Semua menda pun nak jual?

>> 20 January, 2009

Satu masa dulu.
Terjumpa satu blog nih.
Akak ni meniaga nampaknya...bagus. Aku memang suka orang meniaga. Cos aku pun peniaga.
Aku saje godek blog dia dengan lebih mendalam.

Aik?
Semua menda pun nak jual?

Ish kak, takkan baju mengandung akak yang leher dah menggelebeh tu pun akak nak jual?
Sampai hati akak? RM40 pulak tu.

Ish kak, biar benar?
Baju yang kolar dah kuning pun akak nak jual?
Eh? Baju kaftan akak ni pun akak nak jual ker? RM35?
Akak, baik saya beli baru kak. Lagi cantik..dan baru...

Arghh! Tak bole terima! Aku memang tak tahan. Aku sebarkan kat kawan-kawan. Kami gelakkan akak ni sama-sama. Sampai lenguh mulut aku gelakkan dia.

Sorry kak! Tapi saya tak bole terima blog akak ni. Saya tak tahan nak gelak. Kawan-kawan saya pun sama.

Paling tak tahan, akak punya terms kat tepi tu. "ONLY FOR SERIOUS BUYERS, PLEASE".
Oh tidak!

Saya harap akak tak menjual lagi barang-barang sebegini. (Mungkin akak ni memang dah stop menjual, sebab blog dia terhenti bulan 8, 2008)

Sori lagi sekali kak, saya 'ter'gelakkan akak.

Coretan: Pernah ada kawan ckp kat aku, semua menda aku nak jual. Aku terasa mcm akak ni plak. Tapi aku tak jual barang terpakai ok?

0 komentar:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP