Selamat pengantin baru

>> 30 December, 2008

Dah hujung-hujung tahun ni ramai yang buat kenduri kahwin. Kadang-kadang dah ramai sangat, sampai tak sempat nak attend semua wedding. Ye la, dengan wedding lagi, dengan hal-hal personal lagi. Setiap weekend tu terasa kejappp sangat.

Kepada kawan-kawan yang kendurinya tak dpt dihadiri, maaf sesangat. This whole month, i've been very the busy. Banyak sangat urusan.

Ada kawan-kawan yang dapat hadiah wedding jugak walaupun orangnya tak datang. Best tak hadiah tu?

Saje nak share gambar hadiah utk ofismate yg baru kahwin hari tu, tp tak dpt datang wedding dia. Selamat pengantin baru Zulkarim!


Actually, kisah orang tak datang wedding ni memang selalu berlaku. Adatlah tu. Sesiapa yang pernah kahwin mesti pernah merasa orang tak datang wedding dia. Nak-nak lagi yang tinggal nun jauh di sinun atau sanun. Masa aku kahwin dulu ramai jer yang aku jemput tak datang. Lagi ler. Umah mak aku bukan jauh sangat. Kat Klang jer. Ada jugak yang tak datang. Tak kisah pun. Yang penting aku jemput ikhlas. Datang pun kena ikhlas.

Teringat zaman kenduri kahwin diriku.
Bos besar & bos bawah sikit kat opis lama boleh jer datang wedding opismate yang weddingnya selang sehari atau sama hari (aku tak ingat, 12 June 2005). Tapi wedding aku, mereka tak datang pun. Tapi ye la. I understand. I'm not the important person in the company like my opismate tu. I don't mind. Walaupun time tengok gambar kahwin opismate tu ternampak muka derang bergambar bersama cam kecik ati sikit, tapi ahh malas nak pk. Maybe derang betul-betul ada hal kan?

Anyway.
Itu kisah mereka yang tak datang.
Yang penting ada kawan-kawan lain datang time tu.
Kawan-kawan sekolah lama - yang memang lama gile tak jumpa pun datang.. Gathering sekali time tu. Best giler.
Kawan-kawan opis pun ramai datang - anggaplah kawan-kawan tu wakil kepada bos yang tak datang. Best giler jugak.

Moralnya di sini. Adatlah tu kalau orang tak datang wedding kita even best friend pun kalau dia ada hal, nak wat cane kan? Maafkan ajer la... Kita hanya manusia biasa. Hanya mampu merancang, tuhan yang menentukan.

Selamat pengantin baru kepada sesiapa yang dah kahwin baru-baru ni. Termasuk la Mawi & Ekin. Ngeh3x..

Coretan: Baru niat nak kasi hadiah, tapi tak jadi sebab kecik ati...Kwang3x.. Err..nape ek sy tak dpt carpet? orang lain kawen dpt adiah carpet? lupa ek? ehehhe

3 komentar:

catz 4:01 PM  

err sape bos besau kecik tu?? tihtihtih ....

suhanazainal 4:19 PM  

mari dapatkan kapet di bangla kapet yang lalu di depan umah.

jelly 1:48 PM  

bos besau kecik? hmm adalah..identiti dirahsiakan.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP