20.07 2007 & Bestarian Reunion

>> 20 July, 2007

Penempatan di MARA telah menjejak kasihkan diriku dengan kawan-kawan lama.

Sejak hari pertama di KL. Dua orang kawan lama telah ku jumpa.


Hari ini. 20.07 tahun 2007 menemukan diriku dengan Ijan dan Intan...
Rakan satu sekolah.
Rakan rakan se'dorm'.
Rakan sekatil.
Rakan sepinggan.
Rakan se'toilet'. (Toilet kami besar dan banyak pintu serta shower)


Rindunya dengan kawan-kawan lama dulu. Bila kita hendak buat reunion sekali lagi? Kita pernah buat reunion 5 tahun lepas. Kalau tidak silap.


Ijan, Jal & Intan

Teringat kita menyanyi di tepi balkoni dorm lagu 'Malam' dengan style acapella.

Teringat kita ponteng riadah dan menyorok dalam loker yang hanya berbentuk empat segi sahaja.

Teringat kita buka puasa sama-sama dalam dorm.

Teringat kita menyanyi lagu raya 'Dalam dingin subuh' atas katilku. Ada senior dulu tulis lirik lagu di papan katil Zach.


Bestari 1... Ku sungguh merindui kawan-kawan semua.


Coretan: Bestari 1 ialah nama dorm kami. Kami ada seramai 16 orang ahli kesemuanya.

0 komentar:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP