Baskin Robbins, abahsyasya?

>> 31 March, 2009

Hari ini ialah 31st March.
Baskin Robbins ada less 31% setiap kali tarikh 31hb.
Oleh kerana abahsyasya dah banyak berkorban untuk mamasyaya.
Maka.
Ada manisnya jika mamasyasya belanja abahsyasya eskem Baskin Robbins ni barang beberapa gram.

Abahsyasya suka eksem perisa vanilla tapi ada rasa-rasa stroberi sket di dalam nya..
Hmm..
Yang mana satu yek?

Mungkin yang ini?

Very Berry Strawberry
Strawberry ice cream loaded with real strawberries

Atau.
Yang ini?

Baseball Nut
Vanilla ice cream with cashews and a black raspberry ribbon.

Kalau ikut citarasa abahsyasya, kompem-kompem Baseball Nut menepati seleranya.

Jom abahsyasya! Ke BR kita!

Coretan: Teringat bos kat opis lama belanja BR masa buat pojek MDEC. Rindu suasana kerja sebegitu...

Read more...

Hai apelah nasib...

Hari ni saya eksiden lagi.
Langgar belakang kereta orang.

Hai apelah nasib ku ini.
Malang bertimpa-timpa.

Hari ni terpaksa tak pergi keje sebab kereta anta pegi workshop. Repair.

Sighs ...

Coretan: Bila pula nak terima nasib baik bertimpa-timpa ni?

Read more...

syasya, ward & cupcakes

>> 27 March, 2009

Minggu lepas Syasya semput teruk.
Petang & malam, dua kali pegi bawak klinik biasa.
1 jam lepas amik neb, Syasya macam tak ok jugak, makin teruk.

Jadi, kami bawa Syasya ke KPMC. Doktor bagi neb sekali lagi.
Doktor kata kalau tak Ok, kena warded.
Alamak! Syasya tak pernah semput sampai kena warded.

Selepas itu, doktor kata nak amik darah & x-ray dada Syasya.
Nak tengok ada jangkitan kuman ke tidak.
Alamak! Syasya tak pernah kena amik darah & x-ray.


Lepas amik neb, Syasya tak Ok juga.
Maka, keputusannya warded.
Masa tangan Syasya kena cucuk nak amik darah, Syasya nangis jerit "Sakittt!".
Kesiannya Syasya.
Mula-mula dia macam takut dengan suasana ward tu.
Lama-lama dia ok. Tapi dia ajak gak balik nak tido kat rumah.


Maka. Siang keesokan harinya mama tak kerja. Nasib baik abah cuti sekolah.
Patutnya mama order cupcakes kat member mama nak ambil hari tu.
Tapi dah Syasya sakit, tak dapat la mama pegi amik.
Minta tolong kawan mama bawa kan balik.


Kesian Syasya.
Sejak minggu lepas lagi Syasya minta cupcakes tu. Syasya nak cake gambar Dora, Garfield dengan Tweety.

Petang tu Syasya dah bole keluar ward.
Alhamdulillah dah ok.
Malam tu pegi amik cupcakes idaman hati Syasya.


Harap Syasya tak kena semput teruk lagi lepas ni. Makan tu kena pantang.
Dengar tu Syasya, nanti doktor cucuk lagi tangan Syasya. Jangan degil ye Syasya.

Coretan: Kejap jer dia lemah. Lepas dah ok, tergedik-gedik dlm sepital tu.

Read more...

How well do you know your husband?

Tagged by suez on 'How well do you know your husband?'.

Ini hasben saya (abahsyasya)


1. He's sitting in front of the TV, what is on the screen?
Apa lagi, watching SPORTS CHANNELS yang ada dlm Astro tu la...

2. You're out to eat; what kind of dressing does he get on his salad?
Mayonnaise

3. What's one food he doesn't like?
Gulai rebung

4. You go out to eat and have a drink. What does he order?
Time banyak duit - Fresh orange laici/Tembikai laici,
Time kurang duit - Teh ais

5. Where did he go to high school?
SM Teknik KL

6. What shoe size does he wear?
10 or 11

7. If he was to collect anything, what would it be?
Mainan Syasya yang bersepah-sepah lepas main

8. What is his favorite type of sandwich?
Sandwich sardine yang i belajar dengan x-opismate

9. What would this person eat every day if he could?
Satayyyy

10. What is his favorite cereal?
Macam tak minat jer cereal

11. What would he never wear?
Seluar pendek bila berjalan-jalan di luar

12. What is his favorite sports team?
Go Gunners! ARSENAL

13. Who did he vote for?
Nik Aziz? Ooopss!

14. Who is his best friend?
Macam takde yang rapat sangat, setakat ni dia selalu cerita pasal kawan dia yang sorang ni, Asmadi (so, maybe dia la kot kawan rapat dia)

15. What is something you do that he wishes you wouldn't do?
Sepah-sepahkan barang merata-rata (macam Syasya kan? Refer to #7 di atas)

16. What is his heritage?
Malay

17. What is his favourite colour?
Macam takde favourite colour je. Sama semua nya dia ok...

18. What is his habit?
Tido lambat, bangun lambat

19. What is he proud of?
Dia sekarang dah jadi ABAHGYVER

20. Lastly, do you think he will read this?
Of cos lah!

Now, i'm tagging these wives of their husbands:
Jijah
Isma
Idashah

Korang semua kenal husband korang sejak kat UTM lagi kan? kan? Haa, sila-sila...

And i also want to tag my husband, 'How we
ll do you know your husband wife?'
Silakan ABAHSYASYA...

Coretan: I love you abahsyasya! Besday mamasyasya next month ni.. gegege

Read more...

Nak tukar lagi!

Hish, hilang pulak senarai blog kawan-kawan.
Ni tanda nya kena tukar template blog lain nih.
Memang saja jer nih.
Kalau tetiba blog saya restricted for invited people jer, maknanya saya tengah tukar template la tu yek.

Coretan: Kata memang nak tukar sebulan sekali...

Read more...

We are the world

Kenapa yek?
Lagu We are the World ni dinyanyikan untuk orang-orang Afrika yang sengsara.
Tetapi tidak dinyanyikan untuk orang-orang Palestine yang juga sengsara?
Apa pun.
Lagu ini best sangat...




  • Lepas tengok video ni, baru aku kenal yang mana Bruce Springsteen. Patut la suara dia rock.
  • Pastu mana pegi Cindy Lauper skang ni? (kenal gak la dia dulu masa sekolah rendah)
  • Michael Jackson pulak macam tak putih sangat lagi time ni. Plastic surgery dah ada la sikit-sikit.
  • Memula tak perasan sapa macam negro kat last tu. OO rupanya dia James Ingram - nama kenal la, rupa tak ingat.
  • Saya suka suara Stevie Wonder...
  • Yang lelain, ada yang kenal, ada yang tak - Lionel Richie, Tina Turner, Diana Ross kenal la..
  • Ada yang nama je kenal, rupa tak kenal..

Coretan:Apasal asyik citer pasal lagu je entry kebelakangan ni? Lagu lama plak tu...

Read more...

That's what friends are for

>> 26 March, 2009

I dedicate this song to all my frens out there. Thanks for being a good friend of mine. Thanks friends!

Kepada kawan-kawan yang masih lagi mencari apa erti persahabatan, cuba baca lirik lagu ini. Mungkin anda akan faham...

Happy listening...

That's What Friends Are For

And I
Never thought I'd feel this way
And as far as I'm concerned I'm glad I got the chance to say
That I do believe I love you

And if I should ever go away
Well then close your eyes and try to feel the way we do today
And than if you can't remember.....


Chorus
Keep smilin'
Keep shinin'

Knowin' you can always count on me
for sure
that's what friends are for

For/In good times
And bad times
I'll be on your side forever more
That's what friends are for

Verse 2
Well you came and open me
And now there's so much more I see
And so by the way I thank you....

Ohhh and then
For the times when we're apart
Well just close your eyes and know
These words are comming from my heart
And then if you can't remember....Ohhhhh

Thats what friends are for



Coretan: Betapa pentingnya kawan-kawan dalam hidup... Bayangkan hidup anda tanpa kawan-kawan?

Read more...

Confession of a Shopaholic

>> 24 March, 2009

Saya tidak pernah membaca novel-novel ini.
Tetapi saya pernah melihat orang lain membaca novel ini.
Novel-novel ini nampak menarik.

Saya macam tertarik dengan tajuk novel ini.
Tetapi saya seperti tahu saya akan lambat* menghabiskan novel ini.
*Saya tiada masa untuk membaca novel.

Sekarang sudah ada movie berkisar mengenai novel ini.
Saya rasa macam saya hendak pergi menontonnya di panggung wayang.



Dan.
Tetiba...
Saya rasa macam hendak membeli pula koleksi novel-novel Shopaholic ini.
Apa kes?

Coretan: Best kan kalau the Magic Card tu tak perlu dibayar. Ngeh3x

Read more...

Pakai ke tak ek?

Ingat tak lagi, aku penah nak tunjuk video clip akak ni.
Tapi time tu macam takde pulak official video clip dia.
Pakai tudung tapi macam tak pakai? Ingat tak? Tak ingat?
Maka.
Dengan ini dipersembahkan...





Coretan: Ish, hati-hati menulis dalam blog. Nanti kena saman...

Read more...

Tolong hormat...

Kita perlu hormat orang yang lebih tua dari kita.
Kita perlu hormat ibu kita, bapa kita, atuk kita, nenek kita, kakak kita.
Kita perlu hormat adik kita walaupun adik kita lagi muda daripada kita.
Kita perlu hormat jiran kita walaupun kita tak kenal jiran kita tu.
Kita perlu hormat kawan kita walaupun kawan kita itu kadang-kadang perangai macam ntah apa-apa.

Pendek kata kita perlu hormat orang lain.
Tak kira lah orang lain itu pernah sakitkan hati kita.
Walaupun kita rasa kita tak pernah sakitkan hati dia.
Tetapi adakah kita tau kita tidak pernah menyakiti hati orang lain?

Yang penting, perlu hormat orang lain.
Hormat perasaan orang lain.
Dalam kamus maksud orang itu ialah manusia. Bukan haiwan.
Manusia ada perasaan. Haiwan tiada perasaan.
Tolonglah tanamkan sikap menghormati orang lain dalam diri.
Nanti lama-lama ramai kawan lari.
Nanti lama-lama saudara lari.

Jangan salahkan orang lain di kemudian hari.
Jangan bertanya kepada orang lain di kemudian hari.
Kenapa aku tidak mempunyai kawan?
Kenapa aku tidak mempunyai saudara?

Renung-renungkan..Dan... Selamat beramal!

Coretan: Pesanan ini untuk diri sendiri juga...

Read more...

It's all about 5

>> 17 March, 2009

Cikgu Ismadiana tag saya dah lama. Tapi baru skang saya ada masa nak buat.
Sorry Semah, aku bz...

1. What were you doing 5 years ago?

5 years ago is --> 2004
  • Baru dapat keje yang menggunakan Degree.
  • Tapi itu pun ada kaitan sikit-sikit je pasal Sc Computer & Multimedia.
  • Takde sentuh dah bab programming ke apa.
  • Actually I applied for MMP, tapi time tu MMP dah penuh, so bos time tu suruh jadi Storyboarder (buat storyboard).
  • Since aku pon memang amik bidang Multimedia, so ada kaitan, kira ok la.
  • Aku pun rembat aje. Lama-lama keje macam suka pulak.
  • Sampai la sekarang... Dah naik pangkat jadi Instructional Designer.
  • Tapi kan lama-kelamaan, terasa macam susah pulak nak mintak kerja kat tempat lain sebab my qualification is Computer Science tapi kerja macam buat storyboard which is more to education (cikgu la patutnya).
  • So,
  • For the Companies that is seeking for an ID for their company. Choose me...
  • Sebenarnya bagus untuk anda mengambil saya bekerja kerana saya ada 2 kepakaran - Computer Science background (saya tau basic programming, basic animation - senang kalau nak mintak tolong sikit-sikit).
  • Dan juga, of cos membuat storyboard cum Instructional design...
  • Cheh, promote diri sikit kan???
  • Dalam tahun 2004 juga, aku mula berjinak-jinak menaiki komuter setiap hari.
  • SETIAP HARI tau!
  • Sebab opis kat Serdang, umah parent kat Port Klang.
  • Aku takmo menyewa. Bosan dah menyewa masa study dulu.
  • Jauh tau, hari-hari, pergi balik naik komuter.
  • Sampai dah berkenalan dengan sorang makcik tu, pon hari-hari naik komuter.
  • *Kitaorang selalu berebut dengan makcik tu nak duduk tepi. Nak sandar kat dinding cos kitaorg nak tido.
  • Mula-mula kitaorg tak suka makcik tu. Ye la. Suka amik tempat kitaorg.
  • Rupa-rupanya, kitaorg yang amik tempat makcik tu. Makcik tu dah lama tau naik komuter.
  • Rasa bersalah pun ada. So kitaorg kawan la dengan makcik tu.
  • Tapi, rebut tempat tetap rebut ek.
  • Sapa cepat dia sampai. Kitaorg pon bayar tambang monthly tau.
*Kitaorg? Aku dengan opismate la time tu - Arnieta Rosli. Kebetulan ada pulak kawan sama Port Klang keje kat co. yang sama. Lucky me...(Sigh)

Pasal percintaan pulak, aku memang masih bercinta dengan abahsyasya time tu. Maka, dia sorang sahaja chenta hati saya.. Sebab dah dapat keje yang ok, kumpul duit RM500 sebulan nak kawen..egegege....

Tu je lah kisah saya yang menarik untuk diceritakan pada tahun 2004....

2.What were the 5 things on your to do list today
Kat opis:
  1. Buat storyboard, tengah tunggu content dari content writer.
  2. Pergi beli makanan untuk lunch (Lapo)
  3. Survey handbag baru dalam net.
Balik rumah:
  1. Masak kot? & Suap Syasya makan.
  2. Tengok Diari AF7.
3. What were the 5 snacks that you enjoy
  1. Pringles/Mister Potato
  2. Biskut kejap ada kejap takde
  3. Rocky (makan dengan Syasya)
  4. Kerepek ubi pedas (beli kat makcik datang opis)
  5. Big Apple donut (sebab Syasya suka)
4. What are the 5 things that you do if you are a billionaire
  1. Hantar diri sendiri, hasben, keluarga ke Tanah Suci Mekah
  2. Belikan apa sahaja yang diri sendiri, anak, hasben, mak, abah, adik beradik nak. Nak kereta, rumah, anything. Shopping ler tuh.
  3. Sedekah amal jariah ke rumah anak-anak yatim.
  4. Setup my own company dengan banyaknya. Bukak butik, restoran, etc. Banyak dalam minda ni.
  5. Melancong ke seluruh dunia dengan keluarga...

5. Who are the 5 person you wanna tag
  1. Muza (ko luangkan masa sikit, aku tau ko bz)
  2. Sue
  3. Roha
  4. Chuop (ko baru ada blog kan, ko memang perlukan entry sebegini)
  5. Kak Ain
Coretan: Selesai sudah. Lagi?

Read more...

kasut oh kasut

Semalam hujan tersangatlah lebat.
Setiap kali hujan lebat, mesti kasut basah.
Sebab perlu redah segala lopak-lopak air.
Tempat parking kereta jauh.
Al-maklumlah.
Murah punya pasal RM3 (ranking - kedua murah, paling murah rm2.50)

Memandangkan kasut aku hanya ada SATU sahaja.
Memang sejak dapat kasut clarks, aku memang tidak membeli kasut lain.
Secara logiknya mahal, aku bukan banyak duit.

Memadai dengan hanya satu kasut sahaja.

Clarks Bay Water aku...


Akan tetapi...
Kalau kasut tersebut basah, apa yang hendak dipakai untuk kerja ye?
Aku hanya ada sandle biasa yang macam selipar (hari ni aku pakai).
Kasut tinggi ada, tapi sakit kaki berjalan. Tak mahu lah.

Maka.
Adakah ini memungkinkan untuk aku membeli SATU lagi kasut yang lain?
Untuk menggantikan kasut kerja aku yang kadang-kadang basah, tak sempat nak kering itu?
SATU lagi kasut selesa yang ringan? Lembut dipakai?

Hmmm....
Adakah ini?

Crocs Sassari

Crocs Cyprus

Atau mungkin.
SATU lagi Clarks?

...............

Ni nak cerita sikit...

Dulu aku ada banyak giler kasut.
Macam-macam jenis.
High heel, flat, sandle, wedges & segala macam lagi jenis kasut.
Tapi semuanya tak tahan.

Untuk makluman, sejak-sejak bekerja dah ada duit sendiri, aku memang beli kasut-kasut yang berjenama glamer aje (glamer tak semestinya mahal, ockeyyy. Kasut aku ada yang murah, ada yang mahal, seimbang~).
Sebab pada aku, jenama kasut itu penting.
Sebab jenama kasut tu orang bole tengok kalau kita bukak kasut....
Cuba bayangkan baju, handbag macam dah glamer giler (branded), sekali alih-alih bukak kasut, jenama "meow-meow".
Cam tak sesuwaiii kannn?
Tapi itu pendapat peribadi.
Masing-masing punya pendapat sendiri.
Tapi hati-hati la kalau keluar dengan aku ek, aku memang tengok brand kasut orang.
Hehehehe....


Coretan:
Bole lah kot nak jadi next wishlist? Huahauhua...

Read more...

Another wishlist

>> 16 March, 2009

Yeay!
Jumaat hari tu pergi collect barang wishlist yang seterusnya.
Ajak kawan-kawan opis sekali pegi Kampung Baru (akak tu letak kat kedai bapa dia).

Yeay!
Akhirnya.
Dapat juga Corningware idaman.

Yeay!

Corningware aku...

Coretan: Next wishlist please!

Read more...

Karaoke

Ini bukan pertama kali Syasya ikut mama abah pegi karaoke.
Dan sebenarnya Syasya takmo masuk bilik tu.
Syasya cakap bilik tu bising.
Masa dalam bilik tu pun, Syasya tutup telinga.

Namun, akhirnya Syasya kecundang jua.
Mama bagi Syasya microphone suruh Syasya test suara.
Syasya macam syok lak dengar suara dia keluar dari speaker.
Syasya nyanyi je lagu ABC enterframe time mama nyanyi.

Time ni nyanyi lagu ABC & Are you sleeping. Orang nyanyi dia pon nyanyi gak.


Syasya minta lagu - Sayang sayang, Aliff Aziz.
Tapi lagu tu takde. Maka abahsyasya pilihkan lagu Ketahuan - Matta.
Syasya nyanyi part chorus aje (tu je yang dia hafal).

Ini bukti budak ni dah naik shekhh. Haha, funny la Syasya

Time ni la Syasya nyanyi lagu Ketahuan - Matta

Huh. Mak ngan anak sama je.

Ish, ish, ish (mesti korang gelak tengok gambar ni)

Coretan: Syasya dah besar jadi Doktor tau.

Read more...

7:52

Wah!
Hari ini aku sampai opis yang jauh di KL, jam 7:52.
Saat ini, dalam opis memang takde orang lagi...
Saat ini, YM pun masih lengang...

Rasanya sejak bekerja di KL, aku sampai opis awal macam ini ialah pada hari pertama mula bekerja.
Walaubagaimanapun, masa itu, walaupun aku sampai awal, tapi pintu opis tak bukak lagi (masa tu aku takde kunci opis duplicate).
Maka. Aku pun menanamkan konsep, tak payah la datang awal sangat, sebab pintu pun opis pun tak bukak.

Semakin lama, aku semakin lemau nak ke opis yang jauh kat KL ni.
Maka. Aku pun selalu 'late coming to office'.
Egegege....

Namun, sejak minggu lepas mendapat surat dari Management - menyenaraikan aku antara yang datang lambat.
Kena buat surat 'show cause'. Kronik nih?

Alamak.
Aku rasa macam insaf.

Dulu masa kat opis lama, aku tak pernah dapat surat. Sebab aku memang JARANG sekali datang lambat. (Walaupun ada orang mcm pertikaikan aku masa pegi "toot" - tapi aku nak cakap dengan mamat tu - sori beb, u never worked with me before, so don't judged me, ockeyyy)

Dan. Hari ini dalam sejarah...
Aku berjaya datang awal sekali lagi.
I know I can do it. I just don't want to do it.

Coretan: Ke sebab hari ni start cuti sekolah? Memang jalan tak jem?

Read more...

Bad luck??

>> 11 March, 2009

Kebelakangan ini, nasib tak baik banyak sangat menghantui diri ini.
Abahsyasya pun cakap, muka mamasyasya kebelakangan ni macam berserabut.
Dahi asyik berkerut.
Banyak sangat bad luck!
Bertimpa-timpa...

1. Pergi shopping kat IKEA - konon nak shopping pakai cc IKEA friends tu sebab dah bayar. (Bayar banyak ok! So assume bole pakai banyak la kan). Sekali tu, bila swipe decline. Aku macam konfius. Nape tak boley? Dua kali cashier try swipe, decline jugak. Maka. Terpaksa pakai cash. Yang mana tunai itu ada portionnya tersendiri...Untuk mengganti tunai itu, terpaksa pinjam duit abahsyasya.

2. Memandangkan juga sudah meminjam duit abahsyasya, untuk membayar balik maka dengan ini saya mencadangkan agar abahsyasya menggunakan cc saya untuk mengisi minyak. Dekat stesen minyak, abahsyasya pun try swipe. Malangnya tak boleh jugak. Erkk? Apakah ini?? Aku bayar banyak ok???

3. Maka. Aku call cc centre untuk menyemak baki akaun aku itu. Mereka kata mereka memang terima sejumlah wang aku itu. Tapi. Oustanding balance macam kekal jugak. Apakah ini?? Aku merasa tertekan. Aku bayar banyak supaya aku boleh pakai semula cc tu (Orang lain pun buat menda yang sama kan??). Maka. Apakah ertinya kalau aku tak boleh pakai cc itu? Oh tidak?

4. Ada lagi satu peristiwa bad luck tapi aku takmo cerita di sini. Apa yang penting, ia juga merupakan satu bad luck juga untuk aku. Maka. Sampai aku macam konfius kenapa nasib aku begini malang. Benda macam dah di depan mata tapi aku masih tak dapat mencapainya.

Pada masa yang sama sebenarnya, abahsyasya pula sentiasa mendapat luck. Rasa macam nak swap je luck abahsyasya dengan diri ini.

Kalau ikut movie Just My Luck - Lindsay Lohan, kena kiss mamat yang telah memberi dia bad luck. Maka, aku kena kiss abahsyasya la kan - Of cos selalu kiss - Ooppsss....

Harap semoga my luck kembali semula. Aminnn...

Coretan: Seksa jugak kalau sentiasa bad luck. Ujian tuhan..Terima aje lah.

Read more...

Jalan-jalan di kota raya

>> 05 March, 2009

Sebenarnya...
Aku jarang drive kereta sekitar KL.
Tapi hari ini kena explore jalan-jalan kat KL sendiri.

Dari Damansara ke Jalan Yap Kwan Seng.

Memula aku carik signboard jalan ke Kuala Lumpur.
Pastu aku carik lak signboard ke Jalan Tun Razak.
Sebab aku tau, Yap Kwan Seng dekat dengan Tun Razak.

Pastu tetiba, aku terkonpius.
Aku termasuk lak jalan ke Tugu Negara.
Maka, aku kena cari Jalan Raja Laut (sebab tu jer jalan yang aku kenal).

Lepas tu aku lalu depan Cosmopoint (aku pernah naik teksi lalu jalan ni, sori kawan-kawan Cosmo, tak sempat singgah jumpa korang, aku sesat sket, lenkali la yek)

Pastu aku jalan terus. Melalui Jalan Chow Kit. Owhh.Jalan ni penah pegi hari tu beli frame ayat Quran.

Pastu aku nampak signboard ke Kampung Baru - yeahh, ini dah dekat dengan Yap Kwan Seng. Bole ikut sini.

Tapi ntah macam mana, aku nampak balik signboard Jalan Tun Razak, so aku gatal masuk simpang instead of ke Kampung Baru.

Lepas tu, aku lalu roundabout, buat satu pusingan. Aku macam nak masuk ke kiri sebab macam nampak Istana Budaya kat sana.
Tetapi. Sekali lagi aku gatal nak ke Kampung Baru. (Padahal kalau aku masuk kiri tadi, memang confirm ke jalan Yap Kwan Seng.

So, kiranya aku U-turn balik, lalu jalan yang jem. (Aku tak sure jalan yang aku jalan tu jalan ape).
Aku teruskan perjalanan untuk masuk ke Kampung Baru kononnya.
Tapi malangnya tak boleh plak masuk ke kiri sebab tersalah jalan. Maka, aku terus je la.

Tetibe aku terfikir. Kenapa aku tak carik Jalan Sultan Ismail ek? atau Jalan Ampang. Kan ke lebih dekat.
Entah. Aku blur kot. Ye la. Sesat.

Pastu nampak signboard Jalan Yap Kwan Seng. Lega. Akhirnya. Dan tetiba teringat abang teksi giler hari tu penah lalu sini.
La, dekat betul lalu sini. Lalu depan Saloma Bistro, Zouk. Nampak pulak BSN.
Kiri Public Bank.

Maka. Berakhirlah sesi jalan-jalan kota raya aku. Bagus gak. Pandai sikit jalan KL. Banyak tempat aku lalu tadi.


Coretan: Teringat ada orang Arab tanya aku, "Excuse me, where is Dynasty Hotel? Is it behind KLCC?" I said, "Sorry, I don't know where is Dynasty Hotel is, sorryy.." - Keje KL tapi bukan tau pun tempat-tempat kat KL ni.

Read more...

Ahad di rumah

>> 01 March, 2009

Jarang sekali hari Ahad ada kat rumah.
Selalu mesti ada kat tempat lain.
Minggu lepas dekat Penang.

Hari ini sessi kemas rumah.
Lipat kain baju yang bertimbun-timbun (abahsyasya yang basuh).
Kemas pinggan-mangkuk yang basuh tapi tak simpan.
Sapu & mop lantai rumah yang agak lama tak dimop.

Hmmm..
Apa lagi yek?
Petang nanti suruh abahsyasya basuh kereta yang agak lama tak dibasuh.
Sebelum tu...
Kita tido dulu, Syasya pun dah menggedik (sebab nak tido jugak).

Coretan: Bosan la duduk rumah...

Read more...

Erk? Apakah?

Tukar lagi?
Ingat lepas ni nak tukar template sebulan sekali lah.
Aci?


Coretan: Takde keje la tu...

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP