Mei 2009

>> 30 April, 2009

Bulan Mei 2009 ni ada 3 upcoming birthdays.

05-05-09 : Atuksyasya punya besday
07-05-09: Abahsyasya punya besday
28-05-09: Syasya punya besday


Jadi, apakah rancangannya?
Belikan hadiah?
Memandangkan atuksyasya & abahsyasya pernah menyuarakan kehendak mereka.
Maka, aku mungkin... ya, mungkin (tertakluk kepada pindaan ongkos) akan menghadiahkan apa kehendak mereka itu.


Untuk atuksyasyaAtuksyasya asyik tanya je pasal water dispenser Tupperware di rumah. Dia nak beli sendiri. Memandangkan memang tengah ada offer skang ni, ada baiknya aku belikan & kasi hadiah sempena besday. Mesti atuksyasya suka.

............

Untuk Abahsyasya:
Setiap kali kalau shopping kat Ikea, abahsyasya mesti pegi tengok kusi Poang ni. Setiap kali dia akan angkut kotak kusi ni atas trolley. Dan setiap kali itu dia akan letakkan semula kotak kusi ini ke dalam rak semula. Sebab mamasyasya macam kata kusi ni tak berapa penting berbanding meja makan, etc. Setiap kali pergi, memang tak jadi beli.
Maka, dengan ini aku ingat nak share dengan neneksyasya sorang RM++ (rahsia) supaya dapat belikan abahsyasya kusi ini? Mesti abahsyasya suka jugak.

...............

Untuk Syasya
Memandangkan Syasya seorang budak kecil yang memang pandai meminta-minta hinggakan terlalu banyak yang dimintanya. Maka, aku terpaksa meng'shortlisted' segala permintaan Syasya tersebut. Hadiah untuk Syasya masih belum dapat difikirkan lagi. Kena memikirkan pros & cons jika Syasya mendapat barangan hadiah tersebut. Adakah Syasya akan menggunakannya dengan wajar atau tidak? Maka, Syasya tunggu aje lah ye apa yang mama nak belikan untuk Syasya nanti. Apa-apa pun Syasya mesti suka je apa-apa yang mama belikan...

..............

Besday aku pun baru je berlalu minggu lepas.
Aku memang dapat hadiah daripada abahsyasya yang mana aku sendiri la yang pilih.
Walaupun abahsyasya bagi aku bajet lebih, tapi aku potong bajet tu menjadi separuh. Motif? Konon nak beli kasut baru tapi tak beli pon..Huahuhua

Maka, dapatlah handbag Esprit yang tak mahal sangat ni. Aku suka sebab besar. Senang nak simpan barang macam-macam. Akhirnya...


Coretan:
Sebaik main kutu..Oopss!

1 komentar:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP