Syasya diganggu

>> 07 January, 2009

Syasya takmo pegi taska Amira. Nampak jer taska Amira, Syasya start nangis. Dulu mula-mula, Syasya ok jer. Gembira je kat taska Amira. Lepas dua hari, dia dah start mula takmo pegi taska Amira...

Mama tanya jugak. Teacher pukul Syasya ke? Syasya kata, takkk. Bistu nape Syasya takmo pegi taska Amira? Syasya senyap. Syasya takmo cerita.

Mama tak puas hati. Takut anak mama kena dera dengan teacher. Bahaya woo.

Semalam mama tanya Syasya lagi...
Kenapa Syasya takmo pegi taska Amira? Teacher marah ke? Syasya senyap. (Agaknya memang betul teacher marah dia). Hmm..kalau marah sikit-sikit takpe la. Jangan tangan tu naik. Nanti tangan mama naik kat teacher tu nanti.

Tiba-tiba Syasya berkata-kata dengan muka ala-ala cuak.
---> Iskandar tu tarik rambut Syasya!
Haa? Iskandar? Siapakah mamat Iskandar ni yang tarik rambut Syasya?

--> Iskandar tu gigit pipi Syasya!
Hah? Tapi mama check pipi Syasya takde pape pun. Maybe dia gigit tapi tak kuat kot. Tapi tak bole jadi ni.

Hari ni mama nak pesan kat teacher Syasya, suh tengok-tengokkan budak Iskandar tu.
Syasya memang takut betul dengan Iskandar tu.
Hmm..nampaknya kena tukarkan Syasya taska lain..Sian Syasya rasa tak secure. Padan la nangis jer bila nampak taska Amira. Takut dengan Iskandar rupanya.

Coretan: Ish, fobia lepas baca blog baby meninggal masa dalam jagaan pengasuh.

8 komentar:

suhanazainal 9:42 AM  

aku terfikir dua kemungkinan:

1. iskandar ialah seorang budak yg ganas pakai singlet ketat mcm awie dalam filem 'iskandar'.

2. cikgu taska kata "eh takde pun budak nama iskandar kat sini? biar betul?" jeng jeng jeng, adekah iskandar hanyelah imaginary friend atau ....

ps: kemarin pun syamiel balik neseri aku tgk ade cam kene cengkam kat lengan dia. aku rase kawan dia buat sbb cam jari2 kecik. isk wat to do.

jelly 10:53 AM  

aku dah tanya cikgu tu, mmg ada budak nama iskandar, mmg budak tu nakal, hyper sket

zeri cakap dia dah tgk gak budak iskandar tu, kecik lagi baya syasya tp mmg nampak cam samseng, rambut siap ada ekor kat belakang

suhanazainal 4:57 PM  

fuh nasib baik ada budaknye, kalo tak, cam seram pulak. hehe...kan tajuk entry ko 'syasya diganggu' (sila bayangkan sfx misteri).

kene ajar anak2 kite cara ngelak kawan pukul la. sian lak kan.

catz 5:07 PM  

uih bahaya tu ... mula-mula gaduh, lama-lama suka kekeke

jelly 5:39 PM  

mmg saje letak tajuk gitu, kasi saspen kena ganggu ngan sape. hmm,aku dah ajar suh dia menjerit panggil teacher kalau budak tu datang ganggu dia, tapi budak ingat tau ke nak wat camtu. hehe

bab suka tu kak ain, saya tak penah tgk budak iskandar tu, tp teacher syasya kata budak tu nakal2 time kecik, dah besar ensem nanti tu..huh? perlu ke jadi menantuku? ahaha

siti 9:10 AM  

kesian syasya, ammar jauh la plak kat johor, tak dapat nak backing

jelly 9:32 AM  

kan best ada ammar, leh kawan ngan syasya kan, mesti syasya ikut mana jer ammar pegi. kemsalam kat ammar ek. hehe

suhanazainal 5:20 PM  

uish korang ni dah start buat 'hubungan ditentukan oleh keluarga' nih! nanti jadi cam hindustan plak.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP