Selamat Hari Guru Cikgu Zairie!

>> 15 May, 2009

Baru jer ucap selamat hari jadi kat Cikgu Zairie.
Ni dah kena ucap selamat hari guru lak.
Banyak betul celebration bulan ini.

Oleh kerana baru je belikan Cikgu Zairie hadiah harijadi hari tu.
Maka. Tiadalah hadiah untuk hari guru.

Sebenarnya...
Tak pernah pun bagi kad ke apa ke kat Cikgu Zairie setibanya hari guru.
Kesian dia kan?

Sebenarnya, saya ada membeli sekeping kad Hari Guru tahun lepas ke 2 tahun lepas.
Tak ingat dah.
Tapi lupa nak tulis, pastu terlepas tarikh hari guru.
Jadi kad tu disimpan & sekarang taktau letak kat mana....

Maka, sempena Hari Guru yang jatuh pada esok hari, 16 Mei 2009,
saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada Guru yang sentiasa di hati saya, di rumah saya, di mana-mana pun ada dia.


Selamat Hari Guru Abahsyasya!

dengan ucapan:
Jadilah guru yang baik, jangan pukul murid, nanti kena saman dengan mak bapak derang, tapi kalau derang degil sangat, ntah, suka hati la nak wat apa2 pun..


Coretan: Best ek jadi guru? Ramai apply KPLI?

3 komentar:

abahsyasya,  6:32 PM  

xkan xde hadiah..blanja makan pizza hut udang yg br tu ke..

abahsyasya,  6:32 PM  
This comment has been removed by a blog administrator.
suhanazainal 8:09 AM  

Apekate ko wish 'selamat bulan mei' aje kat zeri. Pakej terus utk hari buruh, hari jadi, hari belia, hari guru, sib baik dia tak selebret hari wesak gak. Huhu.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP