16 months

>> 28 September, 2007

Genap 16 bulan. Budak bertahi lalat di pipi. Tidak kusangka. Semakin membesar. Mama dan abah semakin tua...huh!
Anak abah

Syasya sudah boleh:

  • sebut mama, abah, atuk, nenek, pakcik, zura, hajar, ciktuk, tuk cik (semua nama orang dia boleh sebut)

  • sebut Allahuakhbar, ikut orang bersolat

  • sebut nama sendiri bila orang tanya "What is your name?" Syasya jawab: Batita

  • sebut nama mama bila orang tanya "Siapa nama mama?" Syasya jawab: Nina

  • sebut sakit & adoi (atit, adoi)

  • mengecam gambar dalam buku - jam, sudu, kerusi (semua menda dalam buku belajar dia)

  • minta mama buatkan air sirap - "Nak siyap, sedap"

  • minta coklat kegemaran dalam fridge = "Nak atit!" (Coklat disebutnya atit)

  • tunjuk mana mata, mulut, hidung, telinga, tangan, kaki, perut bila ditanya

  • boleh minta macam-macam bila berjalan ke kedai atau supermarket (yang ini memang tak boleh nak layan, semua dia nak!)

*dan pelbagai lagi

7 months old Syasya



4 months old Syasya

Coretan: Tak sangkanya Syasya dah semakin besar. Tetiba teringat Syasya yang baby dulu..

Read more...

Pen-Friends

>> 25 September, 2007

Suatu masa dahulu. Sewaktu di menengah rendah. Pernah ada pen-friends. Pen-friends daripada luar negara.

Kami satu kelas. Berebut-rebut mengumpul pen-friends. Alamat pen-friends tersebut kami beli dengan harga USD1. Bersamaan dengan RM2.50 pada masa itu (1992).

Selepas membeli alamat (alamat tersebut akan diposkan kepada orang yang mengepos borang permohonan (pembelian) itu. Kami akan mula menulis surat kepada bakal-bakal pen-friends kami.

Nama: Wendy Bara
Asal: Belgium
Umur: Sebaya

Wendy di hadapan perkarangan rumahnya

Wendy yang paling baik sekali dengan aku. Suka kawan dengan dia...



Satu keistimewaannya. Jika pen-friend yang dibeli tidak membalas atau menulis surat kepada kita. Dalam tempoh masa yang ditetapkan. Kami boleh membuat penukaran alamat. Meminta pen-friends yang lain.

Setiap kali dapat surat dari mereka. Kami bertukar-tukar surat. Beruntungnya mendapat 3 orang pen-friends yang rajin menulis surat. Rajin memberi cenderahati.

Tidak perlu terbang ke negara orang untuk mendapatkan cenderahati luar negara. Kad harijadi dari Belgium, Jordan dan Jerman. Kasut kecil Netherlands (Belgium). Bunga lavender original dari Belgium. Banyak lagi. Terlalu banyak. Tidak ku ingat.


Nama: Alexandra Rosenweth
Asal: Jerman
Umur: Sebaya

Alexandra dekat pokok mana ntah?

..............................

Nama: Mohamed Al-Yussoef
Asal: Jordan
Umur: Lahir tahun 1978


Memula dapat gambar ini, ingat dia tipu. Saja bagi gambar model Arab mana-mana. Rupanya memang dia. Handsome kan!

Mohamed dengan 2 orang kakaknya

Mohamed bersama ibu bapa


Mohamed & cousin

Member kelas semua cemburu. Terutamanya, Krishnaveni siap minta alamat Mohamed untuk dijadikan pen-friends semata-mata kerana dia handsome! Minta maaf. Jangan harap nak bagi (jahat kan?).

Coretan: Lost contact bila aku start masuk asrama. Takde masa nak tulis surat & susah untuk pos. Akhirnya, lost contact begitu saja. Teringat lak kat derang semua. Derang semua baik-baik belaka.

Read more...

SME Mara

Kalau hendak kenal SME Mara. Inilah mereka. Inilah orangnya yang perlu dihadapi setiap hari. Mereka semua baik. Cuma jangan buat mereka tension. Bersilat nanti. Cair tahi telinga dengar ayat mereka.



Barisan belakang dari kiri: Kak Zarina, Kak Rosnah, Kak Rosni, Kak Salizah, Kak Azian, Kak Ainni, Kak Umi
Barisan depan dari kiri: Kak Zakinah, Kak Mazni, Kak Rashidah, Kak Nasha, Kak Julie
Tiada dalam gambar: Kak Azwani

Coretan: Tabahkan hati. Pekakkan telinga. Selamat la hidup.

Read more...

Gambar lama

>> 23 September, 2007

Bila buka kamera pagi tadi. Tiba-tiba terlihat snapshot gambar lama. Rupanya abahsyasya snap gambar lama dari album.

Dan. Tetiba teringat zaman kecil-kecil dulu...

Ini gambar first day sekolah Darjah 1

Coretan: Lepas ni nak snap gambar-gambar lama, masuk dalam blog lah.

Read more...

Legend of The Flat

>> 21 September, 2007

Rupanya. Sudah 2 tahun kami sekeluarga. Abah, Mak, Jaffrin, Jasairy, Enoi & Aku meninggalkan flat kami. 4 beradik membesar di flat itu. Kompleks Keselamatan Dan Bomba, Port Klang. Nama kawasan perumahan kami dahulu.

Masih ingat, aku cukup benci menulis alamat rumah. Terlalu panjang. Blok 10-A2, Kompleks Keselamatan Dan Bomba, Jalan Pelabuhan Utara, 42000 Pelabuhan Klang, Selangor.

Tapi. Banyak kenangan aku di situ. Di situ aku tadika. Di situ juga aku bersekolah agama. Di situ aku bernasyid di surau. Di situ kami berarak sempena Maulud Nabi semasa Maulidur Rasul. Di situ aku berlari untuk mengaji di rumah Ustazah Rodziah & Ustaz Alias di Blok 4.


Gambar-gambar ini diambil beberapa minggu sebelum kami berpindah ke rumah baru...


Perkarangan rumah



Garaj tempat kereta abah




Dalam rumah kami




Surau tempatku bernasyid dahulu



Blok 10


Bye bye flat...



Kawasan rumah dari jauh

Blok 10 dari kejauhan

Rindu pula kawasan perumahan itu. Segalanya telah tiada. Hanya tinggal tapaknya sahaja. Tanah kawasan perumahan itu milik Lembaga Pelabuhan Klang (LPK). Ada projek lain yang lebih menguntungkan LPK.

Namun. Kami berpindah bukan sebab itu. Kami berpindah kerana abah sudah pencen. Abah pencen daripada menjadi polis pelabuhan. Jika pencen, tidak boleh tinggal di kuarters lagi. Sebab itu kami berpindah.

Rupanya. Anak-anak bekas penduduk kuarters lama kami mempunyai persatuan "Legend of the Flat" - sebagai mengingati flat kesayangan kami. Syabas! Aku bangga dengan kamu semua. Dan. 2 orang adik lelaki aku adalah ahlinya.

Biarlah flat itu sudah tiada. Tetapi. Silaturahim kan kekal selamanya.



t-shirt Legend of the Flat (2nd Reunion)


Perkarangan rumah baru (masih ada daun-daun hijau nampaknya)


Coretan: Tetiba nak balik Klang...


Read more...

JALAN BAHAGIA

Kali ini.
Ku temui jalan bahagia. Jalan yang membawaku pulang ke rumah. Tanpa perlu menghadapi jammed.

Bahagianya!
Sampai rumah awal. Dapat berehat sebentar sebelum berbuka puasa. Tidak seperti hari-hari sebelumnya.

Bahagianya!

Coretan: Lepas U-turn dari LRT Sungai Besi (sedikit sahaja jammed). Terus ke highway Sungai Besi dan EXIT di Putra Mahkota (kampung Kak Ain). Lalu jalan kampung. Tiada jammed langsung! Best!

Read more...

Busy week

Minggu sibuk. Ada 4 papan cerita yang perlu disignoff. Papan cerita yang sudah kelewatan tarikh signoff. Perlu signoff minggu ini. Kerana minggu depan akan ada pembangunan LO untuk fasa yang seterusnya.

Pening sungguh. Fasa kali ini terpaksa dilakukan penyemakan berulang kali. Berulangkali kerana terdapat kesalahan setiap kali penyemakan berlaku. Tidak juga menyalahkan guru-guru yang terlibat.

Mereka baru belajar. Mereka tidak pernah kenal papan cerita @ storyboard. Mereka tidak pernah kenal ID @ Instructional design. Mereka tidak pernah kenal SCO @ Shareable Content Object.

Fasa kali ini menggunakan format papan cerita yang difahami. 2 fasa yang sebelumnya menggunakan format papan cerita dalam bentuk Powerpoint. Ada yang jelas penerangannya. Ada yang tidak jelas. Terlalu ringkas. Penulis beranggapan bahawa bahagian pembangunan akan memahami papan cerita tersebut.

Namun, masih tidak boleh mengelak kesalahan dalam papan cerita. Biasalah. Tidak semua orang sempurna. Begitu juga papan cerita. Kita teruskan sahaja pembangunan LO tersebut.

Kerana. Aku tidak mahu lagi berada di sini...Tolong! Aku ingin pulang!


Aku ingin pulang...

Coretan: Bila nak balik nihhh!

Read more...

Reminder from a friend

>> 16 September, 2007

Sejak mula puasa. Ku telah meletakkan fadilat solat tarawih untuk setiap malam. Kecuali malam keempat. Kerana. Kepenatan semalam. Tidak sempat hendak mengapdet blog.

Ada seorang rakan telah memberi mesej bahawa fadilat solat tarawih yang diwar-warkan tersebut adalah tipu belaka! Kalau betul fadilat solat tarawih itu tidak benar. Bermakna aku telah tertipu sejak kecil lagi. Kerana. Di rumahku memang terdapat sebuah buku yang menerangkan tentang Fadilat Syaaban dan Ramadhan.

Apapun. Ku berharap agar kita menunaikan solat tarawih kerana kita ingin memperbanyakkan amal ibadat kita bulan puasa ini.

Boleh baca link ini untuk mengetahu kesahihan fadilat solat tarawih bulan Ramadhan ini.
Klik di sini.

Coretan: Terima kasih kepada yang mengingatkan. Wallahualam...

Read more...

Aduh Jammed!

>> 14 September, 2007

Aduh! Hari kedua puasa yang begitu mencabar.

Balik kerja awal. Pukul 5 petang. Keluar dari ofis. Menaiki LRT ke stesen Bandar Tasik Selatan.
Hari ini tukar plan laluan. Sebab. Semalam. Jammed betul-betul selepas tol Besraya.
Memang betul. Keluar mulut harimau. Masuk mulut buaya.

Aduh! Laluan Cheras-Kajang memang selalunya jammed. Tapi. Kali ini lebih lama jammed. Kerana. Sekejap sangat lampu isyaratnya. Lepas dari jammed tersebut. Masuk jalan Taman Connaught.

Aduh! Jammed lagi. Sepanjang perjalanan sehingga memasuki Plaza Pheonix.

Perjalanan lancar semula...

Masuk ke jalan Sungai Sekamat. Dengan niat tidak perlu menunggu di lampu isyarat Saujana Impian. Tetapi. Rupanya. Ada pasar Ramadhan di Jalan Sg Sekamat tersebut.

Aduh! Kena tukar jalan lain. Keluar ke Tessco Kajang.
Lepas sahaja dari SAAS. Jammed lagi! Berapa banyak punya jammed! Semuanya kerana. Pasar Ramadhan. Selepas itu. Menunggu lampu isyarat Saujana Impian (yang kononnya hendak dielakkan tadi).

Perjalanan lancar semula...

Selepas berjaya melepasi Kajang Perdana dan fly over Balakong-Kajang.

Aduh! Jammed sekali lagi! Tensionnya! Jam telah menunjukkan pukul 6.30 petang. Buka puasa pukul 7.15 petang. Sempat ke ni? Jammed di sini memang paling dahsyat. Peha kiri sudah rasa cramp. Asyik menekan clucth.

Aduh! Rasa hendak hantuk-hantuk kepala ke stering kereta!

Akhirnya. Sampai rumah pukul 7.13 petang. Sampai rumah sahaja. Azan berbunyi. Menandakan waktu berbuka puasa sudah tiba. Alhamdullilah. Sempat juga berbuka puasa di rumah. Nasib baik bukan dalam kereta.

Esok. Aku kena cuba jalan lain. Tidak kesanggupan.

Sedikit selingan;


Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.



Coretan: Kenapa la aku kena kerja KL time bulan puasa ni? Kenapa la aku duduk Semenyih? Sigh...

Read more...

Berus gigi Syasya

>> 13 September, 2007

Bila tengok gigi Syasya 'bertahi gigi'. Terus pasang niat. Hendak belikan Syasya sebatang berus gigi. Supaya. 'Tahi gigi' tersebut boleh dinyahkan.

Berus gigi Kodomo Lion, dpt free toothpaste

Membelek-belek sebelum menggunakan


Berus gigi yang memang khusus untuk bayi 6 bulan - 3 tahun

Ubat gigi perisa strawberi. Tapi Syasya tak boleh guna lagi...

Dah pandai gosok gigi dah (ada air liur basi la Syasya..)

Ini adalah pengenalan kepada Syasya. Cara-cara hendak menjaga kebersihan gigi. Kita kena ajar dari awal. Melentur buluh biar dari rebungnya.


Coretan: Memang kena belajar gosok gigi. Syasya dah start suka makan coklat.

Read more...

Buncit?

Buncit?

Kadang-kadang memang seronok kalau kita dapat duduk dalam LRT atau komuter. Kita dapat duduk sedangkan orang lain berdiri.

Tapi. Yang tidak seronoknya kadang-kadang. Orang yang berdiri depan kita itu, perempuan yang berperut buncit.

Ishh...Ini satu keputusan yang sangat menyulitkan. Hendak diberi duduk. Dia bukan mengandung. Hendak ditanya mengandung ke? Nanti takut dia berkecil hati.

Kadang-kadang terpaksa berharap agar perempuan berperut buncit itu dapat duduk. Maka. Tidak perlu berasa serba salah. Sama ada mahu memberikan tempat duduk atau tidak.

Bila situasi begini berlaku. Seperti rela diri ini berdiri. Daripada duduk dalam keadaan bersalah. Walaupun bukan bersalah sebenarnya jika perempuan itu benar-benar buncit.

Sedikit selingan;

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.


Coretan: Kepada perempuan mengandung yang ku sangkakan buncit. Andai kata aku tidak memberi duduk. Maafkan aku. Kadang-kadang aku konfius...

Read more...

Ramadhan Al-Mubarak

>> 12 September, 2007

Gembiranya menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak. Berazam untuk memperbanyakkan amalan soleh pada tahun ini. Tahun lepas tidak banyak sangat beramal. Menyesal juga. Mujur dipanjangkan umur untuk beribadat tahun ini. Kan dimanfaatkan Ramadhan ini sebaiknya...

Mari berniat puasa malam ini. Semoga puasa dan amalan kita diterima oleh-Nya. Amin.

Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."



Dan. Malam ini merupakan Malam Pertama dalam bulan Ramadhan.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama:
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.


Coretan: Nak solat tarawih kena tunggu Syasya tidur...Kalau tak nanti, dia solat depan kita. *LOL

Read more...

Syasya & Abah

Abah

Kelakar bila abah Syasya suruh tengok gambar ini dalam Yahoogroup famili. Tersenyum-senyum seorang diri.

Kelakar sebab tak sangka muka abah Syasya memang sebiji muka Syasya masa kecil.

Selama ini memang tidak pernah melihat gambar abah Syasya semasa kecil. Kerana. Memang abah Syasya tidak ada simpanan gambar-gambarnya semasa kecil. Sayangkan? Ini tidak dapat dielakkan atas sebab-sebab peribadi.

Bezanya hanya tahi lalat di pipi.

Dan Syasya...


Coretan: Hmm..Syasya dapat rupa dari abah. Apa yang Syasya dapat dari mama ek? Pandai & cerdik kot..hehe

Read more...

2nd cousin Syasya

Hari Ahad. Kami dapat berita sepupu yang tinggal berdekatan telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki.

Keesokkan malamnya kami melawat sepupu dan bayinya itu.


Masa ni baby boy ini masih belum ada nama...

Selalunya. Syasya kalau tengok gambar bayi dalam majalah atau tv. Mesti dia sebut "Baby". Maka. Kali ini Syasya berpeluang melihat "baby" secara live. Selalunya. Syasya kalau tengok gambar bayi dalam majalah atau tv. Mesti dia sebut "Baby". Maka. Kali ini Syasya berpeluang melihat "baby" secara live.


Seronok Syasya tengok baby...

Mengintai dari jauh

"Baby" ini merupakan dua pupu Syasya. Sebelum ini Syasya ada 7 orang dua pupu sebelah mama. Bagaimanapun, hanya 2 orang dua pupu sahaja yang Syasya kenal dan rapat.

Dua pupu Syasya: Baju kuning tu..(abang baby tadi)

Ini dua pupu Syasya yang seorang lagi. Adik kepada baju kuning tadi. Abang kepada baby tadi juga. Syasya rapat dengan dia...


Coretan: Syasya ramai dua pupu lelaki. *Dua pupu = anak kepada sepupu @ nenek mereka adik beradik.. Buat Kak Arin & Abg Zam, congrats for your new born baby..Bertambah meriah keluarga.

Read more...

Irama & Lagu

>> 07 September, 2007

Kadang-kadang.

Lagu dapat menenangkan kita.

Irama dapat membelai kita.



Coretan: Sekadar ingin berkongsi minat.

Read more...

Wajah Baru

>> 06 September, 2007

Blog bertukar wajah.
Wajah baru.
Masih mengekalkan ciri-ciri warna tanah. Coklat.
Cuma diekpresikan dengan tiada tekstur.
Sekadar mengelak kebosanan.
Menceria keadaan. Nikmatilah.
Idea baru.
Masa kini.

Coretan: Apa aku merepek ni?

Read more...

Toughest Job

Tidak dinafikan. Tugasan di KL paling mencabar. Berdepan dengan 13 orang bekas guru. Sangat sukar.

Kadang-kadang. Terpaksa berlakon. Berpura-pura. Bermulut manis.
Faktor usia. Faktor penghalang utama. Dalam hubungan antara klien dan vendor. Kami muda. Mereka umur lebih beberapa tahun daripada kami.

Kadang-kadang. Sampai satu tahap. Tidak dapat mengawal diri. Geram. Tertekan. Susah untuk menyuruh. Pelbagai alasan diberikan.

Marah? Tentu sekali. Ikutkan hati. Ingin menengking sahaja mereka-mereka itu. Tapi. Sebagai klien. Hati mereka perlu dijaga.

Namun. Hati ini? Siapa yang peduli? Ditambah dengan keadaan yang tidak begitu memuaskan sekarang. Hati ini jadi tidak keruan. Bila masalah akan selesai?

Dalam hati ini. Hanya ingin pulang ke tempat asal. Tolong. Hujan emas di negeri orang. Hujan batu di negeri sendiri.

Coretan: Nak suruh print pun malas. Padahal tengah duduk depan PC. Bukannya susah nak bukak file depan mata. Klik kat file. Klik kanan. Tekan print. Siap! Itu pun susah ke?

Read more...

Tambang

Sebulan lebih di KL. Begitu terasa pengaliran wang keluar daripada dompet. Mengalir. Dan mengalir. Lebih-lebih lagi. Apabila Touch n Go dipergunakan sepenuhnya. Seminggu. Auto-reload.

Banyak cara dilakukan untuk mengurangkan kos ini.

Cara 1:
Pergi

Tol Silk (Kajang) = RM1.00
Parking di stesen komuter Kajang = RM3.00
Tambang komuter (Kajang - Bandar Tasik Selatan) = RM1.70
Tambang LRT (Bandar Tasik Selatan - Bandaraya) = RM1.70
Balik
Tambang komuter (Bank Negara - Kajang) = RM3.10
Tol Silk (Kajang) = RM1.00


Jumlah kos (Pergi + Balik) = RM11.50 * 5 hari = RM57.50
Minyak kereta (5 hari) = RM30.00


Jumlah keseluruhan untuk 5 hari = RM57.50 + RM30.00 = RM87.50



Cara 2 (Cara ini digunakan jika terlambat bangun):
Pergi
Tol Silk (Kajang) = RM1.00
Parking di stesen komuter Kajang = RM3.00
Tambang komuter (Ekspress, Kajang - Bank Negara) = RM3.10
Balik
Tambang komuter (Bank Negara - Kajang) = RM3.10
Tol Silk (Kajang) = RM1.00


Jumlah kos (Pergi + Balik) = RM11.20 * 5 hari = RM56.00
Minyak kereta (5 hari) = RM30.00


Jumlah keseluruhan untuk 5 hari = RM56.00+ RM30.00 = RM86.00
*Hanya kurang RM1.50 berbanding Cara 1.


Cara 3 (Paling menjimatkan masa):
Pergi

Tol Sungai Long = RM1.00
Tol Besraya = RM1.30
Parking di stesen LRT Sungai Besi = RM2.00
Tambang LRT (Sungai Besi - Bandaraya) = RM1.70
Balik
Tambang LRT (Bandaraya - Sungai Besi) = RM1.70
Tol Besraya = RM1.30
Tol Sungai Long = RM1.00


Jumlah kos (Pergi + Balik) = RM10.00 * 5 hari = RM50.00
Minyak kereta (5 hari) = RM40.00


Jumlah keseluruhan untuk 5 hari = RM50.00+ RM40.00 = RM90.00
*Kos bertambah RM2.50 daripada Cara 1 & RM4.00 dari Cara 2

Kesimpulan: Cara 3 merupakan cara yang agak kos sedikit jika dibandingkan dengan Cara 1 & Cara 2. Bagaimanapun, Cara 3 sangat menyelesakan kerana tidak perlu menaiki komuter yang mana selalu mengalami masalah teknikal (LOL).

Coretan: Kos bertambah tapi hati senang.

Read more...

4 tahun

>> 02 September, 2007


Genap 4 tahun. Di sini. Banyak pengalaman suka duka.

Pernah menangis di sini. Pernah ketawa di sini.

Terima kasih. Terima kasih. Sesungguhnya diri ini tidak pernah lupa.

Kontrak dan tetap.

Susah dan senang.

Cabaran. Kesabaran.

Terima kasih sahabat. Susah & Senang. Satu persatu. Semakin jauh dari pandangan.

2007. Penuh cabaran. Begitu mencabar. Kecundangan.

Semakin sunyi. Semakin hilang. Semakin tiada.

Moga sinar muncul. Moga mentari muncul.

Pasrah...



Coretan: Luahan hatiku...

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP