Benci

>> 29 August, 2007

Benci.

Benci bila dalam komuter disediakan tiang untuk orang pegang. Tapi. Orang buat sandar.

Benci.

Benci bila tiada tempat hendak berpaut. Orang lain yang pentingkan diri sendiri. Bersandar pada tiang yang sepatutnya orang berpaut.

Benci.

Benci bila yang bersandar itu orang lelaki yang busuk bau badannya. Dan. Berlanggar-langgar dengan kita yang berdiri tanpa tempat berpaut.

Benci. Benci. Benci.

Read more...

Ustazah Syasya

>> 25 August, 2007

Macam pernah tengok karektor kartun macam ini
(Rasanya maskot Pendidikan Islam)

Pakai tudung sebab nak ikut mama solat


Akhirnya, dia rimas...

Coretan: Nanti nak belikan Syasya telekung lah...

Read more...

Japanese Name

Apa nama kita kalau dalam bahasa Jepun? Mendapat link ini dari blog seorang rakan. Salah seorang rakan yang masih belum bersedia untuk mempertontonkan blognya kepada umum.

Your Japanese Name Is...

Sada Yamashina


Coretan: Sebenarnya setiap kali refresh, nama lain yang keluar. Tapi, ku pilih yang ini sebab ada sikit-sikit dengan namaku. Yang hujung tu...OK ler.

Read more...

Semangat Kemerdekaan

Tidak berapa lama dahulu. Abah Syasya telah mencoretkan beberapa patah perkataan di atas sebuah board besar di Tesco. Sempena kemerdekaan.

"Syasya was here! Merdeka!! "


Tidak berapa lama selepas itu. Board tersebut telah penuh dengan tandatangan dan coretan dari sekalian rakyat Malaysia yang berkunjung ke Tesco. Betapa semangat kemerdekaannya.

Syasya & Kemerdekaan

Seperti biasa. Selepas itu. Ke Doll Tomyam untuk pekena tomyam dan nasi goreng lazat. Servis yang pantas. Makanan yang sedap.

Menu wajib

Tomyam, nasi goreng & Syasya

Coretan: Antara tomyam yang sedap. Tapi tak boleh lawan kesedapan tomyam Chao Phraya.

Read more...

Mandi-manda di Sungai Tekala

>> 19 August, 2007

Ini pertama kali membawa si kecil itu mandi sungai. Perancangan untuk membawanya mandi sungai sudah lama. Tapi. Baru kali ini perancangan itu dapat direalisasikan.






Dalam gambar nampak macam Syasya gembira bermain air. Realitinya, Syasya tidak berapa berminat mandi dalam sungai. Agaknya sebab air sejuk. Teramat sejuk. Maka. Aktiviti kami ini, lebih kepada aktiviti memperkenalkan Syasya kepada sungai sahaja. (Tu la Syasya, kat rumah sibuk sangat nak main air dalam bilik air. Bila bagi air banyak macam ni, taknak pulak)



Tapi. Bila siap mandi. Pakai baju baru. Gembira terlebih pula Syasya. Berlari ke sana ke mari. Penat mama dan abah mengejarnya.

Dan. Dalam perjalanan pulang. Kami singgah sebentar di Semenyih Dam untuk bergambar.




Tidak lupa juga. Bergambar dengan Jalur Gemilang yang diletakkan di kereta. Semangat kenegaraan. Selamat menyambut kemerdekaan yang ke 50 tahun!


Coretan: Rasa bangga dapat letak bendera di kereta. Bukan selalu buatkan. Sekali dalam setahun. Moga Malaysia aman bahagia selamanya. Aminn..

Read more...

1 Litre of Tears

>> 18 August, 2007

Cerita bersiri Jepun popular yang mengisahkan seorang remaja perempuan, yang menghidap penyakit yang dinamakan Spinocerebellar Degeneration. Penyakit ini diketahui ketika beliau berusia 15 tahun. Beliau meneruskan hidupnya sehingga menemui ajal pada usianya 25 tahun.



DVD Cover

Ini adalah kisah benar tentang seorang gadis Jepun bernama Kito Aya, yang menghidap penyakir tersebut. Beliau menulis di dalam diari untuk mengingati detik-detik ketika dia melawan penyakit itu sehinggalah dia tidak boleh lagi memegang pen.



Watak utama dalam cerita...


Aya menulis di dalam diari tersebut untuk mengingatkan dirinya agar tidak putus asa. Diari nya yang bertajuk "1 Litre of Tears" telah dibukukan selepas kematiannya. Setakat ini, lebih 18 000 000 salinan diarinya berjaya dijual...


Diari Kito Aya


Ku menonton cerita ini tahun lepas. Meminjam CD daripada Nursyahadah (yang sememangnya peminat cerita Jepun sepertiku).


The real Kito Aya

Memang cerita sedih. Tak tahu sama ada aku yang sedih terlebih. Atau. Memang kisah ini sedih (kerana kisah benar). Ada satu episod dalam cerita ini. Aku menangis teresak-esak. Berjujuran air mata. Sedih. Memang sedih. Sedih sangat. Ditambah dengan lagu dalam cerita. Lebih menyedihkan keadaan waktu itu. *LOL*


Coretan: Tonton la cerita ini. Pinjam CD ataupun boleh tonton kat 8tv setiap Sabtu jam 6 petang.

Read more...

Little Naked Chef

>> 17 August, 2007

Memperkenalkan Naked Chef versi kecil...



Coretan: Belajar masak Syasya. Nanti boleh tolong mama masak kat dapur...

Read more...

Siapa yang lebih memerlukan?

>> 14 August, 2007

Situasi: Dalam komuter atau LRT
Isu: Pemberian tempat duduk kepada yang lebih memerlukan

Siapa yang lebih memerlukan? Seorang pakcik tua atau seorang makcik tua?

Siapa yang lebih memerlukan? Seorang wanita mengandung atau seorang pakcik tua?

Siapa yang lebih memerlukan? Seorang wanita yang memegang anak kecil atau seorang makcik tua?

Siapa yang lebih memerlukan? Seorang yang buta atau seorang makcik tua?

Siapa yang lebih memerlukan? Seorang yang cacat atau seorang wanita mengandung?

Siapa yang lebih memerlukan antara yang memerlukan? Fikirkan...

Coretan: Siapa yang lebih memerlukan? Seorang yang tua, cacat, mengandung, memegang anak kecil atau seorang yang sedang tidur? *LOL*

Read more...

Coklat & Ulat

"Kak, akak nak tengok tak coklat berulat?"

Dalam hati, "Ala, ini mesti e-mail cam biasa la tu."

Tapi mulut jawab juga, "Mana? Ada ker?"

"Ini haa.. Saya dah makan separuh dah. Tiba-tiba perasan ada ulat kat coklat nih."

Erkk..Biar betul! Kali ini realiti. Bukan e-mail. Bukan tipu.

Kasihan budak tu. Dia macam terkedu. Tak terkata apa-apa.

Mereka yang lain kata...Anggaplah ulat tu protein.
Mereka yang lain kata...Tangkap gambar. Hantar email kepada tuan punya kilang.
Mereka yang lain kata...Ulat itu datangnya dari kacang. Bila kacang busuk. Maka. Ulat keluar.


Macam kena makan anai-anai

Berjenama tuh..


Can you spot the maggot?


Belum expired pun lagi


Eiii...geli geleman...

Coretan: Taknak makan coklat berkacang lagi...

Read more...

Saving the photos

>> 11 August, 2007

Pagi ini. Bila on komputer. Skrin hitam memaparkan error. Katanya komputer tidak ditutup dengan betul. Dan. Tiba-tiba tidak boleh masuk Window.

Bila restart komputer. Nasib baik kali ini berjaya.


Maka. Dengan kerisauan yang amat sangat. Dengan hati yang berdebar-debar.
Ku membuat keputusan untuk menyelamatkan kesemua gambar-gambar dalam komputer. (Matilah kalau hard disk atau pc rosak).
Sayang gambar-gambar yang diambil selama ini. Sudahlah masih belum dicuci. Beratus-ratus gambar. Mungkin juga beribu.



Maka. Pagi ini. Proses menyimpan gambar-gambar ke dalam CD dilakukan.

Paling tidak, ada 'back up'.
Paling tidak, kalau pc rosak.
Masih ada gambar-gambar di dalam CD.


Sebahagian yang di'burned'

Coretan: Bila nak cuci gambar ni? Asyik ambil gambar, tapi tak pernah cuci...

Read more...

Makan, makan & makan lagi

>> 10 August, 2007

4 minggu di MARA. Asyik makan. Makan. Dan makan. Kalau dengar pasal makan. Biasalah. Siapa yang tidak makan.

Tapi. Ini memang 'spesel'. Sebab. Makanan percuma.

Minggu ini sahaja. 2 kali kami di'belanja' oleh staf BPS MARA. 2 kali dapat makanan percuma.

Selasa. Sarapan pagi. Nasi lemak berlaukkan sambal sotong kering.

Jumaat. Makan tengahari. Nasi putih. Sayur nangka masak lemak cili api. Ikan kembung bakar (dibalut dengan daun pisang) & kuah asam. Sayur chap chai. Ulam-ulaman. Sambal belacan. Aiskrim coklat & vanilla. Agar-agar koktel.

Minggu yang sudah. Makan tengahari. Nasi minyak. Daging deng-deng. Dalca.

Minggu akan datang. Apakah menu yang bakal menyusul?

Coretan: Kalau tiap-tiap hari makan free memang best. Dapat cover duit tambang ke KL.

Read more...

Dip, Snap & Win Contest

>> 07 August, 2007

Cuba makan Cheesy Bites Dip-licious.
Dan. Rasailah kenikmatan penuh rasa keju.



Dan. Sertailah pertandingan Dip, Snap & Win Contest. Untung-untung, dapat merasa LCD TV 32".

Antara gambar-gambar yang dipertandingkan...

(Rasa-rasa, ini boleh menang tak?)


Coretan: So, anyone? Untung sabut timbul. Untung batu tenggelam. Cuba ajer lah. Mana tau nasib. Kan?

Read more...

Selamat Pengantin Baru Bad & Dilla

>> 05 August, 2007

Kalau minggu lepas, ke Triang, Pahang untuk kenduri kahwin sebelah perempuan. Kali ini kami di KL pula menyambut pengantin perempuan.


Tempat kenduri berlangsung

Ketibaan pengantin

Pengantin baru... Besar & Kecil

Pengantin lama...Besar, Kecil & Sangat Kecil


Meja VIP (Untuk keluarga pengantin perempuan)

3 orang gadis berpakaian serba ungu

Sepanjang kenduri, Syasya tersangatlah nakalnya. Berjalan ke sana ke mari dalam dewan. Penat melayan. Agaknya kerana kasut Cinderella yang dipakainya. Menyebabkan dia 'hyperactive'. Apa-apa pun, memang Syasya glamour hari itu...

Gedik santai


Bersedia untuk bergambar

Dapat jugak enterframe guna backdrop pengantin (Nampak tak kasut Cinderella Syasya?)

Selepas berpenat lelah (Penat jaga Syasya). Kami menjamu selera di Restoran Chao Pharaya, Pandan Indah untuk menikmati makanan Thai yang lazat.

Restorannya nampak agak 'cikai'

Table no.23


Ikan kembung 3 rasa, Kerabu Sotong & Tom Yam Seafood

Tom Yam yang lazat

Menjamu selera dengan berselera sekali

Coretan: Selamat Pengantin Baru kepada Bad & Kak Dila. Semoga bahagia ke akhir hayat.

Read more...

Gembira & Sedih

>> 01 August, 2007

Minggu ini, Isnin, Selasa & Rabu...
Gembira kerana tidak perlu bangun pagi.
Gembira kerana tidak perlu naik komuter.
Gembira kerana tidak perlu jauh berjalan kaki.
Gembira kerana dapat berjumpa rakan-rakan.
Gembira kerana dapat 'berchatting'.

Minggu ini dan hari-hari seterusnya...
Sedih kerana perlu bangun pagi.
Sedih kerana perlu menaiki komuter.
Sedih kerana perlu jauh berjalan kaki.
Sedih kerana tidak dapat berjumpa rakan-rakan.
Sedih kerana tidak dapat 'berchatting'.

Coretan: 3 hari yang menggembirakan. Mahu gembira selalu. Tak suka bersedih...

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP