Penang - Day 2

>> 12 January, 2008

Hari kedua di Penang. Kami dibawa untuk bersarapan pagi di Nasi Kandar, Kampung Melayu. Dan. Sekali lagi, kelihatan orang beratur panjang untuk membeli nasi kandar idaman mereka. Kali ini, mamasyasya & abahsyasya memesan roti canai.

Kedai ini terletak di Jalan Pisang Raja.

Dekat simpang Rumah Seratus (Hanya ada seratus buah rumah sahaja di sini)

Uncle Nesh & Auntie Girl menunggu makanan

Rupanya, kat Penang ni, orang memang layan nasi kandar untuk sarapan pagi. Bukan nasi lemak ye..
Komen untuk makanan di kedai ini. Memang best! Dia punya kari, memang baik punya. Sedap giler! This restaurant is recommended lah!

Menggiurkan lauk pauk ini
Suasana dalam kedai
Depan kedai

Selepas itu, kami dibawa berjalan-jalan lagi sekitar P.Pinang. Kali ini, ke Jeti Jerejak. Nun di sana, kelihatan Pulau Jerejak. Tok Daddy Syasya kata, next time datang Penang, kita tidur kat Pulau Jerejak pula. Errr..macam seram je nak tidur sana. Kan Pulau Jerejak tu orang kata berhantu...?

Sign board Jeti JerejakBerlatarbelakangkan Jambatan P.Pinang

Berlatarbelakangkan Pulau Jerejak

Singgah di Queensbay Mall, Penang yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara. Besar ke? Macam besar lagi Pavilion?

Berlatarbelakangkan Central Park, Queensbay Mall.

Dekat Penang ni takde sangat benda untuk dibawa sebagai buah tangan. So, kami singgah di kedai jeruk yang diperbuat segar dari kedai untuk dibawa pulang.

Ini kedai jeruknya
Memilih jeruk
Jeruk-jeruk yang dibeli sebagai bekal

Tengahari itu kami singgah untuk makan di restoran ikan bawal. Pemandu pelancong kami kata, sedap kedai tu. Hmm..sebenarnya makanan biasa. Nasi berlaukkan kuah & ulam-ulaman. Sedap tu memang sedap. Speciality menghidangkan ikan bawal goreng panas-panas. Itu yang buat kita makan berselera tuh. Gambar tidak diambil kerana terlalu lapar.

Dah petang masa ni...

Destinasi terakhir kami untuk hari ini. Alor Star, Kedah. Sempat singgah di rumah kelahiran Tun Dr Mahathir Mohamad walaupun dah tutup untuk masuk ke dalam rumah.

Rumahnya

Sebenarnya tujuan kami dibawa ke Alor Star, Kedah ialah untuk menjamu selera di satu kedai Cina Hailam bernama Bunga Raya. Walau bagaimanapun, gambar tidak sempat diambil kerana kami semua sibuk nak makan...Al-kisahnya...

Coretan: Penat betul sehari ni. Berjalan sehingga ke pagi.

0 komentar:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP