Sepet, Gubra & Talentime

>> 02 April, 2009

Yasmin Ahmad kalau bab buat iklan Petronas memang best. Menyentuh jiwa.
Cerita-cerita Yasmin Ahmad pula mungkin boleh diklasifikasikan sebagai hebat oleh sesetengah orang atau tidak oleh setengah yang lain.

Apa yang penting.
Gadis melayu tidak semestinya berpakaian baju kurung 'cotton'.

Nak gambarkan Melayu tak perlu tunjuk Scene pakai telekung, sembahyang.
Tak sesuai sebab selepas itu ada adegan rapatkan muka antara lelaki & perempuan (paham-paham ajelah).
Tak sesuai sebab ada adegan dara & teruna tertidur kepala rapat-rapat (hmmm?).

Mak bapak orang Melayu tak semuanya sporting macam yang Yasmin Ahmad gambarkan.
Masa kecik, kalau aku pegi umah orang (kawan perempuan) lama-lama, pergi belajar/main, balik memang aku kena pukul.
Inikan pula jumpa lelaki?

Pada pendapat saya, zaman sekarang (millenium) kita memang dah memang rapat dengan semua bangsa, dah tak kisah kawin campur semua. Percintaan antara bangsa melayu, cina, india, serani semua dah lama berlaku. So, kisah Yasmin Ahmad ni mungkin dah outdated lah.

Even sekarang trend kawin dengan orang luar negara, ockeyyy!

Lagi satu saya tak berkenan, ceritanya kadang-kadang terlalu open minded.
Saya tak bole terima scene Harith Iskandar separa telanjang (pakai spender) berlari-lari di dalam rumah. Oh no!

Coretan: Tak pernah tengok wayang cerita Sepet & Gubra. Tengok kat tv jer. Tu pun sekali je tengok kat tv. Pastu kalau ada ulangan, malas nak tengok dah.

0 komentar:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP