Kita senyum, orang tak senyum

>> 20 February, 2009

Pernahkah anda terkena?
Kita senyum dekat orang tu.
Akan tetapi.
Orang tu tak senyum kat kita?

Ini cerita yang berlaku kepada ku setakat yang diriku ingat...

Kes 1:
Masa duduk kat flat semenyih dulu.
Akak jiran depan umah.
Aku selisih dengan dia.
Pastu aku senyum la. (Niat aku nak beramah mesra dengan jiran)
Dia boleh buat tak tau aje!
Muka masam!
(Dalam hati aku, bengangnya! Eh akak, kalau setakat keje kat supermarket Fajar jaga sayur nak berlagak dengan aku, bole blah laaa, aku pon tak hingin nak kawan dengan ko!)
Lepas peristiwa itu, bila selisih balik dengan dia.
Dia macam tengok aku (macam nak tego).
Aku pulak buat-buat tak nampak dia.
Kali ini muka aku masam berlagak pulak. Ockeyyy.
Aku tak heran la.
Padan muka.

Kes 2:
Masa dah duduk kat Kajang.
Balik lambat. So ambik Syasya pun lambat kat nursery.
Selisih dengan seorang mak budak yang balik lambat jugak.
Mak budak tu dlm kereta. Aku pon dalam kereta.
Pastu aku angkat tangan la, senyum kat dia. (Niat nak tegur sebab anak duk nursery sama).
Dia bole buat tak tau!
Cisss!
Setakat susu anak letak dalam balang bekas kuih raya tutup merah tu.
Nak berlagak dengan aku??
Barang-barang anak letak dalam gabus putih.
Nak berlagak dengan aku??
Setakat ni belum dapat balas dendam...

...................

Itulah kisahnya.
Sebenarnya, aku tak kisah pun kerja ko tu apa.
Atau
Ko guna bekas ape untuk isi susu anak ko.
Tapi.
Ko yang buat aku kisahkan semua tu.
Nasiblah!

Coretan: Salahkah kita nak jadi peramah?

3 komentar:

arqam 7:25 PM  

bagi pendapat aku....kasi second chance...iyerla mungkin org tu tak perasan atau time bad mood.... tapi kalau 2nd chance mcm tu gak, mmg tak bleh nak diajak bkawan le....aku pun tkena gak terutama jiran2...ade salah sorang jiran aku (selang serumah ngan aku) mmg dia jenis sombong la kot, muka aku n wife aku pun bila selisih dia buat dek je...tp kitorg tak kisah...ade skali kitorg nak jemput dia open house kitorg, konon2 nak baik2 la, berjiran katakan...hampir 5minit kat depan umah kasi salam tp tak kuar2...padahal mmg dia ada kat ruang tamu tu....mcm2 jenis manusia...

from :
arqam
(classmate ko di sc muar)

lizamurni 5:49 PM  

Jal,

This is normal...Selalu gak K Liza terkena benda2 cenggini, biasa la, tak semua orang boleh ngam ek...sabar jer la...

Btw, K Liza dah buat list yg Jal tag K Liza aritu, eh, K Liza tag awak pulak tau!!! Kena la awak buat list baru, no repeats ahhh....heheh...

jellyna 10:04 AM  

arqam - ko kira baik hati kasi 2nd chance, aku pun tengok orang jugak la kalau aku nak kasi 2nd chance, hehe, biasa la kan, manusia ni macam-macam jenis..
eh arqam, kalau ko ada blog, bg aku add, nak add ko dlm bloglist aku, anyway, selamat berjumpa, akhirnya dah dekat 10 thn baru dpt contact ko balik - do keep in touch! kemsalam kuarga...

kak liza - tetibe kena wat tag lagi, this time mencabar la cos tak bole repeat answers, cesss

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP