Cameron Highlands

>> 19 January, 2008

Panorama ladang teh

Masa untuk cuti-cuti Malaysia lagi. Kali ini, ke Cameron Highlands. Kali terakhir ke Cameron Highlands - 16 tahun dahulu. Uishh! Lama tu! Zaman rombongan sekolah dulu..

Lepas gian amik gambar berlatarbelakangkan ladang teh
Nun sayup di belakang ialah ladang teh

Pintu gerbang Cameron Bharat Plantations

Rugi kalau sampai Cameron Highlands, tak beli teh.. Kedai ini betul-betul di atas ladang teh. Dinamakan Teh Bharat. Boleh kalau nak minum di tea shop tapi secawan teh berharga RM3. Tak payah! Baik beli teh, buat kat rumah.

Sebenarnya, bila balik rumah. Bancuh teh Bharat ni & minum. Sedapnya teh ini. Rasa ala-ala teh dekat hotel yang secawan belas-belas ringgit. Memang sedap! Tak sama macam teh Boh atau Lipton, beb! Tak rugi beli.

*Bharat - Nama pengasas ladang teh ini. Berketurunan India.

Membeli teh
Depan tea shop

Kemudian, kami ke pasar sayur di Brinchang yang terkenal dengan sayur-mayur yang segar dari ladang. Dalam 10 minit dari Tanah Rata.

Brinchang
Mencari sayur...

Malam itu, kami ke pasar malam di Brinchang untuk makan malam. Rata-rata penjual di sini, menjual sayur, strawberry, dan goreng-gorengan. Pertama kali jumpa, orang jual ketam, udang, sotong goreng tepung kat pasar malam. Macam jual cendawan goreng. Kincham goreng tepung pun glamer di sini.

*Kincham - sejenis sayuran. Kalau di bawah (selain Cameron Highlands) ia dikeringkan, berwarna kuning dan dibungkus bersama suhun+tauhu pucuk.

Syasya tido, abah makan choc-dipped strawberry

Selepas itu, kami ke Cactus Valley untuk melawat pokok-pokok strawberry, kaktus, dan sayur-sayuran salad yang ditanam di situ.

Kita boleh makan salad yang dijual. Boleh juga makan makanan berasaskan strawberry di sini.

Mencuba ice-cream + strawberry

Ice-creamnya, bawah tu penuh dengan strawberry..
(Dah makan baru teringat nak amik gambar)


Di ladang strawberry

Underneath pokok strawberry
Pokok strawberry, itselves

Syasya: Boringnya jalan-jalan kat kebun sayur...

Kaktus yang berwarna-warni - geram!
Mama, jom beli tomato ni

Syasya & tomato
Mama, Syasya & pokok tomato
Pokok tomato, itself
Syasya, Abah & Bunga

Coretan: Begitu bersepah-sepah orang jual strawberry di atas sana...Tidur semalam dah cukup dah utk abiskan lawatan ke Cameron.

0 komentar:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP