Jeram

>> 15 May, 2008

Sudah lama ku cari restoran makanan laut yang bukan orang Siam masak dan masakannya sedap.

Kali terakhir masa belajar dulu, kami satu rumah (housemate masa belajar kat Johor) makan dekat Pasir Gudang. Memang sedap dan murah. Teringat ketam masak berlada kedai tu...

Pernah ku cuba makan di Umbai & Alai, Melaka. Alahai... Kecewa berbaur hampa. Mahal saja lebih. Sedapnya tidak.

Ada juga Jasairy (adik) mencadangkan satu tempat makan di Jeram yang terletak selepas pekan Kapar, Klang. Tapi. Malas nak layan sangat. Dalam hati berkata, "Sedap ke...?"

Bulan lepas, kami sekeluarga cuba makan di sana (Jeram yang kononnya sedap itu) sempena hari lahir untuk orang-orang yang lahir pada bulan April. Ada 3 orang semuanya. Lama juga kami menunggu hidangan yang dipesan untuk tiba. Kelihatan di sekeliling, semua pelanggan menunggu makanan. Memang ramai orang. (Sedap sangat agaknya). Yang datang, paling kurang 6 7 orang satu meja. Memang semua mahu makan busat punya.

Syasya bad mood masa nih...Tapi, nasib baik masa makan, mama tau nak trick Syasya macam mana. So, dapat la mama makan dengan aman. (Rugi la kalau tak dpt ketam tu)

Tidak lama selepas hampir satu jam menunggu, makanan pun tiba... Wah! Nampak macam best! Rupanya, memang best! Ketam masak pedas, ikan siakap stim, ikan bawal tiga rasa, sotong goreng tepung, kerang bakar, tomyam, sup sayur, air buah tembikai satu jag...

Sukses. Inilah tempatnya! Untuk makan makanan laut yang sedap.

Mereka yang kekenyangan...

Coretan: Kalau nak pergi lagi, kena balik Klang dulu. Jauh bebeno dari Semenyih.

0 komentar:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP