kasut oh kasut

>> 17 March, 2009

Semalam hujan tersangatlah lebat.
Setiap kali hujan lebat, mesti kasut basah.
Sebab perlu redah segala lopak-lopak air.
Tempat parking kereta jauh.
Al-maklumlah.
Murah punya pasal RM3 (ranking - kedua murah, paling murah rm2.50)

Memandangkan kasut aku hanya ada SATU sahaja.
Memang sejak dapat kasut clarks, aku memang tidak membeli kasut lain.
Secara logiknya mahal, aku bukan banyak duit.

Memadai dengan hanya satu kasut sahaja.

Clarks Bay Water aku...


Akan tetapi...
Kalau kasut tersebut basah, apa yang hendak dipakai untuk kerja ye?
Aku hanya ada sandle biasa yang macam selipar (hari ni aku pakai).
Kasut tinggi ada, tapi sakit kaki berjalan. Tak mahu lah.

Maka.
Adakah ini memungkinkan untuk aku membeli SATU lagi kasut yang lain?
Untuk menggantikan kasut kerja aku yang kadang-kadang basah, tak sempat nak kering itu?
SATU lagi kasut selesa yang ringan? Lembut dipakai?

Hmmm....
Adakah ini?

Crocs Sassari

Crocs Cyprus

Atau mungkin.
SATU lagi Clarks?

...............

Ni nak cerita sikit...

Dulu aku ada banyak giler kasut.
Macam-macam jenis.
High heel, flat, sandle, wedges & segala macam lagi jenis kasut.
Tapi semuanya tak tahan.

Untuk makluman, sejak-sejak bekerja dah ada duit sendiri, aku memang beli kasut-kasut yang berjenama glamer aje (glamer tak semestinya mahal, ockeyyy. Kasut aku ada yang murah, ada yang mahal, seimbang~).
Sebab pada aku, jenama kasut itu penting.
Sebab jenama kasut tu orang bole tengok kalau kita bukak kasut....
Cuba bayangkan baju, handbag macam dah glamer giler (branded), sekali alih-alih bukak kasut, jenama "meow-meow".
Cam tak sesuwaiii kannn?
Tapi itu pendapat peribadi.
Masing-masing punya pendapat sendiri.
Tapi hati-hati la kalau keluar dengan aku ek, aku memang tengok brand kasut orang.
Hehehehe....


Coretan:
Bole lah kot nak jadi next wishlist? Huahauhua...

10 komentar:

suhanazainal 4:08 PM  

huhu takutnye nak pakai sandal cap ayam depan ko....

ABAHSYASYA 4:57 PM  
This comment has been removed by the author.
jellyna 4:58 PM  

yes, bahaya.. sandal bodo aku pon cap idong

zulfarina zulkeple 5:10 PM  

aku pon takut juge...tapi aku mcm berkenan la yg color pink tu kat mana mau beli?

jellyna 5:25 PM  

boutique crocs la beb.. sah sah tu crocs kan...hehehe

jellyna 5:45 PM  

eh zul, kalau hg beli, kemungkinan kita akan pakai kasut yg sama ke? hg beli kaler lain la, aku nak beli yg itu...

eh betul ke nak beli nih?

zamreen 7:36 PM  

wahaha ku punya Crocs Cyprus warna grey sbb yg colour mcm hang paste tu ofismate dah beli dulu, terpaksalah ku beli colour grey... anyway mmg comfy dan tahan lasak.

muza 1:27 PM  

hahaha...sib baik la aku ni pakai kasut yg cap yg mahal gak..klu dak mesti ko kutuk aku..hehehe

jellyna 12:03 PM  

hehehe, bagus-bagus, takpe..tak mahal takpe, tapi ada brand la..

Anonymous,  10:23 PM  

Kalau minat dengan kasut jenama crocs..ni..saya ada jual..cuba layari http://peniagasiber.blogspot.com

buat apa nak beli mahal-mahal kat kedai crocs...kualiti sama.dan original .cuma bezanya..i jual murah dari kedai crocs...

TQ

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP