Happy Birthday Syasya!

>> 28 May, 2009

Happy Birthday Syasya,
Happy Birthday Syasya,
Happy Birthday to Syasya,
Happy Birthday Syasya...

Happy 3rd Birthday, Syasya!
Mama loves you sooo much!


Gambar birthday party Syasya last year...


Coretan: Tahun ni celebrate kecil-kecilan kat Klang...

Read more...

Makan, makan & makan

>> 27 May, 2009

Bila bab makan, biasa la, macam-macam teringin.
Bila teringin nak makan, orang tanya, pregnant ke?

Tak semestinya teringin tu kena time pregnant je.
Kalau tak pregnant pon boleh apa nak teringin.

Nasib metabolisme aku tinggi.
Makan banyak pun, badan tak membesar sangat kecuali lepas Syasya keluar dari perut 3 tahun yang lalu.

Abahsyasya yang macam semakin membesar. Oopss...

Maka,

Apa lagi yang aku teringin yang belum aku dapat makan?

.................

Prawn mee?
Huh! Lazattt, kat Avenue K sinun. Suka gak yang kat fudcourt Midvalley...

...............

Laksa Johor?
Baru pekena malam semalam, Laksa Shack - anyway, mak aku masak lagi sedap daripada Laksa Shack masak.

...............

Ani Sup Utara?
Dah makan beberapa kali. Memang I loikeee! Syasya pun suka. Abahsyasya yang tak minat sup pun suka. Dekat dengan sekolah abahsyasya, leh kirim selalu...

.............

Apa lagi?

Yup, Mee kari nenek Klang Syasya. Dah request. Minggu ni balik Klang, nenek Syasya akan masak. Nyam, nyam...


Coretan: Makannnn ajer lerr....

Read more...

Esok...

Esok, 28 Mei 2009.
Esok, harijadi Syasya.
Esok, pukul 6.30 petang, genap 3 tahun Syasya lahir ke dunia ini.
Esok, kena nyanyikan Syasya lagu Hefi Besday Syasya.

Kejapnya, esok.
Kejapnya, Syasya dah 3 tahun.
Kejapnya, Syasya dah besar.
Kejapnya, Syasya dah pegi sekolah.

Lepas ni, Syasya jangan nakal-nakal.
Lepas ni, Syasya takyah pakai pempes dah.
Lepas ni, Syasya takyah isap puting lagi.
Lepas ni, Syasya mesti jadi budak yang sangat baik.

Ok Syasya...

Mama ucapkan Selamat Hari Lahir yang ke-3.
Mama sayang Syasya.
Mama marah Syasya sebab mama nak Syasya jadi anak yang baik.
Mama pukul Syasya sebab mama nak Syasya dengar kata.

I love you Syasya, Sayang Syasya, Terima kasih Syasya...
(Dipetik & ditukar dari favourite phrase Syasya kepada mama kalau nak susu atau apa-apa).


Coretan: Lom beli hadiah Syasya lagi.

Read more...

Updet ler blog!

>> 26 May, 2009

Harap kawan-kawan saya yang ada blog tu kasi apdet la blog korang.
Aku dah bosan baca blog korang yang tak apdet-apdet.
Penat aku add link blog korang kat blog aku.
Sesapa yang rasa dah berminggu tak apdet blog tu, kasi apdet la seketul..
Korang bz ek?

Bored...

Coretan: Aku sendiri pun jarang apdet blog, akakaka

Read more...

Suatu pagi...

>> 22 May, 2009

Suatu pagi yang damai, di gerai nasi lemak. Ada aku, akak jual nasi lemak & akak yang menebeng.

Aku: Kak, nasi lemak satu lauk kerang, pastu kuetiau sebungkus letak sambal.

Akak nasi lemak: Okkk... (start bungkus la)

Akak menebeng: Dik, nak beli sabun muka tak? Muka untuk jerawat elok ni. (Sambil start bukak album nak tunjuk testimoni)

Aku: Muka saya mana ada jerawat kak. (Buta ke mata akak ni? Apa punya approach laa)

Akak nasi lemak: Ala, tak kawin lagi takper..(Akak ni memuji ke ni? Motif? Aku customer dia...)

Aku: Saya dah kawin dah, anak nak masuk 2 dah. (Nada bangga, sebab rasa muda, akakaka)

Akak nasi lemak: Oooo ye ke...

Akak menebeng: Oh, takde jerawat. Ha, tu jeragat ada banyak tu. Boleh pakai sabun ni. Seketul rm95. Nanti muka cantik je macam muka akak ni..(Sambil memegang mukanya)

Aku: Ooo, sabun tu. Saya dah penah pakai. Tapi tak jadi apa-apa pun. Muka saya ni memang susah sikit dengan produk-produk ni. (Banyak ke jeragat kat muka aku? Aku rasa tak kot?)

Akak menebeng: Oooo..

Akak nasi lemak: Ok, nah nasi lemak. RM4.

Aku: Ok.

Akak menebeng: Eh, aku pun nak balik lah. Lama pulak duduk kat sini. (Sambil pergi ke motornya)


Berakhirlah kisah suatu pagi yang damai di gerai nasi lemak ini...

  • Ish, muka aku mmg la ada sikit jeragat, tapi takde la banyak macam cara akak tu cakap. Akak ni, tak pandai promote betul.
  • Setakat muka konon cantik cam muka akak, muka je putih tapi tangan kaler biasa, takpe la kak, saya memang tak minat.Biarla kulit saya macam ni.
  • Kalau aku jadi akak tu, aku akan promote:
"Dik, muka adik dah bersih, tapi kalau adik pakai sabun ni, nanti warna kulit muka adik akan sekata. Kulit akan nampak lebih shining..."

Coretan: Aku pun penah kerja jadi promoter dedulu...

Read more...

Selamat Hari Guru Cikgu Zairie!

>> 15 May, 2009

Baru jer ucap selamat hari jadi kat Cikgu Zairie.
Ni dah kena ucap selamat hari guru lak.
Banyak betul celebration bulan ini.

Oleh kerana baru je belikan Cikgu Zairie hadiah harijadi hari tu.
Maka. Tiadalah hadiah untuk hari guru.

Sebenarnya...
Tak pernah pun bagi kad ke apa ke kat Cikgu Zairie setibanya hari guru.
Kesian dia kan?

Sebenarnya, saya ada membeli sekeping kad Hari Guru tahun lepas ke 2 tahun lepas.
Tak ingat dah.
Tapi lupa nak tulis, pastu terlepas tarikh hari guru.
Jadi kad tu disimpan & sekarang taktau letak kat mana....

Maka, sempena Hari Guru yang jatuh pada esok hari, 16 Mei 2009,
saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada Guru yang sentiasa di hati saya, di rumah saya, di mana-mana pun ada dia.


Selamat Hari Guru Abahsyasya!

dengan ucapan:
Jadilah guru yang baik, jangan pukul murid, nanti kena saman dengan mak bapak derang, tapi kalau derang degil sangat, ntah, suka hati la nak wat apa2 pun..


Coretan: Best ek jadi guru? Ramai apply KPLI?

Read more...

Hadiah untuk Syasya

Birthday Syasya tinggal lagi 13 hari.
Semakin hampir nampaknya.
Hadiah apa yang nak diberi kepada Syasya ye?

Tahun ini mungkin tiada sambutan besday secara besar-besaran untuk Syasya.
Ingat nak sambut di kalangan family aje.. Eh, tiap-tiap tahun pun memang sambut di kalangan family ajer.
Tengoklah macam mana.

Hadiah?
Macam ada 3 pilihan nak bagi Syasya nih.
Agak-agak yang mana satu Syasya dapat manfaatkan dengan sebaik-baiknya?
*Syasya suka sepah-sepah barang mainan.

Pilihan pertama:
vtech Pink laptop
Komen: Syasya boleh kenal beberapa huruf dah. Kalau ada laptop ni, forsure dia boleh belajar dengan lebih tekun. Bolehkah?
.................

Pilihan kedua:
Barbie Tri-scooter
Komen: Kalau ikut kelayakan umur untuk produk ni, Syasya dah cukup umur nak main. Syasya boleh beraksi hebat di jalan depan rumah & di depan jiran-jiran yang seumur dengannya. Masalahnya boleh ke Syasya main menda ni tanpa terjatuh? Tentu tidak kan? Kalau beli menda ni, kena beli sekali dia punya helmet, knee-pad etc untuk keselamatan sejagat... Kena tambah bajet ler plakkk!

..................

Pilihan ketiga:
Light & Sound Kitchen Center
Komen: Wah, menda ni kalau Syasya main memang best. Syasya selalu berangan masak nasi goreng ayam. Pastu, alamat bersepah-sepah la rumah dengan periuk belanga dia. Mampukah Syasya mengawalnya?

.................

Hmmm.. Abahsyasya, what say you?

Coretan: Tengoklah nanti apa yang Syasya dapat. Ntah-ntah takde satu pun yang di atas. Kui3x... Sian Syasya

Read more...

Tengahari ini

Ingat memula nak ikut rakan seopis pegi iSetan KLCC sebab ada Preview Sale.
Macam menarik idea shopping tu.
Dapat bayangkan bagai nak terkeluar biji mata tengok harga yang terpampang. (pengakuan sebenar)

Tapi bila difikirkan semula idea itu...

  • dengan keje tak siap lagi,
  • dengan duit yang tak berapa nak ada sangat pun sebenarnya,
  • dengan perut yang lapar nasi (dah 2 hari tak menjamah nasi)
Terpaksa batalkan saja lah niat nak membeli-belah itu~

Maka, turun fudcourt bawah, jengah kedai Kak Tom, tetiba jumpa...
Wah! Siput sedut masak lemak kuning dengan batang keladi!
Alamak, lama giler dah tak makan. Meleleh air liur (style Sarimah dlm diari AF)....

Apa lagi, cedok la siput sedut tu barang 10-20 ketul + batang keladi. Tambah lak ayam goreng berempah.
Adus, sedap betul aku makan tengahari ni. Srupps, srupps - bunyi aku menyedut siput. Agagagga... Bestnya. Heaven.

Dulu masa duduk kat Semenyih ada gak la masak sendiri, selalu ada sebab kat pasar situ ada jual siput sedut hidup.
Dah duduk Kajang ni, pasar Kajang baru sekali jer pegi.
Tu pun sebab kenduri pindah umah hari tu.
Lepas tu, haram nak pegi lagi.

Tu je lah kisah tengahari ini, kisah siput sedut & saya.

Coretan: Nak makan ketam masak chili yang kat Jeram, Kuala Selangor itu....

Read more...

Ada apa dengan brooch?

>> 13 May, 2009

Ini ada satu cerita.
Seorang perempuan keluar dari toilet setelah bersolat di surau.
Dengan suara yang kuat (perempuan ini memang bersuara kuat, agak menjengkelkan, macam nak menarik perhatian)...

Dengan suara yang kuat, dia bertanya kepada salah seorang opismate, dialog dia lebih kurang macam ni la:
Perempuan: Mana ntah pegi brooch aku. Aku letak dalam bilik air tadi. Skang dah takde.
Opismate: Oh ye ke.
Perempuan: A'ah. Ada dua brooch, satu besar satu kecik. Yang kecik tu hilang.
Opismate: Cicir kat mana-mana kot...

Cara dia bertanya kan, macam ada orang curik brooch dia yang dia tinggalkan dalam bilik air...
Eh? Hello? Siapa la nak curik brooch ko tu? Ingat orang takde brooch sendiri?

Tidak berapa lama selepas itu.
Aku masuk toilet. Nak solat jugak. Dah siap amik air semayang semua, aku amik tisu kat tepi sink.
Keting!
Eh? Brooch?
Apakah ini?
Ini brooch perempuan suara kuat tadi!

Hah! Ko yang salah letak, ko bising-bising kata orang curik brooch ko ek?
Tengok! Brooch ko yang macam harga seposen satu, ingat ada orang nak curik ke?
Brooch aku pun 10 juta kali lagi lawa la...
Ingat orang hingin ke nak pakai brooch macam ni. Apetah lagi nak curik?
Kalau pakai pun brooch cenggini, rasanya kalau hilang pun tak heran.
Takde lah tuduh-tuduh orang curik kot...

Inilah brooch perempuan itu... Tak menarik kan? Kecoh mak nenek...

Bodoh ke tak bodoh ek?
Jangan tuduh-tuduh please...

Coretan: Poyos punya orang...

Read more...

Happy Mother's Day

>> 11 May, 2009

Rasanya masih belum terlambat nak wish Happy Mother's Day untuk semua mothers di dunia ini.

Walaupun aku bukan jenis yang celebrate Mother's Day - bukan taknak, tapi tak dibiasakan (mak aku pun tak berapa amik kisah bila Mother's Day kot)

For me, everyday is a Mother's Day - aku bagi hadiah kat mak tak ikut masa, rasa nak bagi, aku bagi jer... tak caya tanya mak aku~



Apa pun, sebagai seorang mother, aku nak ajar lah anak aku supaya menyambut Mother's Day - boleh aku dapat hadiah banyak kali setiap tahun. LOL!

Ahad semalam kami sekuarga di Beranang celebrate suprised Mother's Day for neknyang Syasya. Neknyang Syasya asyik syahdu jer setiap event yang berlaku:
depan pintu dah nangis,
anak-anak peluk nangis gak,
anak-anak nyanyikan lagu Selamat Hari Ibu - pun nangis,
potong cake pun nangis,
dapat hadiah - pun nangis...
Terharu sangat neknyang Syasya...

Boleh view gambar & cerita kat blog abahsyasya.

Aku bangga dengan family abahsyasya. Bersatu padu, sayang mak derang~
Bersatu hati adik beradik, tak macam family belah mak aku.. Oopss~
Dengan adik beradik pun nak gaduh-gaduh, I really don't understand...



Adik-beradik kan darah daging, buruk baik, adik-beradik kita juga, ingatlah jasa-jasa orangadik-beradik, jgn mudah lupa. Orang ada kakak sayang sangat, ini ada kakak menci kemain. Tah pape~ Macam ler teruk sangat kesalahan, mentang-mentang dah senang sikit (Apa aku merepek?)




Co
retan: Walaupun tak wish kat mak, tapi sentiasa ingat jasa mak...Takpe mak, you always have us - your family....

Read more...

Happy Birthday Cikgu Zairie!

>> 07 May, 2009

Hari ni 07-05-09. Birthday abahsyasya.

Semoga panjang umur hendaknya... (tambah amal ibadat, uban pon dah ada selai dua)
Dimurahkan rezeki... (ye, rezeki mu, rezeki ku jua)
Naik pangkat jadi Guru Besar Pengetua... (boleh ke?)

Hari tu kata nak belikan abah Poang kan?
Dah beli dah. Ni gambar abahsyasya sedang DIY dia nyer POANG.
Kembang kempis idong...

Gambar ehsan: Blog abahsyasya

HAPPY BIRTHDAY yang ke ...!
I LOVE YOU SO MUCH!

Coretan: Atuksyasya pun dah dapat water dispenser idaman dia. Tinggal hadiah Syasya je ni...

Read more...

Betul tak?

>> 06 May, 2009

Tetiba cam tertengok iklan-iklan tv dulu-dulu.
Teringat lak zaman kecik-kecik. Aku minum ke tak ek susu ni? Aku pon tak ingat..
Betol tak? Betollll...


Cuba teka yang mana satu abang Fara Fauzana?

Coretan: Terkenang zaman kanak-kanak...

Read more...

Talam dua muka

Tiba-tiba pagi ni ada orang buat aku geram nak mampus!
Geramnya aku!
Eiii, talam dua muka!
Benci aku!
Mesej aku tanya khabar konon.
Pada masa yang sama nak ajak ngumpat orang lain.
Yang dia tu tak sedar dia tu talam dua muka.
Ingat aku tak tau?
Depan aku cakap lain, depan orang cakap lain?
Pretend dia baik la konon depan aku. Cakap pasal orang lain. Macam dia tak terlibat sama.
Blah la wei.
Sudahlahhhh...
Bencinyaaa talam dua mukaaaaa!!
Puas hati aku dapat reply mesej tu. Mesti dia tunjuk mesej tu kat orang-orang tu nanti.
Nasiblah!

Coretan: Ramai talam 2 muka kat sekeliling aku ni.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP