Salam Lebaran Aidilfitri

>> 26 September, 2008

Ramadhan 1429 semakin hampir meninggalkan kita. Sedih pulak rasanya...

Tahun ni rajin jugak masak untuk berbuka & untuk bersahur. Abahsyasya nak makan nasi dengan lauk. Maka. Terpaksa gagahkan juaa..(Agaknya sedap ker air tangan mamasyasya ni?) Biasalah, air tangan ibu...Kwang kwang kwang. Poyos ajer bunyinya.

Sempena berakhirnya Ramadhan dan datang Syawal, ingin ku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang mengenali diri ini. Harap halalkan segala makan minumku. Salah terkasar bahasa harap dimaafkan. Semoga Aidilfitri kali ini merupakan Aidilfitri yang paling bermakna buat kawan-kawan semua.

Amaran! Jangan main mercun.


Coretan: Jemputlah datang rumah beraya.

Read more...

Shopping for Raya

>> 25 September, 2008

Tiap-tiap tahun mesti pegi Jalan TAR untuk shopping raya. Nak cari, kain pelikat, kain batik, tudung, baju melayu dan beberapa souvenir utk keluarga terdekat.

Kalau pergi, kitaorg tak naik kete, nanti jalan jem. Kitaorg park kat LRT stesen berhampiran, pastu naik LRT.

Dalam LRT. Sian syasya kena berdiri pegang tiang...

Syasya kepenatan, terbaring kat tempat jual kasut lelaki SOGO

Tapi. Kali ni pegi macam tak berapa seronok sangat. Semua menda yang dicari tak jumpa. Agaknya sebab dah lambat. Sampai jalan TAR dah tengahari. Kepalaku jadi berserabut. Dengan himpitan orang ramai lagi. Menyebabkanku tak jumpa satu apa pon. Adalah dapat tudung air mata (nama tudung utk tahun ini) sehelai.

Seronok betul abahsyasya mengejek. Cos aku ler yang beria sangat nak pegi. Tapi. Tak dapat apa-apa. Cess..

Coretan: Abahsyasya kata tahun depan tak payah pegi jalan TAR lagi. Tapi, saya mauu...

Read more...

Kisah Haiwan Teladan

Jom la tengok kisah Haiwan Teladan setiap hari jam 9.30 pagi di TV3. Saksikan Danish Mukhri dan rakan-rakan dalam setiap episod.

Kalau sesiapa yang masih ingat Lizamurni (x-mmsc), maybe kenal siapa Danish. Danish is Kak Liza's eldest son. Dulu masa Danish kecik, Kak Liza pernah bawak ke MMSC tapi Danish sombong masa tu. Hihi...


The boy with stripes shirt is Danish Mirza. Cute kan dia?

Kalau nak tengok lebih banyak episode, sila klik di sini.

Coretan: Rindu ngan teman-teman lama masa MMSC dulu. Rindu Yas, Kak Liza, Zura...

Read more...

My new home

Rumah dah siap tapi bila nak pindah ni? Tengah tunggu kunci dari developer. Hari tu kami round-round area kawasan rumah, dah banyak dah rumah yang tengah renovate. Mereka mesti nak pindah masuk sebelum raya.

Ingatkan dapat la beraya kat rumah baru tahun ni. Tapi kunci pun tak dapat lagi. Rasanya akan pindah hujung tahun nanti kot. Takpe la. Selagi boleh bersabar. Sabar. Walaupun tak sabar dah sebenarnya. Tapi. Kusabarkan jua. Lepas raya pon takpe la.

No.6

Abahsyasya tengah check surat sambil tinjau-tinjau


Lepas berangan tengok rumah, kami singgah pula ke Giant Prima Saujana. Ada Fella Design Warehouse sale. Sebenarnya dah pegi minggu lepas. Ada la yang berkenan tapi takde plak corak yang digemari.

Sekali tu, bila singgah minggu ni. Alamak. Ada plak kerusi cantik tersergam indah kat depan tu. Terus la menggelabah. Murah pulak tu. Terus sambar satu kerusi & satu footstool yang worth almost RM1500++ kalau bukan warehouse. Kami dapat dengan harga RM500 jer 2 menda tu. Bestnyee. Thanks Abahsyasya! Leh letak kat rumah baru nanti...

Banner

Mamat Nepal tu tengah bungkus kusi mama... :)

Coretan: Ish, bile nak dapat pindah nihh..

Read more...

Berbuka Puasa 2Gather-gether

>> 15 September, 2008

Sabtu hari tu, kami berbuka puasa together sekaligus bergathering dengan x-officemate paling rapat ku yang dah lama tak jumpa...

@ The Coast, Alamanda

Syasya siap make-up bagai, poyo tau dia nih

Inilah tempat berbuka kami, kat dalam tak muat.


Lepas makan, kami pon sibuk bergambar. Tak sempat nak amik gambar bersama hidangan. Semua layan makan, takde sape pon yang nak amikkan gambar.. Jadi, takde la gambar makan...

Syasya konon-konon nak pegang Amani...

Tak berani nak tegur Amani. Tegur ajer dia buat nyanyian merdu. Maka. Semua orang tak berani tegur Amani dah lepas tu. Tapi. Tetiba auntie Roha berjaya pulak dukung Amani. Well. Budak-budak memang suka dengan Roha.

Kanak-kanak & ibuk-ibuk (Sorang ajer bukan ibuk di sini)

Berlatarbelakang kan The Coast, tapi haram jadah tak nampak, nampak Starbucks ajer...

Muza dok bz layan anak-anak dia (Tasha & Akif)...

Amani, Ieta, Muza, Akif, Roha

Amani, Ieta, Roha, Syasya, Jal

Syasya, Akif, Amani (Tasha lari ntah ke mana)

Gambar family ni je yang sempat disnap.


Inilah gambar kami beramai-ramai yang terbaik yang ada..Susah nak bergambar ada budak-budak kecik ni.. Derang tak fokus..


Coretan:
Kesian gambar bapak-bapak takde langsung. Derang pon dok layan makan ajer masa kitaorg bergambar...

Read more...

Brownies

>> 08 September, 2008

This time sempena potluck kat kampung abahsyasya, kami bawa pencuci mulut ajer.. Malas nak masak makanan lauk-pauk, makcik-makcik ramai, biar mereka yang bawa makanan gitu.

Abahsyasya nak suh diriku buat Tomyam kaki ayam, dia kata suh I tunjuk skill. Tapi. Takmolah. Dulu dah terkena sekali ikut cakap abahsyasya buat mee spesel, sekali tu ramai gak yg bawak mee, pastu tak termakan, banyak berlebih mee yang diri ini buat (bukan tak sedap OK, cos banyak sgt makanan time tu, pastu kitaorg sampai lewat petang padahal makan-makan tu start tengahari)

Maka, pencuci mulut yang terpilih ialah Jelly's Brownies Walnut & Cuppies Selamat Berpuasa...

Jelly's Brownies Walnut




Cuppies Selamat Berpuasa


Coretan: Suka gak baking-baking guna oven nih...

Read more...

It's SOGO sale!

Jumaat hari tu ada SOGO's member day. Memang tak mau melepaskan peluang bershopping di situ sebab barangan murah-murah giler.

First time pegi member sale ni masa kena attached kat MARA last year. Takde card SOGO, tumpang member opis MARA nyer card. Gilosh first time pergi masa tu, tak sangka sebegitu rupanya sale dalam SOGO especially kid's department, macam kat warehouse! Ibu-ibu, mama-mama, mother-mother, seme sedang bersila melipat baju-baju yg perlu di pilih..

Tahun ni pegi lagi. Akan tetapi ape la malang nasib dapat cashier lembab nak mampus, dekat 2 jam lebih beratur nak bayar. Sampai dah berkenalan dengan pembeli-pembeli lain yang tengah queue. Macam mana la tak berkenalan, 2 jam beb! Sakit pinggang, kejap berdiri, kejap mencangkung.


Ini lah cashier yang lembab itu.. (Kat name tag dia kata dia supervisor). Dia punya assistant tu bukan nak tolong percepatkan proses, tunggu ajer baju masuk dlm plastik.

Abang-abang dan kakak-kakak yg sedang beratur berjam-jam. Abg baju pink tu sebenarnya dah jerit-jerit kat cashier suh cepat, ngeh3x, padan muka cashier

Bakul kami yang beratur (tuan dia malas dah nak beratur, ada yang pegi jalan-jalan kejap). Bakulku yg berwarna merah dengan baju kuning itu..


Coretan: Lepas ni kalau ada SOGO member's day, aku nak cuti, takmo ada sebarang konflik. Macam-macam konflik muncul hari tu...Sori la pada yg terlibat, I bukan sengaja, cashier tu yg lembab... 2 jam I beratur tau, tuhan saja yg tau...

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP