Somethin' Stupid

>> 14 July, 2007

Seperti biasa. Waktu rehat tengahari. Tidak akan diam di ofis. Kami ke Putrajaya untuk urusan bank.

Ku sangkakan panas hingga ke petang,
Rupanya hujan di tengahari,
Kusangkakan gembira hingga ke petang,
Rupanya terkejut di tengahari.

Sedang kami menunggu lampu isyarat merah bertukar hijau. Tiba-tiba. Dentum! Kereta kami melompat ke depan.

Kereta ini melompat sehingga ke garisan kuning tersebut


Kereta belakang langgar kereta kami. Rupanya bukan kereta belakang yang melanggar kami. Tetapi kereta yang ketiga dari belakang melanggar kereta tengah. Dan. Seterusnya kereta tengah 'terpaksa' melanggar kereta kami.

Kawasan kejadian...

3 kereta yang terlibat dalam kes (Waja itu penyebab segalanya)

5 orang remaja 'cha ya nun alif' keluar dari kereta ketiga.

Seterusnya menyalahkan kereta kami-kami (dua kereta di depan).

Pertuduhan pertama: Remaja-remaja 'cha ya nun alif' menuduh kereta depan sekali (Atos) brek kecemasan. (Stupid isn't it? Lampu isyarat sedang merah. Apa rasanya yang patut kita buat?)


Pertuduhan kedua: Remaja-remaja 'cha ya nun alif' menuduh kereta tengah (Kancil) mengundur ke belakang. Maka dengan itu terlanggar kereta mereka. (Stupid isn't it? Kalau mengundur ke belakang, takkan kereta kami-kami melompat ke depan? Dan takkan kereta Waja tu pun kemek teruk)

Kami bertengkar dengan remaja-remaja 'cha ya nun alif' tersebut. Sementara menunggu bantuan.

Yea! Kereta polis datang...(Padan muka budak-budak tu)

Bosan menunggu, kami ternampak kereta peronda polis berdekatan dengan kawasan kejadian. Lalu, kami memanggil abang-abang polis tersebut.

Nasib baik. Kerana. Tidak lama kemudian, taiko (rakan kepada remaja 'cha ya nun alif' tersebut tiba). Nasib baik ada polis tadi. Kalau tidak, alamat kami-kami yang kena tipu nanti.

Mereka inilah yang kurang ajar

Oleh bengang dengan kekurang ajaran remaja-remaja 'cha ya nun alif' tersebut. Yang menjerit-jerit kepada kami. Dan. Menuduh-nuduh kami yang bersalah. (Padahal kereta langgar belakang. Memang terang-terangan mereka salah).

Maka. Kami membuat keputusan untuk membuat laporan polis. Biar padan muka. Puas hati. Ini pertama kali. Kami ke ibu pejabat polis Putrajaya. Dan. Pertama kali juga membuat laporan polis.

Balai polis Putrajaya

Kaunter Ibu Pejabat Polis Putrajaya


Empunya kereta sedang membuat laporan polis

Kerosakan yang dialami oleh Atos...


Empunya kereta Atos bernasib baik kerana kereta hanya kemek sedikit. Walaupun teruk kami tersentak dalam kereta. Berbanding dengan kereta kancil yang berada di tengah. Rosak depan belakang. Kereta Waja tersebut rosak depan.

Sebenarnya, remaja-remaja tersebut melarikan diri semasa kami membuat laporan. Ada kelas kata mereka.
Encik Nazarul, abang polis yang ambil laporan dari empunya kereta Atos hensem! (Roha, rugi ko tak ambil nombor telefon dia)

Coretan: Stupid! Hate 'cha ya nun alif' drivers. They drive the car like crazy.

0 komentar:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP