Cerita wishlist

>> 30 December, 2008

Bercakap pasal my personal wishlist. Mesti ada yang nak tau (kalau tak tau lagi lah), macam mana rupanya cookwares idamanku itu. Satu set Corningware & satu lagi set Vision.


Ini set Corningware idamanku - Warm Pansies (akan dapat bulan March 09)



Ini pulak, set Vision idaman hati (after dapat CW, bole rembat ni plak)

Akan tetapi. Semasa sedang membelek-belek majalah Dapur - Karangkraf - tetiba ternampak satu set periuk jenama IKEA yang begitu kontemporari sekali bentuknya. Aduhh... Sekali lagi ku tergoda. Maka. Akan ku masukkan periuk ini ke dalam wishlist ku. Huahuahua.


MEDALJ from IKEA

Coretan: Asyik bertambah ajer wishlist ni. Bila nak berkurang nya??

Read more...

Selamat pengantin baru

Dah hujung-hujung tahun ni ramai yang buat kenduri kahwin. Kadang-kadang dah ramai sangat, sampai tak sempat nak attend semua wedding. Ye la, dengan wedding lagi, dengan hal-hal personal lagi. Setiap weekend tu terasa kejappp sangat.

Kepada kawan-kawan yang kendurinya tak dpt dihadiri, maaf sesangat. This whole month, i've been very the busy. Banyak sangat urusan.

Ada kawan-kawan yang dapat hadiah wedding jugak walaupun orangnya tak datang. Best tak hadiah tu?

Saje nak share gambar hadiah utk ofismate yg baru kahwin hari tu, tp tak dpt datang wedding dia. Selamat pengantin baru Zulkarim!


Actually, kisah orang tak datang wedding ni memang selalu berlaku. Adatlah tu. Sesiapa yang pernah kahwin mesti pernah merasa orang tak datang wedding dia. Nak-nak lagi yang tinggal nun jauh di sinun atau sanun. Masa aku kahwin dulu ramai jer yang aku jemput tak datang. Lagi ler. Umah mak aku bukan jauh sangat. Kat Klang jer. Ada jugak yang tak datang. Tak kisah pun. Yang penting aku jemput ikhlas. Datang pun kena ikhlas.

Teringat zaman kenduri kahwin diriku.
Bos besar & bos bawah sikit kat opis lama boleh jer datang wedding opismate yang weddingnya selang sehari atau sama hari (aku tak ingat, 12 June 2005). Tapi wedding aku, mereka tak datang pun. Tapi ye la. I understand. I'm not the important person in the company like my opismate tu. I don't mind. Walaupun time tengok gambar kahwin opismate tu ternampak muka derang bergambar bersama cam kecik ati sikit, tapi ahh malas nak pk. Maybe derang betul-betul ada hal kan?

Anyway.
Itu kisah mereka yang tak datang.
Yang penting ada kawan-kawan lain datang time tu.
Kawan-kawan sekolah lama - yang memang lama gile tak jumpa pun datang.. Gathering sekali time tu. Best giler.
Kawan-kawan opis pun ramai datang - anggaplah kawan-kawan tu wakil kepada bos yang tak datang. Best giler jugak.

Moralnya di sini. Adatlah tu kalau orang tak datang wedding kita even best friend pun kalau dia ada hal, nak wat cane kan? Maafkan ajer la... Kita hanya manusia biasa. Hanya mampu merancang, tuhan yang menentukan.

Selamat pengantin baru kepada sesiapa yang dah kahwin baru-baru ni. Termasuk la Mawi & Ekin. Ngeh3x..

Coretan: Baru niat nak kasi hadiah, tapi tak jadi sebab kecik ati...Kwang3x.. Err..nape ek sy tak dpt carpet? orang lain kawen dpt adiah carpet? lupa ek? ehehhe

Read more...

Ish, sakit badan

>> 24 December, 2008

Tetiba start sakit badan macam masa memula masuk kije dulu.
Ini semua Karthik (Indian from negara India) punya pasal.
Hari tu dia duduk kat meja aku, pastu semua dia kasi adjust.
Monitor, kusi. Dia tak tau aku punya susah nak dpt posisi paling selesa.
Pastu dia pepandai alih lak.
Macam mana nak adjust balik ni?

Coretan: Alasan kena balik awal nih (memang selalu pon balik on time kan?)

Read more...

Syasya & Opis Mama

>> 22 December, 2008

Pada satu hari... Syasya ikut mama pegi ofis kat KL. Syasya bangun pagi-pagi sebab nak ikut mama. Syasya nampak seronok sebab dapat ikut mama pegi keje.

Jauh tau ofis mama. Ofis mama kat KL. Mama suruh Syasya tido dalam kereta. Tapi. Syasya takmo. Syasya nak tengok pemandangan. Syasya nak merasai suasana mama pegi keje pagi-pagi.

Sampai kat opis. Syasya pun main-main. Tengok Upin Ipin kat laptop auntie Roha. Lepas tu bateri laptop auntie Roha habis. Syasya taktau nak wat ape. Syasya main tempat clip kertas mama yang Hello Kitty tu.

Syasya masih tak tido. Lepas lunch, mama suh Syasya tido. Syasya minum susu, lepas tu tido kat belakang mama. Mama letak tikar. Syasya baring atas tikar.

Sejukkk..egegege

Yea! Dah petang. Syasya gembira nak balik. Sempat pose 2 gambar kenangan sempena lawatan ke opis mama. Berlatar belakangkan KLCC yang Syasya selalu tengok tu...

Kete & Opis mama

Mamasyasya: Nak datang opis mama lagi tak Syasya?
Syasya: Nakkkk...
Mamasyasya: Huh!

Coretan: Syasya mmg gud gurl tak kacau mama wat kije - tak menggedik, bagus...

Read more...

Rajin ke?

>> 18 December, 2008

Sejak-sejak ada dapur baru ni.
Macam rajin masak pulak.
Senang sangat nak memasak.
Dapur kat tengah.
Sink kat kanan.
Fridge kat kiri.
Senang betul nak buat kerja.
Malam tadi baru jer masak mihun goreng untuk tetamu.
Sebab rajin.
Suka duduk dapur.

Coretan: Malam ni nak masak apa pulak yek?

Read more...

Additional wishlist

Hmm, ekceli dah lama dah nak beli drop-leaf table ni. Tapi tunggu stok colour black-brown yang tak kunjung tiba.

Kata cukup bulan, bila pegi time cukup bulan, still takde stok.

Lembab gak yek kedai Kak Kiah a.k.a IKEA nih.

Nak colour black-brown sebab nak matching kan dengan bar stool colour black macam gambar bawah ni:


Kalau takde jugak nanti drop-leaf table colour black-brown, ingat nak beli yang colour antique stain je lah.

Pastu tukar la bar stool yang ini , baru matching kan? Tapi kalau amik yang ini, tak boleh la sandar-sandar sambil makan.So, apa keputusannya? Tunggu aje lah.

Coretan: Teringat nenek belah Melaka cakap dia beli sofa kat kedai Mahmud. Memula konfius. Pastu baru tau - Court Mammoth a.k.a kedai Mahmud. Ahaks!

Read more...

>> 17 December, 2008

Semalam abahsyasya mendecorate rumah lagi. Kononnya nak buat mamasyasya balik keje surprise.

Berdebar jugak. Apa la yang dibuat dek abahsyasya.

Sampai rumah rupanya dia dah tukar position dining table kat tempat baru. Nak style macam apartment katanya...

Nampak macam OK, so tak banyak nak komen... Ok la tuh!


Dining table sekarang

Mamasyasya suker dining table macam ni & gantung mirror like this...

Abahsyasya nak beli dining table yang ini...


Dan balik tu jugak abahsyasya dah gantung mirror kat tempat yang konon-konon nak letak dining table tu. Tapiiii... alahai... abahsyasya gantung macam ni...

Hmm...Takpe lah. Abahsyasya cakap akan beli meja untuk letak bawah mirror tu. Maka. Relakan ajer lah cos akan dapat meja console baru. Lagipun dah gantung, nak wat cane, takkan nak bukak plak, dinding dah ditebuk drill.

Coretan: Abahsyasya menyampah dengan mamasyasya cos bile dengar jer nak beli meja console baru terus ok jer gantung mirror gitu. Akakaka!

Read more...

Lawak Pak Ude

Pada satu hari. Kat tempat keje...

Dari pagi hingga tengahari. Dah beberapa kali masuk toilet. Tengok cermin, tak perasan pun.

Pastu. Tetibe sambil berjalan, terperasan butang baju yang bawah macam tinggi sebelah.

Alamak! Aku butang salah ker? Dari pagi tadi aku tak perasan. Macam pak ude Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Cis! Orang perasan ke tak ek?

Coretan: Akibatnye kalau rumah takde cermin panjang.

Read more...

Rumah baru ku - Episode: Dining table

>> 16 December, 2008


Coming soon. Planning to get this dining table. Abahsyasya sker sangat.
Kalau tidak dah nak beli, ingat tak muat keta, sekali bile adjust seat keta. Eh? mcm boleh sebenarnya nak masukkan dining table tu.
Takpe la. Next time OK.

Coretan: Apa lagi nak beli ek?

Read more...

Alhamdulillah

Alhamdullilah.. Selamat kenduri doa selamat pindah rumah & tahlil untuk ketiga-tiga arwah atuk ku. Arwah atuk Kassim (atuk abahsyasya), arwah atuk Manan (atuk mamasyasya sebelah Semenyih) & arwah atuk Tamam (atuk mamasyasya sebelah Melaka).

Terima kasih kepada sedara-mara abahsyasya yang datang beramai-ramai tolong sedekahkan bacaan yassin & doakan untuk kesemua arwah atuk-atuk ku. Moga mendapat keberkatan dari Allah SWT hendaknya.

Terima kasih juga kepada kawan-kawan yang hadir. Walaupun dah petang, dah malam & keesokkan harinya pun datang. Thank you very much.

Terima kasih kepada makcik-makcik yang datang tolong mak masak. Rajin semua makcik-makcik ku...

Lastly, thanks to my mother, my dad, my M-I-L, my grandmother-in-law, my makcik, my bro & sis yang bertungkus-lumus untuk menjayakan kenduri kami ini. Mak ngan abah sampai demam! Hehe...

Alhamdulillah...

Rentetan peristiwa kenduri

Abahsyasya p beli ayam

Khemah dah siap pasang

Isi minyak dulu

Rileks sebelum bertungkus lumus

Yang pakai sekup itam bunga belakang tu ialah Ketua Chef

Sesi basuh ayam kat belakang umah...orang (ngeh3x)

Ape la yang diborakkan itu. Bagi resepi ke?


Potong sayur mayur

Abahsyasya buat ayer sirap

Antara kawan-kawan yang hadir

Hadiah dari Amani to Syasya


Coretan: Walaupun majlis berjalan dengan lancar, namun ada sekelumit kekecewaan dalam diri ini... Tapi takpe lah.

Read more...

Goodbye Semenyih, Hi Kajang!

>> 11 December, 2008

Kami pindah akhirnya. Setelah setahun 1/2 menunggu. Kami dapat duduk rumah baru. Yeay!

Selamat tinggal paip sink air kecik.
Selamat tinggal tangki air toilet yang melimpah.
Selamat tinggal kena tutup air kat paip kat luar.
Selamat tinggal tempat masak sempit.
Selamat tinggal jiran-jiran yang tak best.
Selamat tinggal tempat letak kete takde bumbung.


Barang-barang sedang dipindahkan...

Syasya & Maksu Enoi gembira rumah dah kosong?

Apapun. Tetap berterima kasih kepada rumah ini. 3 tahun lamanya ku diami. Dari Syasya tak ada. Sampai Syasya ada.

Rumah akak ni umah yang cantik tu sebab aku sewa. Walaupun, pernah aku macam terlambat bayar sewa (semua mmsc punya pasal), akak tuan umah call orang atas rumah aku tanya aku dah lari ke? Pindah senyap-senyap.

Hello? Call orang atas? Apesal tak call aku? Aku bengang. Aku pesan kat akak tuan umah, kalau aku nak pindah aku bagitau la dia. Bakpe pegi tanya orang atas. Ingat aku ni penghuni pemikiran kelas ketiga ke? *^%Hello? Call orang atas? Apesal tak call aku? Aku bengang. Aku pesan kat akak tuan umah, kalau aku nak pindah aku bagitau la dia. Bakpe pegi tanya orang atas. Ingat aku ni penghuni pemikiran kelas ketiga ke? *^%$&!
amp;!

Tapi bila aku call akak tuan rumah hari tu cakap aku nak pindah, akak tuan umah sedih. Susah nak carik orang yang sewa umah macam aku. Ahaks. Sebelum-sebelum ni semua orang yang sewa tah hape-hape.

Nak wat cane kak. Rumah baru saya lagi best! Sorry to say...

Merepek lak aku nih. Nanti sambung lagi citer pasal umah lama & umah baru. Banyak lak nak citer tetibe...

Coretan: Senangnya dalam hati. Lalalala...

Read more...

Rumah baruku - Episode: Kitchen Cabinet (Final)

Akhirnya. Siap juga kitchen cabinet ku.

Original kitchen after the wall has been painted

Semua barang boleh simpan a.k.a sorok dalam ni. Dah takde barang-barang dalam kotak especially Tupperware aku yang berlambak-lambak tu. Agaknya kalau orang bukak pintu kc aku tu, mesti mcm nak beli Tupperware aku tu.

Before

After

Jumlah wang keseluruhan yang dihabiskan untuk dapur ini sahaja ialah lebih kurang 6k++.

Fuhhh! Kesat peluh kat dahi abahsyasya! Wakakaka.

Thanks abahsyasya... I love you (duit dah abis beribu takkan tak love plak kan).

Even though kadang-kadang abahsyasya macam berat merelakan apa yang mama nak, tapi abah beli jugak. Cos I know you also want it! Ahaks!

Coretan:
Kalau ada sesiapa berminat nak tempah kitchen cabinet & nak nombor contact contractor ni, just gimme a call/msg. Nanti aku bagi nombor dia.

Read more...

Gathering - Part 2

>> 03 December, 2008

Ahad lepas, kami bergathering berkumpul beramai-ramai berBBQ sambil makan-makan, beramah-mesraan


Sonot dapat berjumpa macam ni. Next time kita wat yang lagi gempak punya.
Eh.
Lupa nak kenalkan sapa mereka semua ni.
Mereka semua kawan seopis masa kat Serdang dulu.
Skang ada yg masih stay & ada yang dah bertukar kerja tmpt lain dah.

Anyway. Friendship never ends..

Coretan: Bagus pengelola mejelis ni. I saspek u guys. Thanks.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP