more...

The Route

>> 08 July, 2007


Setiap hari...

Selalu berfikir, kalau bukit tepi ini runtuh?


My Perodua Kancil...

Ingat zon had laju (Ingat ke?)

Bersedia bayar tol

Ini tol semasa ke pejabat

Jalan yang dilalui untuk ke pejabat.

Setiap hari. Isnin hingga Jumaat.

Bermodalkan RM1 untuk pergi. Dan. RM2 untuk pulang.

Minyak kenderaan RM30 seminggu. Itu kalau hanya pergi dan balik kerja sahaja.

Jika ada perjalanan ke tempat-tempat lain. Ditambah RM10 pada hari Jumaat.

Coretan: Kalau naik kenderaan awam. Lebih murah. Tapi. Tak tahan kelembapan. Spesifik kepada komuter.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP