Couples who baby talk in front of you

>> 04 March, 2008

Rasanya ramai yang pernah berhadapan dengan situasi macam ni. Lift? Public transport? Kedai makan? Atau. Bercakap dalam telefon? Etc.

Pengalamanku. Setakat yang masih diingat ada 2 kes. Kedua-dua semasa di dalam public transport: LRT.

Case 1:
Satu couple. Mungkin nak ke tempat kerja. Masuk-masuk dalam LRT. Of cos dah penuh takde tempat duduk. Maka. Kena la berdiri. Couple ini tak mengjengkelkan. Tetapi. Kelakar tengok. Sebab nampak sangat bunga-bunga cinta mengelilingi mereka. Kalau kita boleh tambah animation dekat mereka, boleh letak cupid kat atas. Pastu ada love-love keluar dari kepala derang. Memang jiwang giler. Cakap pun perlahan.

Case 2:
Masuk satu couple. Muda lagi. Budak perempuan pegang beg plastik Esprit. Baru balik shopping kot. Yang mamat tu. Pakai baju hitam semua dengan headphone kat telinga. Tengah dengar lagu My Chemical Romance (macam mana tau, sebab budak lelaki tu nyanyi kuat-kuat, siap joget lagi. *poyo!).

Yang nampak menggedik - budak perempuan tu. Dok bergesel-gesel ngan boyfriend dia. Pastu, tenung-menenung antara satu sama lain. Cakap pun macam nak bercium mulut. Eiii, grosss!

Menyampah giler tengok. Actually taknak tengok. Tapi, ternampak kat pantulan cermin. So, macam kena tengok jugak.

Ingatkan macam anak orang kaya ker boy tu. Sekali turun kat stesen yang sama. Follow derang. Nak tengok derang naik apa. Sekali tut tut. Pegi kat satu motor kapcai Ex-5 buruk. Pakai helmet. Lorrr...Naik motor cabuk ajer.
*Maybe student la agaknya tu.

Coretan: Meh la share citer korang. Taip la dalam komentar. Itaz - ko ada kan satu citer couple mengada dalam komuter kan?

1 komentar:

Anonymous,  9:24 AM  

hmm...sebenarnya aku bukan ada 1 tapi banyak citer pasal couple dalam komuter...yang buat adengan 18sx...yang macam couple dah tua suami orang isteri orang pun ada (macam mana aku tau, sebab aku hari-hari nampak dan kdg2 terdengar cerita derang sebab 'kami' selalu satu gerabak) hua ha ha....sampai mcm tuh sekali...kalo cerita kat sini nanti jadi blog aku plak...he3...kesimpulannya, apa pun yang kita buat jangan ingat tak ada orang yang perhati...layannnn...he3

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP