My new workplace

>> 25 July, 2008

Sudah lama ku idamkan satu workplace yang:

  1. Ada partition
  2. Ada meja besar
  3. Ada pc power
  4. Ada internet yang no limit access

Kenal tak daun hijau tu? (Sentiasa ku bawa ke mana-mana)

Akhirnya. Impianku tercapai jua. Yahoo! Seronoknya...

Coretan: Penat tapi hati senang.

Read more...

Syasya 1st Barbie

Wahh, Syasya dapat 1st Barbie doll from mama arin (my cousin). Mama Syasya dah lama berangan nak belikan Syasya Barbie doll cos mama suka sangat main Barbie kecik-kecik dulu, tp main Barbie doll orang punya. Mama tak pernah ada Barbie doll. Atuk Syasya tak belikan.

Gambar agak blur


Seronok giler Syasya. Walaupun mama tak berapa nak bagi Syasya main cos takut nanti kepala Barbie tu tercabut.

Sejak ada Barbie doll, Syasya pandai lak mintak hari tu, "Mama, nak main Barbie doll" (dengan poyonya, macam la tau main). Tunggu la. Mama simpan dulu Barbie doll ni. Nanti Syasya besar, Syasya main la. Ok Syasya?


Gambar ini senyum...

Gambar ini tak senyum plak...

Ishh, konfius lak sekejap. Angle ambik gambar tu yang buatkan dia nampak cam tak senyum kot?

Coretan: Nak kumpul baju-baju Barbie yang cantik-cantik. Nanti Syasya leh tukar-tukar baju Barbie tu.

Read more...

Hectic Jammed

>> 16 July, 2008

Minggu ni balik keje asyik jem aje jalan.

Isnin: Jem sebab ada roadblock polis dek kerana ada perhimpunan kat parlimen tu.
Selasa: Jem sebab orang berebut balik nak tengok debat DSAI vs Shabery Cheek.

Hari ini hari Rabu.
Bakal jem lagi sebab penyokong DSAI berpusu-pusu ke Bukit Aman kerana pejuang itu ditangkap polis tengahari tadi...
Kes ini rela kan aje la. Kesian DSAI. Moga Allah SWT lindungi DSAI dan kuarganya (kalau betul dia tak bersalah)

Coretan: Kat Serdang tak penah jem. Tapi, duit lak yang jem.. Sighs

Read more...

Fikirkan

Komen dari debat malam tadi. DSAI memberi hujah-hujah yang penuh berisi, manakala SCheek memberi hujah yang tidak menjawab soalan. Dia bukan lawan DSAI. Memang DSAI seorang yang bijak pandai.

Apa yang penting sebenarnya, tanggungjawab seorang pemimpin ialah membantu rakyat bukannya membebankan rakyat. Jika kita fikir harga minyak yang tinggi membebankan kita. Maka, siapa yang perlu kita sokong? Fikirkan.

Dan. Teringat beberapa hari lepas, terbaca status ym member bertulis "Semoga Anwar mati cepat".

Terus aku tak mengaku dia member, dan sebenarnya aku pon memang tak minat nak jadi member dia pon. Dia yang sebok nak add aku kat ym dia. Sorry la beb!

Untuk penulis status itu - "Siapa kau untuk doakan orang mati cepat?" Giler fanatik kepada golongan aparat. Educated but mind sense masih ketinggalan. Sorry seh! Aku emo.

Coretan: Skang dah minat tgk berita ngan baca sokabar. Hehehe..

Read more...

Syasya's 2nd Birthday

>> 14 July, 2008

Yea!! Syasya dah 2 tahun! Dah besar, dah tinggi, rambut pun dah panjang... Time birthday Syasya ni ongkos mama tak berapa banyak.. Yang mama mampu hanya sediakan cake Chocolate Strawberry yang dihiasi dengan sugardoll dan tulisan sahaja. Tak dapat nak tempah cake printed macam tahun lepas...

Kek harijadi Syasya

Happy ngan kek ke happy ngan jajan?

Budak-budak mengerumuni besday girl

Abah, Syasya and Mama (Mak usu khalisah enterframe)

Nak start tiup lilin

Nyam nyam sedapnya kek ini, mama

Special edition balloon untuk kenang-kenangan..

Coretan: Tak sangka Syasya dah 2 thn...

Read more...

Goodbye

Setelah 5 thn, akhir ku pergi jua. Meninggalkan tempat yang memberi beribu-ribu lemon kenangan.. Kenangan pahit manis...

Sedih meninggalkan kawan-kawan yang masih tinggal. Lama ku hidup berkeliaran di sekitar kawasan itu. Dari takde mamak, sampai ada mamak sampai 2. Dari takde Anjung, sampai dah ada Anjung. Tempat lepak saban hari. Tempat release tension kalau kepala serabut. Minum-minum sat.



Kepada kawan-kawan yang dirahsiakan dari kisah sebenar di mana opis baru ku, sorry... Sebenarnya ku tidak mahu nanti ada gosip-gosip liar yang akan mengganggu gugat hati ini dengan keputusan diriku ini. Mulut orang kan. Kita tak tau. Maka dengan itu, terpaksa ku rahsiakan untuk kebaikan diri ku sendiri.


Apa-apa pun terima kasih kepada my previous co., banyak pengalaman yang telah diberikan kepadaku yang tidak terganti. Tapi banyak juga sengsara yang telah ku terima dan tidak terganti juga. Semoga sentiasa sukses dalam menghadapi cubaan hidup akan datang.

Coretan: Sesungguhnya aku alpa dan menyesal dengan kesilapan lalu...Tak mungkin dapat berpatah balik. Redhakan aje la...hidup perlu diteruskan.

Read more...

Hari terakhir seorang ID

Well. Karok adalah event wajib setiap kali kami meraikan orang yang akan benti.

Inilah merupakan gambar-gambar pada hari terakhirku di MMSC. Sob..Sob...

Member duet

Poyo ajer minah tengah tu menyanyi sampai Chuop pon buat muka. Aku? Nampak sangat berlakon pegang mic.

Masa derang dua orang nyanyi, bingit telinga aku. Dedua sore high pitch.

Suasana dalam Green Box. Penuh perasaan mamat tu nyanyi. Ntah lagu apa dia nyanyi. Lupa dah.

Coretan: Seme manusia di dalam gambar tidak lagi di MMSC. MMSC dalam kenangan...

Read more...

Confuse

Tiba-tiba terasa confuse. Betul ke internet yang haram cam jadah lembab atau sebenarnya komputer kat rumah itu yang bermasalah? Tapi baru jer format hari tu. Tapi macam logik jugak, kalau sebab pc yang melembabkan internet tu. Tapi macam mana ek? Kena beli computer baru ke?

Coretan: Kena try access internet tu guna pc lain...

Read more...

Makaroni Bakar

Lepas dapat sebuah oven baru yang abahsyasya belikan untuk mama sempena 3rd anniversary. Semangat betul rasa nya nak masak makanan yang berasaskan bakar-bakar.

Kebetulan abahsyasya ada potluck kat sekolah dia. So, dia suruh mama buat makanan. Terfikir banyak lagi pasta-pasta yang tak dimasak. Plan nak buat makaroni bakar lah. So, on pc, surf internet carik resepi makaroni bakar. Jumpa banyak resepi, gabung-gabungkan mana-mana yang menarik. Nah! Inilah hasilnya.

Bakar dalam aluminum foil ni senang, dah makan terus buang

Potongan makaroni bakar


Coretan: Tgh plan nak buat cookies untuk Syasya...

Read more...

Apdet-apdet

>> 03 July, 2008

Lamanya sudah tidak mengapdet blog ini. Streamyx rumah haram jadah lembab sangat. Call customer service tmnet ada dekat 10 kali agaknya. Asyik configure menda yang sama, bawa ke atas la, apa la, itu la, ini la..

Ada sekali selepas report, tmnet tukar Port kononnya. Boleh la guna balik internet. Malam tu ajer sudah tak boleh guna balik. Apa la punya servis. Membazir aku bayar rm100++ sebulan tapi internet slow haram jadah. Please la tmnet!

Coretan: Rasa cam nak serang jer tmnet tu!

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP