First day @ MARA

>> 16 July, 2007

Hari pertama di MARA. Kami berempat melapor diri di Bahagian Pembangunan Sumber (BPS), tingkat 4, Bangunan MARA. Setelah itu kami diberikan 'punch card' berwarna kuning. Di mana ianya agak ketinggalan zaman. Tidak seperti di MMSC. Yang menggunakan 'Access card' dan hanya perlu swap sahaja.


Selepas itu, satu perhimpunan diadakan di BPS. Perhimpunan ini dihadiri oleh kesemua staf BPS termasuk pegawai-pegawai atasan BPS, iaitu Puan Norli, Encik Khairudin dan Datin Maimonah.
Disangkakan perhimpunan ini khusus untuk kami. Rupanya, memang ini yang dilakukan oleh BPS setiap hari Isnin & Rabu.


Kami diperkenalkan seorang demi seorang oleh Puan Norli. Sebagai 'experts'. Fuhh! Berat tanggungjawab. Tapi. Akan kami cuba sehabis baik.


Setelah itu, sesi senaman ringan diadakan. Habis lentur segala urat-uratku. Lama sudah tidak bersenam (MMSC patut buat macam ini).

The SME's department

Hari pertama tidak banyak yang menarik. Tempat kami masih belum disediakan. Maka, satu hari kami hanya menanti sehingga mendapat tempat duduk.


Secara keseluruhannya, staf-staf BPS kesemuanya peramah. Terasa seperti macam sudah lama bekerja di sana. Tambahan pula, memang ada bekas staf MMSC di sana. Kak Mira dan Rain.


Farhad, Akhnaz dan Suhana ditempatkan di dalam sebuah bilik bersama-sama dengan Programmer dan Graphic Designer BPS. Ku ditempatkan di luar bersama-sama dengan Subject Matter Expert (SME).

The new workspace

Dengar cerita bilik mereka bertiga ada tikus. Hehe. Kita macam dah biasakan dengan tikus?

Coretan: Teringat ulat berengga jatuh dari atas siling dekat ofis. Semua menjerit-jerit kegelian.

0 komentar:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP