Tengahari ini

>> 15 May, 2009

Ingat memula nak ikut rakan seopis pegi iSetan KLCC sebab ada Preview Sale.
Macam menarik idea shopping tu.
Dapat bayangkan bagai nak terkeluar biji mata tengok harga yang terpampang. (pengakuan sebenar)

Tapi bila difikirkan semula idea itu...

  • dengan keje tak siap lagi,
  • dengan duit yang tak berapa nak ada sangat pun sebenarnya,
  • dengan perut yang lapar nasi (dah 2 hari tak menjamah nasi)
Terpaksa batalkan saja lah niat nak membeli-belah itu~

Maka, turun fudcourt bawah, jengah kedai Kak Tom, tetiba jumpa...
Wah! Siput sedut masak lemak kuning dengan batang keladi!
Alamak, lama giler dah tak makan. Meleleh air liur (style Sarimah dlm diari AF)....

Apa lagi, cedok la siput sedut tu barang 10-20 ketul + batang keladi. Tambah lak ayam goreng berempah.
Adus, sedap betul aku makan tengahari ni. Srupps, srupps - bunyi aku menyedut siput. Agagagga... Bestnya. Heaven.

Dulu masa duduk kat Semenyih ada gak la masak sendiri, selalu ada sebab kat pasar situ ada jual siput sedut hidup.
Dah duduk Kajang ni, pasar Kajang baru sekali jer pegi.
Tu pun sebab kenduri pindah umah hari tu.
Lepas tu, haram nak pegi lagi.

Tu je lah kisah tengahari ini, kisah siput sedut & saya.

Coretan: Nak makan ketam masak chili yang kat Jeram, Kuala Selangor itu....

0 komentar:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP