It's SOGO sale!

>> 08 September, 2008

Jumaat hari tu ada SOGO's member day. Memang tak mau melepaskan peluang bershopping di situ sebab barangan murah-murah giler.

First time pegi member sale ni masa kena attached kat MARA last year. Takde card SOGO, tumpang member opis MARA nyer card. Gilosh first time pergi masa tu, tak sangka sebegitu rupanya sale dalam SOGO especially kid's department, macam kat warehouse! Ibu-ibu, mama-mama, mother-mother, seme sedang bersila melipat baju-baju yg perlu di pilih..

Tahun ni pegi lagi. Akan tetapi ape la malang nasib dapat cashier lembab nak mampus, dekat 2 jam lebih beratur nak bayar. Sampai dah berkenalan dengan pembeli-pembeli lain yang tengah queue. Macam mana la tak berkenalan, 2 jam beb! Sakit pinggang, kejap berdiri, kejap mencangkung.


Ini lah cashier yang lembab itu.. (Kat name tag dia kata dia supervisor). Dia punya assistant tu bukan nak tolong percepatkan proses, tunggu ajer baju masuk dlm plastik.

Abang-abang dan kakak-kakak yg sedang beratur berjam-jam. Abg baju pink tu sebenarnya dah jerit-jerit kat cashier suh cepat, ngeh3x, padan muka cashier

Bakul kami yang beratur (tuan dia malas dah nak beratur, ada yang pegi jalan-jalan kejap). Bakulku yg berwarna merah dengan baju kuning itu..


Coretan: Lepas ni kalau ada SOGO member's day, aku nak cuti, takmo ada sebarang konflik. Macam-macam konflik muncul hari tu...Sori la pada yg terlibat, I bukan sengaja, cashier tu yg lembab... 2 jam I beratur tau, tuhan saja yg tau...

0 komentar:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP