Chestnut

>> 30 January, 2009

Hari tu masa pegi Genting, neneksyasya kirim buah berangan panggang (roasted chestnut).
Dulu - sebelum Syasya lahir ke dunia ini, kitaorg penah beli kat Genting Sempah chestnut tersebut.
Neneksyasya suka, dia kata manis macam madu.
Maka. Kali ni neneksyasya kirim lagi.
Akan tetapi. Kali ini tidak dapat chestnut yang manis macam madu.
Dapat chestnut yang biasa-biasa yang ada jual kat tempat selain Genting Sempah tu.


Cuma, tiba-tiba terfikir...
Kenapa nama Melayu untuk Chestnut jauh sangat makna dia.
Kalau dialihbahasa dalam English memang takde kena mengena.
Chestnut a.k.a Buah Berangan.

Patut la...
Chest = dada, Nut = Kacang --> Kacang dada
Tak sesuai kot nak panggil kacang dada.
Orang pompuan memang ada kacang kat dada.
Orang lelaki ada kacang kat tekak...

Patut la...
Lebih sesuai panggil buah berangan...
Tapi. Kenapa buah berangan ek? Kenapa tak buah kacang madu ke?

Entah.
Cuba tanya orang yang translate tu. Kenapa?

Coretan: Pening kepala bau roasted chestnut dlm kereta hari tu.

Read more...

Wishlist, again...

Hish, ni la akibatnya pepagi layan porum.
Pepagi dah start menanam impian baru.
Ces. Dah tergoda dengan satu lagi barang umah.
Erk, tambah lagi item dlm wish list...

Sama ada ini...
Corelle 16 pcs Dinner Set

Ataupun ini...
Corelle 20pcs Dinner Set
- tapi nak corak Warm Pansies macam di atas yer...
Next month dapat set ini, yeay!
Corningware 6pcs Casserole Set

Coretan:
Hmm..takkan berakhir senarai wishlist itu. Hik3x

Read more...

Genting 09

>> 29 January, 2009

Setelah 2 tahun, kami ke sana lagi. Kali ni Syasya dah besar. Boleh layan feel main semua menan yang ada kat Genting.
Sebaik ada cousin abahsyasya yang sentiasa bertuah dapat free/diskaun macam-macam.
Abahsyasya dapat la tumpang sikit-sikit tuah cousin dia tu.

Dulu kitaorg dapat setin cat Nippon 5 liter.
Kali ini, kitaorg dapat penginapan Hotel Theme Park - rm100 semalam.
Pastu, dapat lak diskaun makan kat restoran Rasa Kampung kat Hotel Genting - RM30++.
Bertuah sungguh Uncle Bad ni.
Mekasih Uncle Bad - kata Syasya.

Tgh tunggu orang check in kan hotel...

Warm up

Naik monorail nak survey dulu tempat main

So gedik (dah ngantuk sebenarnya nih)

Dulu penah posing kat sini jugak, tapi dulu takde canopy merah ni

Syasya tunggu abah main flying coaster aka spiderman

Akhirnya, Syasya dapat merasa drive space ship sendiri

Lepas tido kejap, petang tu turun balik. Ni time petang la ni.

Rombongan Cik Kiah ke Genting - cuba teka mana Uncle Bad Syasya?

Coretan: Vacation pertama utk 2009. Next place?

Read more...

Perempuan Berkalong Sorban

>> 22 January, 2009

Tak tau la apa maksudnya Perempuan Berkalong Sorban. Yang penting ia ada kaitan dengan Siti Nurhaliza.

Tak silap CT nyanyi OST utk cerita ni. Cerita Indonesia. Agaknya maksud tajuk ni - Perempuan Pakai Tudung - kot.

CT kan memang pakai tudung jugak. Tapikan. Rasanya makin lama tudung CT macam dah nak tercabut. Tercicir kat belakang. Tak lama lagi cicir terus kot.

Cuba tengok OST citer SpaQ kat TV3. CT nyanyi last sekali. Macam konpius sket cara CT pakai tudung time tu. Serius macam nak tercabut.


Tengok kat ujung sekali. Kot ada lah nyanyian CT tu. Aku pun tak tengok lagi. Kalau takde, nanti aku tukar link lain. Takpun, cari dalam youtube - OST SpaQ 2. Kalau ada lah kan...


Terkini. Cover depan Mingguan Wanita. Again. Macam nak tercabut jugak.

Terkini...

Serius nak tercabut ke belakang & jarang...

Dalam OST SpaQ, CT pakai ala2 gini sambil menari-nari. Macam nak tercicir ke belakang aku tgk.

Takpe la. Janji CT ikhlas. Setakat mana nak ikhlas nya. Suka hati lah. Lepas ni cabut je la CT. Tak kisah dah... Aku tak kutuk punya...(Ahaks!)

Coretan: Eh? Aku ni peminat CT ke? Update nampak pasal CT? Ermm...

Read more...

Handbag baru?

>> 21 January, 2009

Nak handbag baru...
Wah! Macam nak kena tambah jer lagi senarai wishlist.
Handbag yang ada dah buruk-buruk semuanya.

Nak handbag baru...
Dulu abahsyasya belikan handbag sempena birthday ke? Anniversary ek? Tak ingat...

Nak handbag baru...
Tadi sambil-sambil mensevey handbag, jumpa pulak info ni.
Maybe kalau sesapa yang taktau, bole la amik tau. Cos aku pun tau sikit-sikit jer pasal handbag.

............

Tote
A large bag with an open-top design and straps or handles.

*Ini pun macam biasa orang pakai. Dulu masa belajar kat U, aku suka pakai. Nampak cam student sket. Skang ni design Tote dah cantik-cantik. Sesuai utk gaya santai.

.........

Shopper
A large bag with an open-top design and double shoulder straps.

*Sesuai untuk mak-mak orang seperti aku. Leh letak botol susu, diaper, telekong dlm ni. Memang sesuaiii..

...............

Satchel
A large, handheld bag with short straps.
*Suka jugak yang macam ni...

...................

Messenger
A large utilitarian bag with a flap-over design and a long shoulder strap.
*Yang ini mcm pernah ada, tapi yg simple aje. Bukan la yang jenis handbag bebetul. Beli kat Teddy Tales. Bag macam ni sesuai untuk pegi jalan-jalan - travel, takde la tercicir handbag, pastu susah orang nak ragut.

...........

Hobo
A medium-sized bag with a scooped top and a long shoulder strap.

*Handbag jenis ni macam semua orang penah ada. Biasa punya design. Selalu orang pakai gi keje, gi jalan, gi dating, etc...

.............

Clutch
A small, handheld bag. It’s commonly used for formal wear.
*Ini pun suka. Ala-ala bergaya kalau pegi party or kenduri kawen.

..............

Bucket
A large bag with a deep, vertical interior and a short handle.
*Macam tak pernah ada. Lagipun mcm tak minat la design macam ni.

...............

Barrel
A small round purse with a long shoulder strap.
*Macam ala-ala purse tapi ada tali. Tak berapa suka sangat. Sebab kecik.


Sumber dari: Kohl

Coretan: Nak beli handbag jenis Tote atau Shopper je skang ni. Senang...

Read more...

Untuk renungan

Dapat artikel ni dari yahoogroups...
Membuatku berfikir...& takut...

................

~ Dari kengkawan Buat renungan...

Andai Malaysia diserang seperti negara Islam yang lain....
Apabila negara-negara Islam yang lain dilanda peperangan atau
diserang oleh askar kafir..... kita sering mendengar pemimpin-2 kita
menggunakan modal seperti ini.." Kita patut bersyukur Malaysia aman
dan damai...." Tetapi pernahkah kita berfikir untuk sejenak, sejarah
ditulis setelah ia berlaku, tetapi sejarah tidak dapat diramal ketika
ia sedang berlaku. Ketika rakyat Islam Bosnia disembelih oleh
paramilitari Serb, pada malam sebelumnya mereka hidup seperti biasa
dan tidak pernah terlintas bahawa keesokan harinya akan bermulanya
hari celaka bagi mereka. Jadi, untuk sejenak cuber kiter berfikir
dalam bentuk reverse engineering iaitu: Bagaimana jika kita yang
diserang oleh kuasa kuffar seperti negara Islam lain, dan negara
Islam yang lain plak jadik cam kiter?
MALAYSIA DISERANG ???
untuk menanam kesedaran ke atas Melayu Yang Mudah Lupa.
(Melayu Mudah Lupa kata Mahathir)

AMARIKOS menyatakan Malaysia sarang pengganas.. ada pejuang Hizbullah
terlepas ke malaysia ...lalu menghantar Kapal Pengangkut Pesawatnya
(CARRIER) di Selat Melaka dan di Laut China Selatan. Menghantar kapal
selam nuklearnya dgn muatan peluru berpandu membawa armada tentera
untuk menyerang malaysia ...

AMARIKOS menyuruh negara berhampiran dengan Malaysia yang merupakan
sekutu rapatnya SINGOFURO di selatan, TAHAILAND di Utara dan
PILLIPINNOS di Timur menenyerang Malaysia dengan alasan memburu
pengganas al-Qaeda atau Hizbullah sama seperti alasan Israel
menyerang Lubnan dan Palestin.

Walaupun Malaysia cakap Malaysia negara bebas pengganas tentera
Kuffar tetap menyerang malaysia jugak sama seperti mereka menyerang
Iraq kerana mereka dakwa Iraq ada senjata pemusnah, Afghanistan ada
Pengganas Taliban, Lubnan ada Pengganas Hibullah dan Malaysia ada
Pengganas Jemaah Islamiah.

Malaysia tetap mempertahankan Malaysia ini tidak ada pengganas tetapi
suara kita tidak dihiraukan sama seperti mereka tidak hiraukan
Afghanistan , Iraq , Lubnan dan Palestin.

Sebelum tiba saat MALAYSIA DISERANG ini Perdana Menteri kita... YB
Wakil Rakyat... Parlimen dan ADUN... Tauke-tauke Cina yang kaya...
semua cabut lari ke keluar negara dengan jet dan pesawat peribadi
masing-masing. Mereka ada duit untuk cari perlindungan di luar negara.

Tinggallah rakyat Melayu Islam yang miskin hina ini di negara
sendiri, menunggu masa untuk diserang oleh tentera Kuffar AMARIKOS
dan sekutunya.
Barulah rakyat tahu bahawa pemimpin Melayu dan tauke cina yang
dijadikan pepimpin sebelum ini tidak sama seperti Khalifah Umar Al-
Khattab... Khalifah Ali Abi Thalib... Khalifah Khalid Al-Walid...
Khalifah Salahuddin Al-Ayubbi... yang sanggup berada dibarisan
hadapan berdepan musuh-musuh Islam.

SAAT Peperangan bermula....

Tempat yang mula-mula sekali dibom adalah Putrajaya, diikuti negeri-
negeri lain. AMARIKOS dan Sekutunya mengebom...melancar peluru
berpandu...
membedil...menembak Rakyat Malaysia...mereka membunuh Orang tua...
perempuan dan Anak-anak kecil orang melayu islam kita...sama seperti
Yahudi menembak dan membunuh rakyat Lubnan yang tak berdosa!!!
AMARIKOS dan sekutunya menyerang MALAYSIA secara besar-besaran.
Apabila selesai pesawat pejuang di Selat Melaka mengebom Perlis,
Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur . Datang lagi
pesawat musuh silih berganti.... .

Apabila selesai pesawat pejuang di laut China Selatan mengebom
Kelantan, Terengganu, Pahang....datang lagi pesawat musuh silih
berganti....
Johor pula dibedil dengan peluru berpandu jarak sederhana SINGOFURO...
diserang dengan jet-jet pejuang SINGOFURO yang sentiasa melalui ruang
udaranya... menghujani bom-bom dan roket...kemudian Johor dan negeri
sembilan dapat ditawan tentera musuh.

Anda di berada di Kedah....Pasukan Darat tentera Bersekutu mara dari
bahagian Utara...tentera bersekutu semakin dekat dengan rumah anda...
menentang pintu rumah anda....anda bersama dengan Isteri yang sarat
mengandung dan 3 orang anak ketakutan dalam rumah...

Tentera bersekutu memperkosa anak perempuan yang berusia 12 tahun
anda depan mata anda...sebagaimana tentera Sebia memperkosa umat
Islam Bosnia ...muncung senapang ditujukan di kepala anda...
Anak perempuan kesayangan anda yang anda bawak masa jamuan Raya
2006...diajukan muncung senapang...

DAMMMMMM...anak kesayangan anda mati ditembak oleh tentera
bersekutu...
Sebelum ini anda melihat anak umat islam Lubnan, Palestin mati
ditembak..
anda tidak mempunyai perasaan apa-apa... sekarang berlaku kepada diri
sendiri... baru tahu perasaan sedih anak mati ditembak di depan
mata.....

Anda menangis ketakutan... .

Tentera bersekutu merampas Isteri anda yang sarat mengandung, dibawa
menaiki trak...untuk dijadikan habuan tentera dalam kem. Anda dipukul
separuh mati oleh tentera bersekutu meninggalkan anda patah riuk
berlumuran darah. Anda sangka anda sudah mati....tetapi umur anda
masih panjang....anda masih hidup...anda merangkak menuju ke hutan
berhampiran disebuah bukit untuk menyembunyikan diri....

Anda mengalirkan air mata... INGAT AKAN ALLAH....

Ujian peperangan berlaku didepan mata anda sekarang. Anda sebelum ini
tidak pernah terlintas dengan peperangan. Kita sering disogokkan
negara kita aman, tiada peperangan, tiada pertumpahan darah tiba-tiba
hari ini diuji berlaku peperangan.

Pemimpin tersebut yang menyatakan negara kita aman cabut
menghilangkan diri.. Anda sudah tiada siapa lagi didunia ini....
Anak perempuan diperkosa dan dibunuh didepan mata...
Anak kecil ditembak didepan mata...
Isteri dirampas untuk diperkosa... . didepan mata!!!!
kawan-kawan. ..sahabat taulan... ramai yang terkorban..
dan tidak kurang juga yang cedera parahh..

Dipuncak bukit anda melihat kampung halaman anda terbakar. Mayat
orang melayu Islam bergelimpangan mati terutama golongan orang tua
dan kanak-kanak yang tidak sempat melarikan diri...mereka tidak
bernasib baik seperti anda...

Diatas bukit itu juga...anda melihat beribu-ribu Tentera bersekutu
berkumpul untuk membunuh dan menembak saki-baki orang melayu Islam
yang masih selamat... mengerledah setiap ruang yang ada untuk memburu
Al-Qaeda, Hizbullah atau Jemaah Islamiah... tetapi umat Islam lain
yang jadi mangsa...
Sementara menunggu sakaratul maut menjemput anda apabila anda tersua
dengan Tentera bersekutu nanti....

Apa yang anda Harapkan pada masa itu????

Tiada perkara lain yang anda harapkan kecuali...
BANTUAN ALLAH....
BANTUAN TENTERA UNTUK MEMBELA AGAMA ALLAH...

ANDA MENGHARAPKAN UMAT ISLAM DARI NEGARA LAIN MEMBERI BANTUAN
KETENTERAAN KEPADA MALAYSIA ... ANDA MENGHARAPKAN SAUDARA SEAGAMA
DENGAN ANDA MELINDUNGI ANDA DARIPADA SERANGAN TENTERA KUFFAR!!!! ANDA
MENGHARAPKAN BANTUAN TENTERA JIHAD FI SABILILLAH DARIPADA INDONESIA,
SELATAN THAILAND, BANGLADESH, PAKISTAN,DAN NEGARA OIC YANG
LAINNNNNN... ..BAGI MELAWAN TENTERA PENCEROBOH BUMI MALAYSIA INI......

Tetapi tunggu punya tunggu.... bantuan ketenteraan tidak kunjung
tiba...

ANDA TERDENGAR UCAPAN DARIPADA PEMIMPIN DUNIA ISLAM YANG LAIN
menyatakan:

"Kami Negara-Negara Islam Mengutuk tentera PENCEROBOH menyerang
Malaysia "
(Presiden Burkina Faso, Pengerusi OIC yang baru)

"Kami akan menghantar 10 000 Tentera pengaman ke MALAYSIA selepas
tamat perang nanti...setelah habis kawasan Malaysia dibom oleh
tentera bersekutu"(Presiden NAM )

"Alhamdulillah. .. Negara kita Indonesia aman damai berbanding dengan
negara Malaysia yang dilanda peperangan.. .Kita semua patut
bersyukur... kita dapat menyambut hari raya aidilfitri dan deepavali
dalam suasana yang aman harmoni", Presiden Indonesia- Negara Umat
Islam paling ramai. (Pemimpin Malaysia selalu sebut camni)

"Tak apa... selepas peperangan tamat... Kami akan menghantar para
pendakwah ke Malaysia untuk mendidik rakyat Malaysia " Wakil Penduduk
Islam Selatan Thailand )

"Kami akan menghantar bekalan makanan dan ubatan kepada Penduduk
Islam Malaysia yang dilanda peperangan" Pemimpin Arab Saudi)..bagi
komen dan pendapat...

APA PERASAAN ANDA APABILA MENDENGAR UCAPAN PEMIMPIN-PEMIMPIN ISLAM
SEPERTI DIATAS DIKALA ANDA MEMERLUKAN BANTUAN KETENTERAAN DARIPADA
MEREKA??

fikir-fikirkan. ...... ~

................

Hmm, terlalu tinggi imiginasi orang yg menulis artikel ini.
Akan tetapi, memang betul kita kena fikir.
Rakyat Malaysia sekarang ramai yang dah lupa diri. Terutamanya orang Islam.
Macam-macam perkara yang dilarang Islam, tapi orang Islam jugak yang buat.
Harap kita semua kembali ke pangkal jalan.
Dunia semakin tua. Insaflah...
Sentiasa doakan agar Malaysia aman bahagia. Itu saja daya ku...

Coretan: Mengalir air mata ku melihat gambar-gambar angkara Israel. Setan ko Israel!

Read more...

Semua menda pun nak jual?

>> 20 January, 2009

Satu masa dulu.
Terjumpa satu blog nih.
Akak ni meniaga nampaknya...bagus. Aku memang suka orang meniaga. Cos aku pun peniaga.
Aku saje godek blog dia dengan lebih mendalam.

Aik?
Semua menda pun nak jual?

Ish kak, takkan baju mengandung akak yang leher dah menggelebeh tu pun akak nak jual?
Sampai hati akak? RM40 pulak tu.

Ish kak, biar benar?
Baju yang kolar dah kuning pun akak nak jual?
Eh? Baju kaftan akak ni pun akak nak jual ker? RM35?
Akak, baik saya beli baru kak. Lagi cantik..dan baru...

Arghh! Tak bole terima! Aku memang tak tahan. Aku sebarkan kat kawan-kawan. Kami gelakkan akak ni sama-sama. Sampai lenguh mulut aku gelakkan dia.

Sorry kak! Tapi saya tak bole terima blog akak ni. Saya tak tahan nak gelak. Kawan-kawan saya pun sama.

Paling tak tahan, akak punya terms kat tepi tu. "ONLY FOR SERIOUS BUYERS, PLEASE".
Oh tidak!

Saya harap akak tak menjual lagi barang-barang sebegini. (Mungkin akak ni memang dah stop menjual, sebab blog dia terhenti bulan 8, 2008)

Sori lagi sekali kak, saya 'ter'gelakkan akak.

Coretan: Pernah ada kawan ckp kat aku, semua menda aku nak jual. Aku terasa mcm akak ni plak. Tapi aku tak jual barang terpakai ok?

Read more...

Happy Birthday

Happy birthday to all who celebrate their birthday on January.

Nenek Syasya pun sambut besday jugak bulan ni.
Yang ke 55th.
Tahun ni juga nenek Syasya dah tamat berkhidmat dengan DBKL. Dah pencen.
Sempena kedua-duanya, Syasya belanja nenek cake.

Cupcake Hepi Besday Nenek, from Syasya


Cake Selamat Bersara Nenek! -- again from Syasya

Actually masa hari bawa cake bersara Nenek Syasya, rupanya aunty Syasya 2 orang pun celebrate birthday derang gak. So, AuntyQin belanja cake ice-cream yang sedap.

Happy birthday to Mira & Aqin! (Cake depan ni, yang belakang cake bersara)

Coretan: Tetibe terliur, nak makan cake ler pulak.

Read more...

Cadangan Boikot

>> 19 January, 2009

Sape setuju dengan cadangan rakan seopis aku ni?
Dia ajak kita boikot produk yang menyumbang kepada Israel selama sehari je pun jadilah.
Saya setuju.
Even sekarang ni pun aku memang dah boikot mana-mana barang penyumbang kepada pembunuhan saudara seIslam kita ni.
Meh baca cadangan dia di sini...
Jom la boikot. Kalau sorang tak jadi. Kena bersatu padu.

Coretan: Kerajaan kena stop kemasukkan produk penyumbang ni dalam negara. Baru rakyat takde choice nak beli. Baru derang nak beli ubat gigi jenama Safi (macam aku - mmg pakai ubat gigi Safi, ok!)

Read more...

Menyampah

Ish. Menyampah betul dengar iklan ni tiap-tiap pagi.
Tak suka dengar suara pompuan tu mengada.
Saje buat-buat.
Kalau buat tak mengada tak boleh ke? Perlu ke suara mengada?
Dialog terakhir dia lagi aku menyampah.
Eiii, geli.
Nak tau iklan ape?
Iklan - Nescafe Body Partner Kacip Fatimah with Collagen

Coretan: Sanggup tukar kejap radio lain time iklan tu.

Read more...

Zionis yang kejam

>> 15 January, 2009

Dah derma ke untuk saudara kita di Gaza sana? Hmm...Aku belum lagi. Hari tu dah nak derma, pastu kena request tac plak. Ntah macam mana cam tak abis lak process menderma tu. Maka. Tergendala kejap.


Pagi tadi dengar dalam radio. Siti Nurhaliza derma Rm2k untuk rakyat Palestine.
Uik? Rm2k jer ke Siti?
Kasi la lebih sikit. Siti kan jutawan. Duit dalam ASB maximum.
Sumbang la RM20K ke.. RM200K ke..
Lagipun Siti baru jer dapat jam tangan berharga rm250K dari suami tercinta kan? - Apa kena mengena?

Takpe la kan. At least Siti sumbang dengan ikhlas (walaupun macam sikit sangat aku rasa compare dengan duit dia yang banyak gile tu). Aku pun bila nak derma ni. Duit dalam account maybank tu dah susut..

Coretan: Jom boycott product Israel. Tak bole la pergi Tesco seberang jalan lagi dah...

Read more...

Spiderwick Chronicles

>> 14 January, 2009

Weekend hari tu, kitaorang sempat layan The Spiderwick Chronicles DVD. Hmm..Lately suka layan DVD lak. Al-maklumlah. Dah lama tak jejak bilik wayang selama 3 tahun (sejak Syasya ada).


Kitaorg tak beli yang ori - sebab kitaorg pinjam dari cousin kitaorg. Dah tak ori kan. Sekali tu dia punya sarikata, alamak, direct translation, mengganggu konsentrasi semasa menonton.

Ada satu dialog --> The book is mine!
Translate in BM --> Buku itu ialah lombong!

Ahaks! Betul la kan dia translate tu. Memang, mine = lombong.

Tapi translator tu lupa - mine = saya.

Banyak lagi ayat translate dia yang tak betul. Kalau nak tau, beli la dvd tak ori.

Coretan: Lepas ni nak tengok movie ape lak ek?

Read more...

Sivik

Hish. Ape menda la derang nih. Padahal dah letak notice. Do not squat! Atau. Dalam bahasa Melayu nya - Jangan mencangkung!

Tak faham agaknya kedua-dua bahasa tu. Masih nak cangkung. Memang orang tu suka mencangkung kot.

Tau tak tandas tu tandas duduk? Diulang suara. Tandas duduk - maknanya orang kena duduk kat tandas tu kalau nak *toott*. Yang pegi panjat bakpe. Kot iye pon geli & pembersih. Lapik la dengan tissue ke. Orang lain pun nak pakai jugak.

Memang benci la bab orang takde kesedaran sivik ni. Huish!

Lainkali kita bagi dia jamban nih! Ha, cangkung sangat lah ko!

Masa kecik dulu atuk ada *toilet cam kat atas tu. Jarang nak pegi. Sanggup tahan. Pastu. Terber** dalam suar. Hik hik. Masa kecik tauuu...

Coretan: Nak Civic yang kereta tu la. Hmmm...

Read more...

Tewas

>> 13 January, 2009

Akhirnya. Setelah 11 tahun dapat driving license. Hampir 5 tahun pakai kancil ni. Akhirnya. Ku tewas jua. Eksiden juga akhirnya.

Semuanya kerana couple indon bercinta naik motor. Nak elak derang punya pasal. Terpaksa berselisih dengan kereta sebelah kiri.

Pernah beberapa kali eksiden tapi semuanya orang lain yang drive. Hmm.. terbang RM~. Adalah agaknya tu tuhan nak tarik duit tu atas sebab tertentu...



Coretan: Isk. Frust betul bila tengok keteku kemek...

Read more...

TAG

>> 08 January, 2009

Wah! First time kena TAG. Memula macam taktau nak wat cane. Pastu baca balik blog orang yang menge'tag'. Oooo, baru tau cane.

T&C:

1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di bawah untuk diletakkan di
blog anda.
(Ok, dah copy dah badge)

2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

(Kak Ain yang telah menge'tag' saya. )

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.

(Hmm..Fakta/Hobi ek?
1. Shopping
2. Shopping lagi
3. Married to a handsome big guy (saje kasi abahsyasya perasan)
4. Have a daughter with tahi lalat di pipi
5. Suka tambah wishlist dalam blog
6. Suka shopping tapi duit tak cukup kadang-kadang untuk shopping. Cane tu?
7. Skang tinggal kat umah baru di Kajang - jemput la datang umah.
8. IKEA maniac
9. Malas nak keje
10. Rasa nak benti keje)

4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.

Hmmm. Ada beberapa kawan yang ada blog cute. Ni dia:
1. semah
2. jijah
3. soul

Yang ni bukan blog kawan, ni blog abahsyasya
4. abahsyasya

Lagi 6 taktau la, ramai kawan-kawan suh rahsiakan blog, abis cane??

5. Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan
"anda telah di tag - sila layari blog putihsalju untuk mendapatkan award anda".


Huh, copy je la kak ain nyer ni. Kalau nak dpt award bole amik kat blog Jal ni ke? Ke mesti amik award kat blog kak ain jugek??

Coretan: Baru belajar TAG orang.

Read more...

Syasya diganggu

>> 07 January, 2009

Syasya takmo pegi taska Amira. Nampak jer taska Amira, Syasya start nangis. Dulu mula-mula, Syasya ok jer. Gembira je kat taska Amira. Lepas dua hari, dia dah start mula takmo pegi taska Amira...

Mama tanya jugak. Teacher pukul Syasya ke? Syasya kata, takkk. Bistu nape Syasya takmo pegi taska Amira? Syasya senyap. Syasya takmo cerita.

Mama tak puas hati. Takut anak mama kena dera dengan teacher. Bahaya woo.

Semalam mama tanya Syasya lagi...
Kenapa Syasya takmo pegi taska Amira? Teacher marah ke? Syasya senyap. (Agaknya memang betul teacher marah dia). Hmm..kalau marah sikit-sikit takpe la. Jangan tangan tu naik. Nanti tangan mama naik kat teacher tu nanti.

Tiba-tiba Syasya berkata-kata dengan muka ala-ala cuak.
---> Iskandar tu tarik rambut Syasya!
Haa? Iskandar? Siapakah mamat Iskandar ni yang tarik rambut Syasya?

--> Iskandar tu gigit pipi Syasya!
Hah? Tapi mama check pipi Syasya takde pape pun. Maybe dia gigit tapi tak kuat kot. Tapi tak bole jadi ni.

Hari ni mama nak pesan kat teacher Syasya, suh tengok-tengokkan budak Iskandar tu.
Syasya memang takut betul dengan Iskandar tu.
Hmm..nampaknya kena tukarkan Syasya taska lain..Sian Syasya rasa tak secure. Padan la nangis jer bila nampak taska Amira. Takut dengan Iskandar rupanya.

Coretan: Ish, fobia lepas baca blog baby meninggal masa dalam jagaan pengasuh.

Read more...

Orang jauh datang

>> 06 January, 2009

Walaupun agak bz minggu ni. Tapi macam ketagih nak apdet blog. Maka. Nak apdet kejap pun jadi lah.

2 minggu sudah, member se-UTM merangkap housemate & room-mate masa UTM dulu singgah umah sekejap. Lama betul tak jumpa dia. Dia orang Selangor tapi dia kawen dengan orang Johor. Jadi sekarang dia dah jadi orang Johor. So, jauh tau tetamu kali ni datang. Dari Johor - Pasir Gudang tau!

Pose depan umah baru Jal

Dulu kitaorang selalu bergembira bersama. Tido setilam, makan sepinggan, baju se'rak' & macam-macam lagi yang 'se'. Gaduh pun ada jugak tapi baik balik la kan of cos. Hehe.

Skang dia dah anak 2 (kalau tidak 3, tapi yang kedua Allah lebih sayangkannya, nama baby tu sama dengan Syasya - Nur Batrisyia - sebaya Syasya jugak).

Terima kasih Jijah n Abg Ma (panggilan manja masa kat UTM dulu - derang mmg couple dr UTM lagi - aku la saksinya, ye ke?). Sudi datang umah aku yang tak seberapa tu. Korang saje je ek nak skodeng umah aku, kot dlm gambar cam nak bersih tapi realitinya bersepah-sepah. Betul tak?

Jal masak mi sup daging (taktau la sedap ke tidak). Sambil makan Jijah explain dulu masa dok seumah, Jal, Ida & Awe yang pandai masak. Jijah n Nana tolong potong-potong ajer...

Syasya gembira betul bermain dengan Abg Ammar. Sekejap jer Syasya dah kamceng dengan abg Ammar. Adik Umar kecik lagi, dia hanya layan mainan Syasya yang bersepah tu.

Seronok jumpa korang. Kalau balik Langat, singgah-singgah ler. Sentiasa dialu-alukan kedatangan korang.

Coretan: Tetiba teringat lak pada kawan-kawan UTM yang lain...Teringat Taman U, City Square, HP, Perling, Pantai Lido, steamboat, Hotel Eden...

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP