syasya, ward & cupcakes

>> 27 March, 2009

Minggu lepas Syasya semput teruk.
Petang & malam, dua kali pegi bawak klinik biasa.
1 jam lepas amik neb, Syasya macam tak ok jugak, makin teruk.

Jadi, kami bawa Syasya ke KPMC. Doktor bagi neb sekali lagi.
Doktor kata kalau tak Ok, kena warded.
Alamak! Syasya tak pernah semput sampai kena warded.

Selepas itu, doktor kata nak amik darah & x-ray dada Syasya.
Nak tengok ada jangkitan kuman ke tidak.
Alamak! Syasya tak pernah kena amik darah & x-ray.


Lepas amik neb, Syasya tak Ok juga.
Maka, keputusannya warded.
Masa tangan Syasya kena cucuk nak amik darah, Syasya nangis jerit "Sakittt!".
Kesiannya Syasya.
Mula-mula dia macam takut dengan suasana ward tu.
Lama-lama dia ok. Tapi dia ajak gak balik nak tido kat rumah.


Maka. Siang keesokan harinya mama tak kerja. Nasib baik abah cuti sekolah.
Patutnya mama order cupcakes kat member mama nak ambil hari tu.
Tapi dah Syasya sakit, tak dapat la mama pegi amik.
Minta tolong kawan mama bawa kan balik.


Kesian Syasya.
Sejak minggu lepas lagi Syasya minta cupcakes tu. Syasya nak cake gambar Dora, Garfield dengan Tweety.

Petang tu Syasya dah bole keluar ward.
Alhamdulillah dah ok.
Malam tu pegi amik cupcakes idaman hati Syasya.


Harap Syasya tak kena semput teruk lagi lepas ni. Makan tu kena pantang.
Dengar tu Syasya, nanti doktor cucuk lagi tangan Syasya. Jangan degil ye Syasya.

Coretan: Kejap jer dia lemah. Lepas dah ok, tergedik-gedik dlm sepital tu.

0 komentar:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP