Siput Sedut & Batang Keladi

>> 01 July, 2007

Masak lemak Cili Api Siput Sedut bersama Batang Keladi. Ada orang suka. Ada orang geli. Tapi. Bagi kami sekeluarga. Siput sedut tidak menggelikan. Malah menyelerakan. Kalau masak lemak cili api. Memang sedap.

Siput-siput ini didatangkan khas dari Merlimau, Melaka. Kampungku sebelah abah. Memang setiap kali ke Melaka. Jika berkesempatan. Abah akan singgah beli siput sedut di pasar. Atau. Bapa saudara yang tinggal di kampung akan pergi mengutip siput sedut di tepi laut.

Siput sedut kena potong bahagian cengkerang bawahnya dulu. Untuk membolehkan kita menyedut isinya. Cara potong kena ada skil. Salah potong. Tak boleh sedut. Atau. Siput akan jadi berpasir.

Memotong bahagian bawah siput sedut...
(Ini tangan abah, pembekal siput sedut)

Siput yang telah dipotong bahagian bawah cengkerangnya

Kenapa kena masak dengan batang keladi? Boleh sahaja masak dengan sayur lain. Tapi. Lebih suka batang keladi. Lagi 'kick'!

Batang keladi


Menyedut siput sedut kena ada skill. Kalau tidak, takkan masuk isi siput itu ke dalam mulut kita.

Tapi. Makan siput sedut tak boleh banyak. Nanti banyak angin. Nanti akan selalu terbuang angin.

Rasa siput sedut? Rasanya, entah? Macam lemak-lemak. Tapi tiada krim. Jarang disukai ramai. Tapi. Aku suka. Kalau hendak tahu. Rasa sendiri. Jangan lupa belajar skill sedut siput.


Masak lemak Cili Api Siput Sedut bersama Batang Keladi

Skill menyedut siput sedut: Letak lidah pada lubang siput (lubang bahagian atas, bukan bawah. Kalau bawah, sampai bila-bila tak dapat isi siput tu). Kemudian, sedut.

1 komentar:

Anonymous,  1:45 PM  

nih tak bole jadi kena cari siput sedut sabtu nih kat pasar pandamaran...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP