Jalan-jalan di kota raya

>> 05 March, 2009

Sebenarnya...
Aku jarang drive kereta sekitar KL.
Tapi hari ini kena explore jalan-jalan kat KL sendiri.

Dari Damansara ke Jalan Yap Kwan Seng.

Memula aku carik signboard jalan ke Kuala Lumpur.
Pastu aku carik lak signboard ke Jalan Tun Razak.
Sebab aku tau, Yap Kwan Seng dekat dengan Tun Razak.

Pastu tetiba, aku terkonpius.
Aku termasuk lak jalan ke Tugu Negara.
Maka, aku kena cari Jalan Raja Laut (sebab tu jer jalan yang aku kenal).

Lepas tu aku lalu depan Cosmopoint (aku pernah naik teksi lalu jalan ni, sori kawan-kawan Cosmo, tak sempat singgah jumpa korang, aku sesat sket, lenkali la yek)

Pastu aku jalan terus. Melalui Jalan Chow Kit. Owhh.Jalan ni penah pegi hari tu beli frame ayat Quran.

Pastu aku nampak signboard ke Kampung Baru - yeahh, ini dah dekat dengan Yap Kwan Seng. Bole ikut sini.

Tapi ntah macam mana, aku nampak balik signboard Jalan Tun Razak, so aku gatal masuk simpang instead of ke Kampung Baru.

Lepas tu, aku lalu roundabout, buat satu pusingan. Aku macam nak masuk ke kiri sebab macam nampak Istana Budaya kat sana.
Tetapi. Sekali lagi aku gatal nak ke Kampung Baru. (Padahal kalau aku masuk kiri tadi, memang confirm ke jalan Yap Kwan Seng.

So, kiranya aku U-turn balik, lalu jalan yang jem. (Aku tak sure jalan yang aku jalan tu jalan ape).
Aku teruskan perjalanan untuk masuk ke Kampung Baru kononnya.
Tapi malangnya tak boleh plak masuk ke kiri sebab tersalah jalan. Maka, aku terus je la.

Tetibe aku terfikir. Kenapa aku tak carik Jalan Sultan Ismail ek? atau Jalan Ampang. Kan ke lebih dekat.
Entah. Aku blur kot. Ye la. Sesat.

Pastu nampak signboard Jalan Yap Kwan Seng. Lega. Akhirnya. Dan tetiba teringat abang teksi giler hari tu penah lalu sini.
La, dekat betul lalu sini. Lalu depan Saloma Bistro, Zouk. Nampak pulak BSN.
Kiri Public Bank.

Maka. Berakhirlah sesi jalan-jalan kota raya aku. Bagus gak. Pandai sikit jalan KL. Banyak tempat aku lalu tadi.


Coretan: Teringat ada orang Arab tanya aku, "Excuse me, where is Dynasty Hotel? Is it behind KLCC?" I said, "Sorry, I don't know where is Dynasty Hotel is, sorryy.." - Keje KL tapi bukan tau pun tempat-tempat kat KL ni.

0 komentar:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP