Saje nak updet gambar Syasya

>> 27 August, 2008

Memang cantik amik gambar kat SR (ala-ala perasan, LOL). Dah banyak kali sebenarnya amik gambar kat SR ni. Saja nak updet gambar Syasya yang dah semakin besar.

Syasya & Abah
(Sayanggg abah! - dialog Syasya)


Syasya & Nenek

3 generasi...

Syasya nyanyi-nyanyi Hepi Bedey...
(perasan sambut besday, berapa kali nak sambut Syasya? bankrap la mama)


Mama Syasya & Mama Abah aka Nenek Syasya


Coretan:
Kitaorg paww Nenek Syasya belanja makan SR nih...Thanks nenek!

Read more...

Gerai Mommy Jajad & Uncle Peeq

Awal bulan 8 hari tu ialah pembukaan kedai seorang kakak. Kami semua berkunjung ke sana untuk memberi sokongan moral...Al-maklum lah, orang baru bukak kedai.

Terdapat pelbagai menu kat kedai ni. You all boleh try Nasi Lemak biasa, Nasi Lemak Sotong, Laksa Penang, Mee Udang & roti-roti.

Inilah kedainya...

Nama jer Mamak, tapi bukan makanan mamak sangat la..

Mereka-mereka yang sedang mencuba makanan...

Laksa & Nasi Lemak Sotong

Kat tepi food court ada playground

Kalau nak carik kedai Mommy Jajad, nun kat hujung belakang tu..

Kalau sesiapa tengah jalan-jalan kat sekitar Puchong, boleh la singgah Giant Puchong, naik atas, pegi kat FudCourt... Kalau nak tau menu-menu yang ada, boleh singgah kat blog tuan punya kedai http://jajadanakomaq.blogspot.com

Coretan: Hari tu nak try mee udang, tapi takde lak, next time suh tuan kedai bawak opis aje la...

Read more...

Arsenal Fan Cuppies

>> 22 August, 2008

Sekarang ni I dah jual cuppies. Bukan diriku yang buat. Adalah kenal seorang kawan opis yang pandai sangat buat cuppies yang comel. Maka. I tolong la dia jual cuppies ni...

Cuppies dia sedap, dengan icing yang sedap. Bila bukak kotak, bau wangi icing ajer...Memang best!

Dikotakkan dalam box yang comel... Tengok la, kadang-kadang box putih yang biasa tu..Siap riben tau!


Tadaaa!

Tengah-tengah pk design apa yang nak ditempah kat dia..tetibe terpk yang husbandku peminat fanatik Arsenal. So, why not tempah cuppies yang ada logo Arsenal. Mesti dia suka giler..



Sesiapa yang interested nak beli cuppies, layarilah jellybeesz for more colorful designs.

Coretan: Syasya suka makan, hari tu bawak balik satu, terkulat-kulat dia makan, tu yang order lagi sekotak ni..

Read more...

Terkenang

>> 14 August, 2008

Inilah monitor yang memenangi pertandingan menghias monitor

Tiba-tiba teringat masa kat company lama dulu, ada satu golongan budak-budak yang takde keje, dok menghias pc masing-masing dengan hiasan-hiasan aneh. Hias dengan bulu-bulu la (macam contoh gambar di atas), dengan kerang-kerangan laut la & dengan apa-apa ntah lagi.

Hishh.. Mesti monitor tu rasa malu dengan tuan dia kerana menghiaskan dirinya seperti pondan. Budak-budak tu pun dah ditamatkan kontrak sebelum diri ku resign. Elok lah, derang bukan ada keje pon, asyik hias monitor ajer. LOL!

Anyway, kesian jugak dengan derang ditamatkan kontrak serta merta. At least bagitau awal la. Kesian walaupun ada yang menyombong langsung tak penah ckp atau senyum denganku..

Coretan: Hias gak CPU, dengan sejambak bunga tiruan warna hijau.

Read more...

Sehari bersama teman

>> 04 August, 2008

Beberapa minggu lepas (dalam bulan 7), me and Muza planning pegi shopping baju raya kat Jalan TAR. Nak tercabut jugak kaki kitaorg berjalan mencari baju raya yang sesuai untuk tema tahun ni.

Sebenarnya nak belanja Muza sempena birthday dia bulan July 08. Dan. Bersempena juga dapat gaji pertama di tempat kerja baru.

Seksa jugak nak minta tolong orang amikkan gambar. Masam ajer muka nya...

Muza bersama ayam

Me bersama ayam

Ayam-ayam kami... --> Ayam bersama ayam
(tukar atas komen suez)

Coretan: Ada hutang nak belanja lagi sorang nih. Tunggu la gaji yang akan-akan datang. Puasa nazar pun kena bayar ni.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP