....

>> 29 October, 2008

...., ...., ....

Coretan: ....

Read more...

Tak patut

>> 21 October, 2008

Tak patut. Sepatutnya tanya dulu. Tak patut. Tak patut ceroboh hak milik orang lain. Tak patut. Tak patut menggunakan e-mail kawan-kawanku & gunakan untuk kepentingan sendiri. Tak patut. Ini kawan tau. Tak patut buat kawan macam ni. (Kalau betul rasa kawan). Apa kata kawan-kawan kepada kawan? Sepatutnya berlaku jujur. Apa perasaan kalau kawan kita buat kita macam ni? Patutkah? Tak patutkan. Patutkah rasa marah? Patut fikir.

Coretan: Patut fikir dulu sebelum buat. Masing-masing ada cara tapi cara jangan bagi orang lara.

Read more...

Syasya's First Hair Cut

>> 14 October, 2008

Akhirnya. Ku relakan jua Syasya bertukar imej. Dah banyak kali orang suruh potong rambut Syasya. Tapi. Mama tak rela. Mama nak rambut Syasya panjang. Biar nampak girlish.

Tapi. Mama pun dah tak tahan tengok rambut Syasya berumbai-umbai ke sana sini. Syasya asyik selak-selak rambut ke tepi. Rambut depan dah menutupi mata. Bila ikat rambut, Syasya bukak. Selepas itu. Syasya hilangkan getah rambut cantik-cantik tu. Hilang entah ke mana...

Lagipun. Mama nak elakkan tohmahan orang ramai yang agaknya mengata mama ni pemalas takmo ikat rambut Syasya. Padahal. Dah ikat tapi Syasya yang bukak ikatan rambut tu.

Pose sebelum operasi

Macam ni la panjang rambut Syasya sebelum...

Syasya sporting sungguh duduk diam sepanjang potong rambut. Siap makan gula-gula lagi sambil memandang cermin. Bagus anak mama. Senyum-senyum tengok rambut dia kena potong.

Melihat rambut sendiri dipotong

Ala cian-cian, rambut dia kena potong

Syasya yang tabah

Dan. Hasilnya. Tadaaa! Syasya's new hair do! Sekarang Syasya tak rimas lagi. Sekarang mama bebas dari tohmahan orang ramai. Sekarang jimat duit mama beli getah ikat rambut pastu hilang...

Pandangan belakang

Pandangan depan

Coretan: Syasya kena rambut pendek camni sampai Syasya janji Syasya takmo bukak ikatan rambut lagi dah...

Read more...

Hijau di Hari Raya

Tahun ni kami berhari raya hijau. Abahsyasya tak penah ada baju melayu warna hijau. So, dia request baju raya hijau. Maka. Tahun ni kami berhari raya hijau, sama dengan warna hijau dedaun di rumah nenek Syasya...

3 of us

Syasya dah gatal kepala (Start tension bergambar)

Tahun ni first time, kami bertiga pakai baju yang ditempah. Tahun-tahun lepas beli siap ajer. Tak sempat nak beli kain & fikirkan theme.

Dan. Tahun ni juga buat pertama kalinya kami sekeluarga dapat bergambar b
ersama-sama. Last sekali sama theme, masa wedding kami, Merah.

Susah woo nak ajak jejaka-jejaka itu bergambar bersama. Especially yang adik no.2 tu. Tahun ni dia semangat. Agaknya sebelum-sebelum ni semua pakai baju tak sama theme. Maka. Dia pun tak heran sangat.

Inilah gambar kami sekeluarga

Dengan ini, secara exclusive sempena Hari Raya, mempersembahkan gambar adik-beradikku... Gambar di bawah memang ikut turutan. Kami semua tinggi-tinggi. Hanya Enoi (nama glamer - Jaz) yang paling pendek. Dia sorang aje yang tak tinggi. Ikut keluarga sebelah atuksyasya, Melaka.

Jalina, Jaffrin, Jasairy, Jazlen Ainor

Syasya bersama Atuk & Nenek kesayangan

Coretan: Semua baju-baju raya mereka, diriku yang pilihkan...

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP