Cameron Highlands

>> 19 January, 2008

Panorama ladang teh

Masa untuk cuti-cuti Malaysia lagi. Kali ini, ke Cameron Highlands. Kali terakhir ke Cameron Highlands - 16 tahun dahulu. Uishh! Lama tu! Zaman rombongan sekolah dulu..

Lepas gian amik gambar berlatarbelakangkan ladang teh
Nun sayup di belakang ialah ladang teh

Pintu gerbang Cameron Bharat Plantations

Rugi kalau sampai Cameron Highlands, tak beli teh.. Kedai ini betul-betul di atas ladang teh. Dinamakan Teh Bharat. Boleh kalau nak minum di tea shop tapi secawan teh berharga RM3. Tak payah! Baik beli teh, buat kat rumah.

Sebenarnya, bila balik rumah. Bancuh teh Bharat ni & minum. Sedapnya teh ini. Rasa ala-ala teh dekat hotel yang secawan belas-belas ringgit. Memang sedap! Tak sama macam teh Boh atau Lipton, beb! Tak rugi beli.

*Bharat - Nama pengasas ladang teh ini. Berketurunan India.

Membeli teh
Depan tea shop

Kemudian, kami ke pasar sayur di Brinchang yang terkenal dengan sayur-mayur yang segar dari ladang. Dalam 10 minit dari Tanah Rata.

Brinchang
Mencari sayur...

Malam itu, kami ke pasar malam di Brinchang untuk makan malam. Rata-rata penjual di sini, menjual sayur, strawberry, dan goreng-gorengan. Pertama kali jumpa, orang jual ketam, udang, sotong goreng tepung kat pasar malam. Macam jual cendawan goreng. Kincham goreng tepung pun glamer di sini.

*Kincham - sejenis sayuran. Kalau di bawah (selain Cameron Highlands) ia dikeringkan, berwarna kuning dan dibungkus bersama suhun+tauhu pucuk.

Syasya tido, abah makan choc-dipped strawberry

Selepas itu, kami ke Cactus Valley untuk melawat pokok-pokok strawberry, kaktus, dan sayur-sayuran salad yang ditanam di situ.

Kita boleh makan salad yang dijual. Boleh juga makan makanan berasaskan strawberry di sini.

Mencuba ice-cream + strawberry

Ice-creamnya, bawah tu penuh dengan strawberry..
(Dah makan baru teringat nak amik gambar)


Di ladang strawberry

Underneath pokok strawberry
Pokok strawberry, itselves

Syasya: Boringnya jalan-jalan kat kebun sayur...

Kaktus yang berwarna-warni - geram!
Mama, jom beli tomato ni

Syasya & tomato
Mama, Syasya & pokok tomato
Pokok tomato, itself
Syasya, Abah & Bunga

Coretan: Begitu bersepah-sepah orang jual strawberry di atas sana...Tidur semalam dah cukup dah utk abiskan lawatan ke Cameron.

Read more...

Avatars for Moms

>> 15 January, 2008

This is cool! An avatar for me...


Coretan: Best pulak ada avatar untuk orang bertudung+mama...meez.com

Read more...

Penang - Day 3

>> 12 January, 2008

Hari ketiga di Penang. Pagi itu kami semua bangun lambat. Mana ke tidaknya. Seharian berjalan semalam. Sehingga ke Kedah perginya.

Kali ini kami ke seberang menaiki feri. Satu pengalaman baru bagi mamasyasya & syasya. Tidak pernah seumur hidupku naik feri. Hehehe...

Naik feri, muka berminyak-minyak. Panas!
Ada Star Cruise kat depan tu...
Satu family...Satu rombongan lawatan

Rancangan makan untuk hari ini ialah ke restoran Mee Udang yang dipromote dalam Jalan-jalan Cari Makan, TV3. Ingatkan mee udang tersebut seperti mee udang Chinese style. Rupa-rupanya, mee udang Malay style. Rasa ala-ala mee bandung tapi kuahnya tak pekat. Actually, not my taste. Boleh la..Istimewanya mee udang itu, kita boleh pilih udang fresh untuk dimasukkan ke dalam mee udang kita tu. Pilih la banyak mana udang. Selepas itu, bayar aje lah ye..Dan, sekali lagi. Gambar tidak dapat diambil kerana semua sibuk makan.

Kemudian, kami dibawa berjalan lagi ke sekitar Kedah. Tapi. Macam tak ingat lak pegi mana, sebab takde gambar.

Petang pukul 6 lebih, kami bertolak dari Penang ke KL semula. Bye Penang!

Coretan: Balik tu jalan jammed dekat highway. Sampai rumah pukul 2 pagi!

Read more...

Penang - Day 2

Hari kedua di Penang. Kami dibawa untuk bersarapan pagi di Nasi Kandar, Kampung Melayu. Dan. Sekali lagi, kelihatan orang beratur panjang untuk membeli nasi kandar idaman mereka. Kali ini, mamasyasya & abahsyasya memesan roti canai.

Kedai ini terletak di Jalan Pisang Raja.

Dekat simpang Rumah Seratus (Hanya ada seratus buah rumah sahaja di sini)

Uncle Nesh & Auntie Girl menunggu makanan

Rupanya, kat Penang ni, orang memang layan nasi kandar untuk sarapan pagi. Bukan nasi lemak ye..
Komen untuk makanan di kedai ini. Memang best! Dia punya kari, memang baik punya. Sedap giler! This restaurant is recommended lah!

Menggiurkan lauk pauk ini
Suasana dalam kedai
Depan kedai

Selepas itu, kami dibawa berjalan-jalan lagi sekitar P.Pinang. Kali ini, ke Jeti Jerejak. Nun di sana, kelihatan Pulau Jerejak. Tok Daddy Syasya kata, next time datang Penang, kita tidur kat Pulau Jerejak pula. Errr..macam seram je nak tidur sana. Kan Pulau Jerejak tu orang kata berhantu...?

Sign board Jeti JerejakBerlatarbelakangkan Jambatan P.Pinang

Berlatarbelakangkan Pulau Jerejak

Singgah di Queensbay Mall, Penang yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara. Besar ke? Macam besar lagi Pavilion?

Berlatarbelakangkan Central Park, Queensbay Mall.

Dekat Penang ni takde sangat benda untuk dibawa sebagai buah tangan. So, kami singgah di kedai jeruk yang diperbuat segar dari kedai untuk dibawa pulang.

Ini kedai jeruknya
Memilih jeruk
Jeruk-jeruk yang dibeli sebagai bekal

Tengahari itu kami singgah untuk makan di restoran ikan bawal. Pemandu pelancong kami kata, sedap kedai tu. Hmm..sebenarnya makanan biasa. Nasi berlaukkan kuah & ulam-ulaman. Sedap tu memang sedap. Speciality menghidangkan ikan bawal goreng panas-panas. Itu yang buat kita makan berselera tuh. Gambar tidak diambil kerana terlalu lapar.

Dah petang masa ni...

Destinasi terakhir kami untuk hari ini. Alor Star, Kedah. Sempat singgah di rumah kelahiran Tun Dr Mahathir Mohamad walaupun dah tutup untuk masuk ke dalam rumah.

Rumahnya

Sebenarnya tujuan kami dibawa ke Alor Star, Kedah ialah untuk menjamu selera di satu kedai Cina Hailam bernama Bunga Raya. Walau bagaimanapun, gambar tidak sempat diambil kerana kami semua sibuk nak makan...Al-kisahnya...

Coretan: Penat betul sehari ni. Berjalan sehingga ke pagi.

Read more...

Penang - Day 1

Kami ke Pulau Pinang semasa cuti sekolah bulan 12 hari tu. Atas permintaan Tok Daddy & Tok Mummy serta Uncle & Auntie Syasya yang berharap sangat kami ke sana. Seronok la, kali pertama untuk Syasya, kali kedua untuk mamasyasya, dan kali ketiga untuk abahsyasya.


Dah sampai tol, jambatan P.Pinang
Jambatan P.Pinang

Petang itu, kami berjalan-jalan sekitar P.Pinang...Kecik ajer Penang ni...

Pantai Batu Feringgi
Kebetulan ada orang tengah main parachute pantai

Malam itu kami semua diperkenalkan dengan Nasi Beratur. Kedai ini memang dibuka jam 10 malam ke atas. Siapa yang datang awal daripada itu, jangan harap dapat makan. Hidangan yang ada, biasalah, nasi kandar lah, dah kat Penang. Secara keseluruhannya, takde lah sedap sangat nasi kandar ni. Heran gak kenapa orang sanggup beratur sampai macam tu..ish ish..

Inilah kedainya...

Nampak tak orang beratur kat belakang tu? Panjang tau beraturnya...

Coretan: Biasa-biasa aje Nasi Beratur tu..

Read more...

I'm back

Lama betul tidak ku apdet blog ini. Agak bz lepas-lepas balik MARA ni. Baik ku letakkan satu entry supaya tidak lari pembaca ku. (Ada pembaca ke? Ke syiok sendiri jer?).

Atas permintaan, terimalah video Syasya menyanyi ABC. Walaupun masa record ni, Syasya tidak berapa berminat..Kalau time dia tengah minat nak menyanyi, siap cakap "lagi?". Kualiti agak gelap sikit sebab dalam rumah.


Read more...
Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP