Anne of Green Gables

>> 30 April, 2009

Aku mula tengok cerita Anne of Green Gables ni kat TV1 ke TV2 dulu-dulu (1980-an++).
Masa tu aku masih sekolah rendah lagi. Tak ingat masa tu umur berapa.

Anne & Gilbert


Tapi aku memang suka sangat menonton cerita ni.
Setiap episod aku takkan terlepas.
Aku pun dah lupa storyline cerita ni.
Apa yang penting kerjasama cerita ni memang best sangat dulu.

Dan tiba-tiba.
Aku nak tengok balik semua episod Anne of Green Gables.

Yang aku ingat, aku memang suka episod masa Anne masih kecil.
Time ni aku cam suka dengan Gilbert gak.
Bila part dah besar, dia dah start bercinta aku cam malu-malu sket nak tengok.
Apesal ek?

Cerita ni guna pelakon yang sama dari dia kecil sampai dia besar.
Apa-apa pun...
Aku layannnn...

Coretan: Suka layan cerita-cerita lama macam ni...

Read more...

Zero point...

Ada satu hari tu aku terjumpa member sekolah rendah aku dulu dalam Facebook. (Baguskan FB ni, yang jauh didekatkan, yang didekat dimesrakan)

Salah satu memori aku dengan member sekolah rendah aku tu ialah main getah Zero Point.

Memori sungguh lah!

Sapa je yang tak main getah Zero Point tu dulu-dulu? Even member aku tu lelaki pun main getah zero point. Terer lagi tau!

Pastu tadi, ada lak sorang member tanya macam mana nak main Zero Point tu. Dia ni member kepada member sekolah rendah aku tu. Kebetulan dia member sekolah menengah aku dulu kat Muar. What a small world! Jejak kasihan kejap.

Member aku ni, dia ada exhibition. LAT's Exhibition yang mana company aku pon ada join gak, wat animated series untuk LAT. Member aku ada program untuk anak-anak subscribers, maka dia nak memperkenalkan la mainan dedolu ni. Dia tanya semua orang cara bermain, semua orang pun taktau.

Aku pun sebenarnya tak berapa ingat, walaupun aku juara main Zero Point dulu (Kaki panjang beb!)

Ni nak kasi ingat sket macam mana nak main Zero Point dulu-dulu...

Ada beberapa steps.

  • Pemain kena langkah jangan kena getah kat kaki, kalau kena dikira mati.
  • Masa langkah tu kena cakap: Zero point... (dan diikuti seterusnya, kena cakap, lutut, pinggang, ketiak, leher, etc)
  • Zero point - getah kat lantai/padang, semakin lama semakin naik, buku lali, lutut, peha, pinggang...
  • Sampai kat pinggang & ke atas, kena lompat sebelah kaki tu kira sampai 10. kalau tak dpt habiskan, dikira mati.
  • Sampai point atas sekali kat kepala (letak getah kat rambut). pastu abis kot.
Setakat ini je yang aku ingat la cara nak main getah Zero Point.

Coretan: Teringat baling selipar, galah panjang, konda kondi, rounders.. Uhuks!

Read more...

Mei 2009

Bulan Mei 2009 ni ada 3 upcoming birthdays.

05-05-09 : Atuksyasya punya besday
07-05-09: Abahsyasya punya besday
28-05-09: Syasya punya besday


Jadi, apakah rancangannya?
Belikan hadiah?
Memandangkan atuksyasya & abahsyasya pernah menyuarakan kehendak mereka.
Maka, aku mungkin... ya, mungkin (tertakluk kepada pindaan ongkos) akan menghadiahkan apa kehendak mereka itu.


Untuk atuksyasyaAtuksyasya asyik tanya je pasal water dispenser Tupperware di rumah. Dia nak beli sendiri. Memandangkan memang tengah ada offer skang ni, ada baiknya aku belikan & kasi hadiah sempena besday. Mesti atuksyasya suka.

............

Untuk Abahsyasya:
Setiap kali kalau shopping kat Ikea, abahsyasya mesti pegi tengok kusi Poang ni. Setiap kali dia akan angkut kotak kusi ni atas trolley. Dan setiap kali itu dia akan letakkan semula kotak kusi ini ke dalam rak semula. Sebab mamasyasya macam kata kusi ni tak berapa penting berbanding meja makan, etc. Setiap kali pergi, memang tak jadi beli.
Maka, dengan ini aku ingat nak share dengan neneksyasya sorang RM++ (rahsia) supaya dapat belikan abahsyasya kusi ini? Mesti abahsyasya suka jugak.

...............

Untuk Syasya
Memandangkan Syasya seorang budak kecil yang memang pandai meminta-minta hinggakan terlalu banyak yang dimintanya. Maka, aku terpaksa meng'shortlisted' segala permintaan Syasya tersebut. Hadiah untuk Syasya masih belum dapat difikirkan lagi. Kena memikirkan pros & cons jika Syasya mendapat barangan hadiah tersebut. Adakah Syasya akan menggunakannya dengan wajar atau tidak? Maka, Syasya tunggu aje lah ye apa yang mama nak belikan untuk Syasya nanti. Apa-apa pun Syasya mesti suka je apa-apa yang mama belikan...

..............

Besday aku pun baru je berlalu minggu lepas.
Aku memang dapat hadiah daripada abahsyasya yang mana aku sendiri la yang pilih.
Walaupun abahsyasya bagi aku bajet lebih, tapi aku potong bajet tu menjadi separuh. Motif? Konon nak beli kasut baru tapi tak beli pon..Huahuhua

Maka, dapatlah handbag Esprit yang tak mahal sangat ni. Aku suka sebab besar. Senang nak simpan barang macam-macam. Akhirnya...


Coretan:
Sebaik main kutu..Oopss!

Read more...

Tag - Profile Photo

>> 28 April, 2009

di'tag' oleh suhana anak pakcik zainal...

1. Letakkan gambar profile anda


2. Terangkan apa maksud gambar itu?

Maksud:
Keriangan sebuah keluarga tanpa aku. Aku tengah amik gambar time tu. Sambil-sambil Syasya yang baru terel buat 'peace sign', boleh tunjuk skill. Abahsyasya baru balik keje. Gambar ini disnap semasa kami di rumah lama yang kawasannya tak berapa best.

3. Kenapa pilih atau letak gambar itu?
Ya Sue, aku memang suka guna gambar-gambar the other half aku. Aku memang tak berapa minat nak letak gambar aku sendiri sebagai profile. Sebagai tanda I love my family. Poyos!

4. Tag 5 lagi blogger

Muza
Kak ain
Ismadiana
Jijah
Chuopies

Coretan: Macam-macam jenis tag ek?

Read more...

Akak Ella & Puisi Hamba

>> 27 April, 2009

Makin lama lagu akak Ella ni makin mengada-ngada bunyi nya.
Akak Ella suara sedap.
Nape akak Ella nyanyi ngada-ngada sangat sekarang?
Kenapa akak Ella?
Taktau la kalau telinga orang lain dengar sedap je kan.
Tapi aku dengar tak sedap lak. Ngada-ngada sangat.
Style kot. Tapi dulu tak macam ni pun nyanyi?
Lagu dia best la jugak.
Tapi akak Ella mengada-ngada sangat bunyi suaranya.
Ekk, ekkk... Ish
Hmmm...


Puisi Hamba - Ella

Coretan: Akak Ella best sebenarnya...

Read more...

30-an

>> 24 April, 2009

Alamak. Hari ni genap umur aku 30.
Ish. Selamat tinggal 20-an...
Alalalala. Dah tua.
Lagi 10 tahun masuk 40-an pulak.
Tua tua tua.


Semoga hari-hari mendatang akan lebih indah & menggembirakan.
Semoga rezeki lebih murah.
Semoga panjang umur dapat hidup bersama keluarga yang tercinta.

Coretan: Malam tadi Syasya nyanyikan lagu Hefi Besday Mama. Bestnye ada budak kecik nyanyikan untuk diri ini.

Read more...

Polis trafik yang bagus

>> 23 April, 2009

Sejak berbulan-bulan aku drive ke tempat keje di KL, jarang sekali aku jumpa polis trafik macam pakcik ni.
Bangga sungguh aku.
Dia halau kereta yang potong queue supaya jangan masuk simpang.
Bagus!
Padan muka pompuan-pompuan 'ca ya nun alif' yang potong queue tu.
2 kereta dia halau, 2-2 pompuan 'ca ya nun alif' yang drive.
Sorry to say.. But I really hate 'ca ya nun alif' woman drivers.
Derang ni drive kete macam samseng taik kucing di jalanan.
Cam s**l. Sebab dah banyak kali kena kan.
Oopss, teremosi pulak.
Anyway, bagus polis trafik tadi tu.
Boleh naikkan pangkat dia.

Coretan: Ada sorang pakcik yg bukan polis trafik suka jaga trafik. Time dia jaga, trafik jadi sesak. Hish!

Read more...

Pindah

>> 22 April, 2009

Ya. Kalau anda semua dah baca kesemua blog opismate saya.
Anda memang dah tau cerita pasal pindah-pindah ni.
Siapa kena pindah ke mana. Mana kena pindah ke siapa.

Sebelum tu, adalah sikit-sikit jamuan makanan a.k.a potluck a.k.a farewell party sempena perpindahan kami itu.

Sebelum majlis bermula. Siap ada videoman lagi.

Masing-masing bawak makanan.

Aku pun bawak la jugak makanan aku yang tak seberapa tu.
Sandwich jer...
Cari la gambar sandwich dalam gambar di bawah.

Makanan angle #1

Makanan angle #2

Ada bos bawa brownies. Kitaorg semua puji sedap. Aku pon puji sedap. Tapi. Aku terfikir jugak. Kenapa yek brownies dia tak lembut macam brownies yang aku selalu buat?
Brownies aku macam kek. Brownies dia macam biskut.

Orang lain pun puji sedap.
Tapi kan, aku rasa brownies dia 'bantat' la. Tu sebab macam biskut. Tapi 'bantat' pun sedap la. Sebab ingredient dia agak mahal. Apa pun, penat wife dia buat k
an? Time kasih...

Brownies yang ....


Cupcakes bertulis "FAREWELL POTLUCK'

Gambar time makan-makan tak sempat amik. Sila tengok di blog opismate saya yang lain. Derang ada gambar.

Ini harta aku yang sebenarnya tak penuh kotak pun.

Ini tempat aku yang lama. Tinggal kenangan.

Derang kata
tempat kitaorg ni ada makhluk halus selalu bermain di situ. Siapa yang balik lambat, mesti dapat merasai kehadiran mereka.
Entahla, aku tak pernah balik lambat sorang-sorang, so aku tak pernah rasa.

Skang ni kitaorg macam lagi 'rapat' dengan KLCC.
Dari tingkap opis jelas nampak KLCC.
Apesal dulu tak nampak ek?
Ooo, dulu opis cam ngadap sebelah Kampung Baru (belakang).
Skang ni, opis ngadap Kampung Baru dengan KLCC.
Apa-apalah.
Office ku ni memang indah di mata jer. Tapi sistem air-cond macam hampeh.

Inilah cubicle baru kitaorg...

Ini lah tempat baru aku.. Tepi tingkap. Agak panas sebab air-cond tah pape...

Coretan: Nanti aku apdet lagi gambar opis baru. Tak pon tengok je dalam blog opismate aku. Bosan lak apdet gmbr sama je semua org. Hehehe...

Read more...

Active Call Barrings

>> 16 April, 2009

Selama bertahun-tahun aku menggunakan handphone, aku tidak pernah menerima message ini.
Yang aku tahu, kalau tak bole send message, maknanya kredit dah abis.
Sila reload.
Tapi kali ni, dia tak suh reload. Dia terus tak bole call.
Owh, tepon aku kena bar rupanya.
Aku lupa bayar bil.
Hmm, yelah.
Nanti aku bayar ye Celcom.
Sori la, aku tak biasa pakai line. Baru sebulan.
LOL!

Coretan: Kekadang teringin nak reload hp?

Read more...

Errr, handbag lagi?

>> 14 April, 2009

Aku ni tak sudah-sudah survey handbag.
Ape kes?
"Saje nak berangan, tak bole ker?"

Aku dah lama berangan nak beli bag sling. Kalau dapat yang ini macam best jugak.
Tapi macam tak nampak pun masa survey kat Esprit KLCC hari tu.
Agaknya sebab bukan survey sling bag kot?

Esprit Teardrop Shoulder Bag
Price:
US59.50
RM215.15

Sesuai utk bersantai-santai, jalan-jalan, rendek-rendek...

Coretan: Asyik-asyik berangan!

Read more...

Tag ke ni?

Aku taktau la Chuop menda ni Tag ke tak.
Tapi untuk tidak mengecewakan (aku memang tak suka kecewakan orang), aku buat jugak la menda ni.

How well envoweled is Jalina Jalin?

Top 5 Facts for this Name:


  1. 45% of the letters are vowels. Of one million first and last names we looked at, 11.2% have a higher vowel make-up. This means you are very well envoweled.
  2. In ASCII binary it is... 01001010 01100001 01101100 01101001 01101110 01100001 00100000 01001010 01100001 01101100 01101001 01101110
  3. Backwards, it is Anilaj Nilaj... nice ring to it, huh?--> dulu masa sekolah aku mmg suka terbalikkan nama aku
  4. In Pig Latin, it is Alinajay Alinjay.
  5. People with this first name are probably: Male or female... We don't know yet. We're working on it!

3 Things You Didn't Know:


  1. Your personal power animal is the Naked Mole-Rat
  2. Your 'Numerology' number is 3. If it wasn't bulls**t, it would mean that you are enthusiastic, creative, optimistic, and fun-loving. You seek self-expression through words or the arts, and enjoy learning through life experiences.
  3. According to the US Census Bureau°, fewer than 0.001% of US residents have the first name 'Jalina' and fewer than 0.001% have the surname 'Jalin'. The US has around 300 million residents, so we guesstimate there is only 1 American who goes by the name Jalina Jalin. --> yes, I think so.

Kalau ini la power animal aku, takde pon takpe. Takde ke haiwan yang cantik sikit?

Coretan: Kena tag orang lain ke ni?

Read more...

Errr, Coach?

>> 12 April, 2009

Seperti yang diperkatakan oleh Kak Liza dalam chatbox,
Ya, memang design Coach yang sekarang ini begitu 'IN' sekali.
Sesiapa yang melihatnya pasti terpukau.
Mari kita lihat beberapa Coach yang terkini.
Jeng jeng...

Ini beberapa jenis yang diri ini berkenan la kan...

Bonnie Canvas Tote
PRICE:
US$298.00
RM1077.71

Bonnie Jeweled Canvas Carryall
PRICE:
US$698.00
RM2524.31

Bonnie Foldover Crossbody
PRICE:
US$278.00
RM1005.38


Hamptons Archive Stripe Carryall
PRICE:
US$328.00
RM1186.21

Bonnie Jeweled Canvas Large Tote
PRICE:
US$1,000.00
RM3616.49

Dan yang terakhir...

Penelope OP Art Travel Bag
PRICE:
US$698.00
RM2524.31


Hmm... Tengok la harga dia selepas convert to RM. Errr...Apakah mampu diriku ini? Aaaaa...

Coretan: Berangan aje la...

Read more...

Errr, handbag?

>> 08 April, 2009

Semenjak dua menjak ni, asyik pergi survey handbag je.
Al-maklumlah, handbag saya dah buruk.
Lagipun besday saya semakin hampir.
Abahsyasya pun sudah bagi lampu hijau, pilihler handbag mana yang berkenan...


Hari tu pegi klcc berkenan satu handbag kat Esprit.
Cantik design dia, warna grey, silver.
Memang cun. Tapi macam kecik sikit. Tak boleh nak muatkan macam-macam menda.
Biasalah kan. Orang ada anak yang tak berapa besar umurnya.
Hisap botol susu lagi. Puting.Kain. Keperluan Syasya...

Lagipun, niat di hati (ada ke patut), bajet yang abahsyasya nak bagi tu suruh beli handbag, aku nak cut sikit portion untuk handbag so that aku boleh beli Crocs/Clarks ke seketul. Aci?
Egegegege.

Tadikan.
Surf punya surf. Terjumpa lak handbag ni.
Cantiknya. Since aku memang mencari handbag yang berwarna silver grey.
Nak ganti Esprit yang terpaksa ku cancel itu.


Jeng jeng. Nantikan kehadiran handbag baru saya... Handbag ni ke??

Coretan: Lalalalala....

Read more...

layan tag lagi

>> 07 April, 2009

Ok Cikgu Isma, ni kisah aku..

1. When was your engagement?
Tak bertunang - risik je. Ingat lepas risik tu nak tunang. Lama-lama mcm tak tunang, terus decide tarikh nak kawen. Tarikh pun tak ingat.

2. When is your marriage anniversary?
11 June 2005

3. How long have you known your spouse?
Dari tahun 2000 sehingga sekarang (hampir 9 tawun)

4. How long did you date before you got engaged?
Hmm... oleh kerana not engaged, maka terus kira tarikh kawin je la yek.

Tarikh declare as couple: 11 June 2000
Tarikh declare as husband&wife: 11 June 2005
Total: 5 years

5. Where did you meet your spouse?

First met - sama ada abahsyasya datang ke umah (gentleman) ataupun kat tepi SafewayMart kat Jalan Kemuliaan, Taman Universiti. Tak ingat dah.

Biasalah, Taman U kan antara tempat glamer student-student UTM.

6. Eh? Ko macam tertinggal no.6 ek, Ismadiana?

7. Do you have any children?
Yes.

8. How many?
Currently 1 only. Nur Batrisyia nama nya...

9. Do you have any pets?
3 ekor ikan-ikan kecil di dalam aquarium kecil.

10. Do you own or rent?
Baru jer own a house. Pindah masuk Dec 2008.

11. Do you live in the country, city/town?
Near the city and not so kampung. Kawasan yang tenang. Tepi highway.

12. What is your favorite activity you do together?
Jalan-jalan cari makan.

13. Do you have a favorite vacation spot?
Tak kisah, asalkan menarik, asalkan Syasya gembira, asalkan kami gembira, kira ok la.

14. How many siblings do you have including in-laws?
4 (me) + 2 (hasben)

15. What mosque do you attend?
Erk, dah lama tak pegi mosque. Dulu masa bercinta suka singgah masjid Shah Alam.

16. Is this the mosque you got marrried in?
I nikah kat rumah parents I.

17. What town is your current address?
Kajang, Selangor

18. Do you work or stay home?
Work, tapi rasa macam malas dah bekerja.

19. Where did you go for your honeymoon?
Tak pegi honeymoon.

20. Leave a piece of marriage advice and tagged ur friends.
Hmm..ape yek?

Saya nak tau kisah...

Muza & Sue


Coretan: Tetibe teringat zaman bercinta kat UTM. Ahaks!

Read more...

Erk? Placenta?

>> 06 April, 2009

Plasenta tu uri kan?
Betul yek bole dijual begini.
Diiklan di billboard secara besar-besaran.
Boleh yek?
Macam tak percaya pulak.

Coretan: Macam-macam la.

Read more...

What every Blogger should know

Sejak beberapa hari lepas, macam ada beberapa kontroversi dalam blog kawan-kawan saya.
Dengan ini, saya mahu kongsi maklumat ini yang saya dapat dari blog seorang blogger yang hadir/dengar eLawyer conference.

What every Blogger should know
  • There is freedom of speech in blogosphere. You can write whatever you want (doesn't matter whether you are a Blogger or a commenter) but you have to be responsible of the stuff you wrote. There's liability for speech. Think before you write.
  • Everything that you produced yourself - be it the entries/articles you wrote, or photographs that you took, or graphics/songs/artistic works that you created - are considered Intellectual Property, and are automatically protected by copyright laws, with or without the copyright trademark.
  • Anyone who copies copyrighted materials without consent is infringing the copyright laws and can be prosecuted in court. It's that illegal!
  • If you want to copy or post articles, pictures, videos, etc that doesn't belong to you, give credit to source or ask owner's permission.
Maka. Dengan ini kawan-kawan pemblog semua. Blog anda adalah hak anda akan tetapi hati-hati.

Coretan: Tak bole terus terang sangat. Manusia hati lain-lain. Tak semua orang macam kita...

Read more...

chicken cornish

>> 03 April, 2009

Semalam termenonton chanel yang ada Samantha Brown tu.
Masa tu dia pergi satu kedai omputih mana ntah dengan kawan dia.
Pastu dia tunjuk kedai tu buat chicken cornish.
Orang kedai tu hulur kat derang berdua chicken cornish yang masih panas.
Samantha dengan rakannya pun makan dengan rakusnya.
Alamak! Terliur tekak melihatnya.

Maka...
Hari ini saya ke Secret Recipe untuk membeli Chicken Cornish keluaran Secret Recipe.
Saya minta yang Spicy (harga pun mahal sikit dari original) tapi rasa dia tak spicy pun.
Eloknya Secret Recipe letak harga sama jer dengan yang Original.


Itu saja. Sekian, terima kasih.

Coretan: Selalu tengok Chef at Home & License To Grill kat chanel AFC.

Read more...

Chinese Eye Test

>> 02 April, 2009

Macam best lak.
Cuba teka apa tulisan ini?

Tak nampak?
Sekarang, cuba anda tarik hujung mata kiri & kanan anda supaya jadi sepet macam mata orang cina...

Dah nampak kan apa dia tulis?

Coretan: Tahpape punya entry

Read more...

Sepet, Gubra & Talentime

Yasmin Ahmad kalau bab buat iklan Petronas memang best. Menyentuh jiwa.
Cerita-cerita Yasmin Ahmad pula mungkin boleh diklasifikasikan sebagai hebat oleh sesetengah orang atau tidak oleh setengah yang lain.

Apa yang penting.
Gadis melayu tidak semestinya berpakaian baju kurung 'cotton'.

Nak gambarkan Melayu tak perlu tunjuk Scene pakai telekung, sembahyang.
Tak sesuai sebab selepas itu ada adegan rapatkan muka antara lelaki & perempuan (paham-paham ajelah).
Tak sesuai sebab ada adegan dara & teruna tertidur kepala rapat-rapat (hmmm?).

Mak bapak orang Melayu tak semuanya sporting macam yang Yasmin Ahmad gambarkan.
Masa kecik, kalau aku pegi umah orang (kawan perempuan) lama-lama, pergi belajar/main, balik memang aku kena pukul.
Inikan pula jumpa lelaki?

Pada pendapat saya, zaman sekarang (millenium) kita memang dah memang rapat dengan semua bangsa, dah tak kisah kawin campur semua. Percintaan antara bangsa melayu, cina, india, serani semua dah lama berlaku. So, kisah Yasmin Ahmad ni mungkin dah outdated lah.

Even sekarang trend kawin dengan orang luar negara, ockeyyy!

Lagi satu saya tak berkenan, ceritanya kadang-kadang terlalu open minded.
Saya tak bole terima scene Harith Iskandar separa telanjang (pakai spender) berlari-lari di dalam rumah. Oh no!

Coretan: Tak pernah tengok wayang cerita Sepet & Gubra. Tengok kat tv jer. Tu pun sekali je tengok kat tv. Pastu kalau ada ulangan, malas nak tengok dah.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP