Rumah baru ku - Episode: Kitchen Cabinet

>> 27 November, 2008

Di sini disertakan gambar sketch kitchen cabinet ku.

Tengah tunggu siap je nih. Maybe by next week siap la kot.

Dah siap pasang nanti, boleh pindah. Lalala...

Material pintu: Melamine, colour walnut & Frosted glass
Working Top: Granite, colour putih
Handle: Build-in handle
Hood&Hob: Elba brand (2 stoves)
Accesories: Pull-out tray
Price: RM5k++


Coretan:
Sape nak tengok yang dah siap, datang umah aaa... Takmo letak gambar. Tak surprise.

Read more...

Nescafe versus Toilet

Ish. Dah tau dah kalau minum Nescafe pagi-pagi. Macam ni jadinya.
Adeh. Pemprosesan sedang berlaku.
Baru dekat traffic light nak masuk jalan Yap Kwan Seng.
Sampai kat parking, rasa macam nak lari ajer laju-laju.
Tapi control.
Jalan laju-laju. Tunggu lift.
Masuk office. Singgah toilet kejap.
Hehe...

Coretan: Sapa sembelit minum la Nescafe.

Read more...

Gathering - part 1

Minggu lepas - attend jemputan birthday party x-mmsc a.k.a kawan baik ku semasa di mmsc.

Kejap ajer dapat bermesra dengan Yas, then dia dapat offer menjadi seorang PTD yang berjaya & dipindahkan ke Perak.

Lama betul tak jumpa. Anak dia pun dah besar. Muka macam Yas. Nanti bila-bila, kita jumpa lagi. Tunggu ko pindah Kajang ye Yas. Kita boleh pegi jalan sama-sama kat pekan Kajang bawak anak.

syasya, adam, yas, jal

adam senyum, syasya nganga

Coretan: Minggu ni ada gathering mmsc jugak lagi - kali ni jumpa kawan-kawan lain pulak. Tak sabar rasanya.

Read more...

The making of Syasya Goes Outdoor

>> 24 November, 2008

One day Uncle Chuop offer utk shoot gambar Syasya secara exclusive menggunakan camera DSLR yang dah lama mama idamkan. Khas untuk Syasya supaya bole print besar dengan cantiknya.

Pucuk dicita, ulam mendatang. Bagai bulan jatuh ke riba.
Akhirnya dapat jugak photoshoot special for Syasya~~.


Art Director & Photgrapher


Salah satu hasil photoshoot


Untuk cerita lanjut, layari blog abahsyasya...
.....................


Ini bukan gambar dari photoshoot. Ini gambar hasil dari camera cap ayam ajer. Suka tengok Syasya pose gedik camni.


Coretan: Uncle Chuop n Uncle Jani menerima tempahan photoshoot. Sesiapa berminat can contact them. Layari http://www.flickr.com/photos/tahirntijani/ untuk melihat hasil karya mereka yang menariks.

Read more...

Boring, Busy

>> 20 November, 2008

Minggu ~ bz. Tetibe ada keje urgent datang dari langit. Dah lama tak wat keje sepantas kilat macam ni. Dah lama tak perah otak. Selalu perah otak gak, tapi kali ni perah sampai kering. Sampai biol-biol dibuatnya. Banyak giler content.

Kadang-kadang. Rasa bosan dengan persekitaran. Bosan dengan orang sekeliling. Bosan dengan kepura-puraan manusia yang berselindung di sebalik topeng wajah. Cuba mempergunakan orang untuk kepentingan sendiri. Tetapi. Memang itu adat resam dunia. Mahu atau tidak. Terpaksa.

Biar sahaja.

Coretan: Aku bosan ke ni? Agaknya kot.

Read more...

Rumah baru ku - Episod: Grill dah siap

>> 11 November, 2008

Konsep nya grill rekaan abahsyasya...

Hanya keratan rentas, nak tengok full? Datang rumah ye...

Coretan: White in colour...

Read more...

Teksi bodoh!

Wei teksi bodoh! Aku berhenti kat tempat aku patut berhenti la. Yang ko hon-hon aku apesal?

Bodoh punya teksi! Aku berhenti kat garisan empat segi kuning - itu tandanya kena bagi laluan utk orang jalan sebelah sana masuk.

Bodoh!

Cuba ko nak masuk, orang tak berhenti plak. Biar padan muka ko. Statik jer macam tunggul tak boleh masuk simpang.

Bodoh la ko ni. Bengang betul hon-hon kat aku pasal aku bagi jalan kat orang.

Eiii, memang ko teksi bodoh!!

Coretan: Tak semua teksi bodoh. Ada teksi pandai & baik jugak. Tapi geram kat teksi yang bodoh.

Read more...

Flash back

>> 10 November, 2008

Eh? Terjumpa gambar pulak gambar Syasya masa baby.
Huarghhh..Terkenang plak Syasya baby..
Masa tak pandai cakap. Masa tak pandai melawan.
Mama dah pesan kat Syasya dulu suh jadi anak yang mendengar cakap, anak yang baik
Ingat lagi tak Syasya?

Baru lahir (kurang dr seminggu umur Syasya)

Ini mcm 4 bulan gitu umo Syasya

Coretan: Nur Batrisyia a.k.a Syasya

Read more...

Rumah baru ku - Episod: Grill

>> 04 November, 2008

Grill dah tempah. Cina tu kata bagi dia 10 hari. Abahsyasya kata kalau delay - tolak harga.

Abahsyasya design sendiri grill umah. Mendapat inspirasi dari rumah cina belah sana tu.
Mamasyasya tak campur. Ikut suka hati abah la. Janji cantik & white in colour.

The grill is yours.

Coretan: Macam mana la rupa grill rumah yg abahsyasya nak tu ye? Hmm...

Read more...

Rumah baru ku - Episod: Plaster Ceiling

Semalam abahsyasya citer kat member dia pasal plaster ceiling.

Member abahsyasya cakap:
Eh? Kenapa nak pasang plaster ceiling? Ceiling rumah ko tak plaster ke?

Ish..ish..ish. Member abahsyasya tu tak tau plaster ceiling tu apa.

Kalau taknak buat plaster ceiling pun ok. Tapi. Mungkin kena amik tahu sedikit sebanyak mengenai plaster ceiling. Nanti kalau pegi rumah orang, tengok ceiling orang tu cantik semacam, takde la tercangak-cangak, tertanya-tanya apesal ceiling dia jadi macam tu.

Plaster ceiling = Ceiling yang cantik tu.

Ada lampu kecik-kecik tertanam dalam ceiling tu = downlight.

Hiasan kat tepi plaster ceiling = cornice.

Kubah kat tengah-tengah (selalu orang gantung kipas/lampu) = Dome

Inilah contoh plaster ceiling.

Coretan: Berdebar tunggu plaster ceiling siap. Apa la ghupe nya agaknya. Harap-harap cantik...

Read more...

Rumah baru ku - Episod: Pening

>> 03 November, 2008

Jumaat hari tu, kitaorg dah dapat kunci rumah baru.

Wah! Excited giler. Setahun lebih tunggu. Akhirnya...
Lepas ni takde la berangan-angan saje. Lepas ni dah kenyataan.

Memula excited. Lama-kelamaan, excited bertukar menjadi pening.
Isk... Pening kira bajet. Pening!

Semua benda nak dibuat. Semua benda nak. Fulus! Semua mau pakai fulus.
Serabut!


Huh! Gambar ni Syasya yg snap. Dapat lak gmbr mama tengah menenung quotation kitchen cabinet. Hahaha! Fulusss!

Hall kami. Tak besar. Kecik ajer.. Eh? Syasya tengah panjat tangga? Alamak!

Syasya gembira main dekat belakang rumah. Berlari-larian...


Rumah kami 3 dari kiri (kalau ikut pintu belakang). Belakang TNB. Memang saja pilih belakang TNB. Tak mengadap rumah sesiapa. Kalau sesiapa nak datang, boleh park kete kat tepi tu, leh masuk ikut pintu belakang gak. Dekat ajer.

Coretan: To be continue...

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP