Zero point...

>> 30 April, 2009

Ada satu hari tu aku terjumpa member sekolah rendah aku dulu dalam Facebook. (Baguskan FB ni, yang jauh didekatkan, yang didekat dimesrakan)

Salah satu memori aku dengan member sekolah rendah aku tu ialah main getah Zero Point.

Memori sungguh lah!

Sapa je yang tak main getah Zero Point tu dulu-dulu? Even member aku tu lelaki pun main getah zero point. Terer lagi tau!

Pastu tadi, ada lak sorang member tanya macam mana nak main Zero Point tu. Dia ni member kepada member sekolah rendah aku tu. Kebetulan dia member sekolah menengah aku dulu kat Muar. What a small world! Jejak kasihan kejap.

Member aku ni, dia ada exhibition. LAT's Exhibition yang mana company aku pon ada join gak, wat animated series untuk LAT. Member aku ada program untuk anak-anak subscribers, maka dia nak memperkenalkan la mainan dedolu ni. Dia tanya semua orang cara bermain, semua orang pun taktau.

Aku pun sebenarnya tak berapa ingat, walaupun aku juara main Zero Point dulu (Kaki panjang beb!)

Ni nak kasi ingat sket macam mana nak main Zero Point dulu-dulu...

Ada beberapa steps.

  • Pemain kena langkah jangan kena getah kat kaki, kalau kena dikira mati.
  • Masa langkah tu kena cakap: Zero point... (dan diikuti seterusnya, kena cakap, lutut, pinggang, ketiak, leher, etc)
  • Zero point - getah kat lantai/padang, semakin lama semakin naik, buku lali, lutut, peha, pinggang...
  • Sampai kat pinggang & ke atas, kena lompat sebelah kaki tu kira sampai 10. kalau tak dpt habiskan, dikira mati.
  • Sampai point atas sekali kat kepala (letak getah kat rambut). pastu abis kot.
Setakat ini je yang aku ingat la cara nak main getah Zero Point.

Coretan: Teringat baling selipar, galah panjang, konda kondi, rounders.. Uhuks!

5 komentar:

catz 2:11 PM  

wah teringat doulu2 ... akak dulu bleh lompat sejengkal dari atas kepala tu ... *sigh* skang paras lutut pun dah tak lepas kot wakakakaka

Mohd Riziqin Hill 2:56 PM  

hahahaha..

manual utk main getah zero point erk?

hehe~

rohamia 3:30 PM  

zero point...ha mmg best..aku pn bleh tahan men kira tererla...walaupn tinggi aku tak seberape...lebih kurang la cara ko main ngan aku...tp tak silap aku ade yg kita kena langkah pejam mata kot...btul ke?

Jajadomaq 3:44 PM  

Kalau K jajad lak... zero point tu kat bawah sekali.. bila naik atas, dia tambah 1 point lagi... so, kalau lutut.. kena ckp 1 point kalau lompat.. kalau naik pinggang, 2 points... begitulah seterusnya.. sampai brp byk point yg boleh pergi... kalau org tu last sekali paling byk point dia... dia la paling terar lompat... yg kak jajd punya tu, boleh kena getah tu.. janji lepas....sekian...

nota: pernah sampai ikat kat pokok getah tu sebab point dah tinggi sgt...

kazaztan 10:28 PM  

eheheh..betui tu ain..w/p aku kecik..tang yg sejengkal dr kepala aku lepas...ehehhe

jajad...aku ikat kat tiang...

citer pasai tiang terigt main com2 tiang tu...ehehhehe...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP