Aku & Kereta

>> 30 June, 2009


10 fakta pasal aku dan kereta
  1. Aku dapat lesen kerete umo 18 tawun.
  2. Aku beli kete tawun 2005 sejurus selepas kawen. (Eh? Baru 4 tahun kete aku ni? Lamanya lagi nak abis bayo.)
  3. Aku baru 2 kali idupkan sendiri roadtax kete. Sebelum ni abahsyasya yang uruskan.
  4. Aku dah 2 kali eksiden berturut-turut. Setelah 11 tawun bawak kete. 2 kete yang berlainan.
  5. Aku tukar kete dengan abahsyasya sebab KL hari-hari jem. Kete abahsyasya auto.
  6. Aku punya kete adalah kete Mesia. Bukan kete import.
  7. Aku tak penah pam tayar kete.
  8. Aku punya kete jarang basuh. Selalu berdebu jer. Sebaik kaler gold.
  9. Aku nye nombor plat kete lebih kurang nombor plat kete abahsyasya, *7*7.
  10. Aku sayang kete aku walaupun kete aku kecik.
Ini kereta aku (kete kecik jerrrr)

Ini kete abahsyasya.

Coretan: Syok tengok orang pakai kete hebat-hebat...

Read more...

Akhirnya, KFC...

Dapat jugak aku makan KFC.
KFC pon skang dah mahal.

Terjuih mulut Syasya tengok KFC.
Sebenarnya dia tak heran sgt, suka keropok KFC tu je katanya.



Aku ingat lagi dulu hage Snack Plate RM4.90 jer.
Skang ni dah dekat nak seploh hinggit Snack Plate yang sama.
Pebenda la seme benda nak mahal skang ni.

Cuba bayangkan bau KFC...

Sedapnyeeee KFC Original recipe.
Aku memang tak bole nak jemu la makan KFC Original.

Ni KFC kat US. Len sket kan?

Memang tak bole tahan la.
Tetibe.
Rasa nak makan KFC lagi.
Camne?

Coretan: Menjejes lak air liur.

Read more...

Can you spot the difference?

Ish ish.
Tak abis-abis aku ni pasal Crocs.
Sekati la kan.
Ni blog aku yang punya.
Hehehe.

Cuba carik apa perbezaan antara Crocs Syasya dengan Crocs Original di bawah?

Dah tau kan? kan?


Sebaik RM25 je.

Cuba kalau aku beli hage dia RM60 ke? Ke?
Mesti nyesal tak beli Crocs untuk aku sendiri.

Yang penting logo Buaya tu tetap ada.
Yang lelain tak pasan pon.
Kalau kaji betul-betul baru perasan.

Coretan: Suka buat kajian selepas pembelian. Hobi.

Read more...

Bazaria Larut Malam Danau Kota

>> 29 June, 2009

Sampai jugak kat sini.
Asik citer je minggu lepas.
Crocs Syasya pon dah dapat seketul.

Ni first time sampai area sini.
Orang yang memang duk area Setapak memang la tak heran kot.
Tapi. Aku heran.
Sebab aku tak penah pegi lagi.

First impression masa sampai sini.
Besarnya bazar ni.
Banyak giler booths.

Tengah tunggu pakcikSyasya pegi park kete. Susah gak nak parking kete kat sini.
Lambat je, takde tempat parking la. Biasa ler tu. Tetempat gini.



Pertama-tama sekali sampai.
Of cos la carik booths Crocs kan.
Dah kata ada jual Crocs murah sini.
Adik aku (pakcikSyasya) pon cakap sini ada jual Crocs.


Atuksyasya pon ikut gak.

Kitaorg pegi 2 kete.
Sebab aku lepas tu nak balik Kajang.
Derang dah tentu la balik Klang balik.

Ekceli bertuah gak la atuksyasya ngan neneksyasya nak ikut.
Dah ler memalam buta.
Kol 11 malam baru sampai.
Kol 11 malam baru nak sopping.

Ei, ikut mak aku tu memang tadek la.
Berjalan memalam buta gini...

Tapi.
Dek kerana derang ni nak tengok Crocs untuk maksuEnoiSyasya tu.
Derang ikut je kot.

Sesambil tu.
Boleh la nak cuci mata.
Agaknye la.

Dari kiri: MaksuEnoiSyasya, nenekSyasya, atukSyasya, Syasya, pakcikSyasya.
(Ko menggedik Syasya, memang gegar la gambar ko.
Ni camera henpon jer. Isk.)

Ada pentas karoke. Kelakar la. Kat memana pon nak kena ada karoke ek?


Secara keseluruhannya.
Bazar ni memang besar.
Ada puluh-puluh gerai. Ke ratus ek?
Entah la. Tak kira pulak.

Tapi.
Sebenarnya kan...
Banyak gerai yang sama je.
Ulang-ulang jer gerai tu.

Kebanyakan gerai yang ada.
Gerai jual t-shirt, baju-baju pompuan, kasut.
Yang banyak sekali gerai jual baju la.

Rasanya sama je kot di setiap bazar camni.
Rasanya yang kat downtown Cheras pon cani la kot.
Cuma yang kat downtown tu tadek jual Crocs.
Tu je lah kot.
Nanti aku nak pegi downtown Cheras tu plak.

Ok la.
Aku ada la perasaan nak pegi lagi sekali.
Sebab maksuEnoiSyasya kata dia nak pegi lagi.
Kot saje nak beli Crocs lagi ke tu?
Hehehe.

Mahap ler, gambar memang tadek yang semenggah. Aku tadek DSLR.


Coretan: Habis dah kisah Danau Kota.

Read more...

Misi mencari Crocs murah

Malam Ahad tu pakcikSyasya ajak pegi Uptown.
Aku bajet Damansara Uptown.
Akan tetapi.
Tiba-tiba.
Aku terasa pakcikSyasya bukan nak ke Damansara Uptown.
Sebab dia ada cakap pasal Crocs murah.
Apakah ke situ?

Ke Danau Kota kah kita?

Ye.
Amat betol rupanya.
Memang dia nak ke Danau Kota, Setapak...
Lahhh! Akak ko ni pon baru last week macam nak pegi situ gak.

Bagus betul.
Jom kita pegi reramai.

Maka.
Aktiviti mencari Crocs murah dimulakan.
Kitaorang pegi memang nak carik Crocs sahaja.
Diulang suara.
CROCS sahaja.
Ok?

...............

Gerai pertama yang ada jual Crocs ditemui..

Gerai kedua. Oopss, tak pasan. Yang tergantung bebanyak tu takde LOGO CROCS. Sori, rejek!

Ha. Yang ni ada. Tapi Crocs untuk bebudak sajok.
Ada Crocs Mickey Mouse jerrr.
Aku tak berkenan. Kaler pon tak menarik. Next gerai, please!

...........

Sedang berjalan-jalan.
Jumpa satu gerai yang memang jual Crocs semata-mata.
Banyak gak jenis Crocs yang gerai tu ada.

For woman: Olivia, Malindi, Sporty Adara, Santa Cruz, Prima
For man: Aku tak perasan, bley? Aku dok sibok tengok yang woman's. Hehe.

Harga?
RM55 seketul.
Tawar boleh dapat rm50.
Teruja?

..............

MaksuEnoiSyasya & Abahsyasya yang agak menggelabah tengok Crocs murah itu~

..............

Kat gerai itu juga ada banyak gak Crocs cecomel for kids.
Yep.
Memang RM25 seketul.
Ada Crocs DORA yang sungguh comel itu!

Kesian Syasya, selema meleleh pon mak bapak dia dah tak nampak.


Yeay!
Syasya dapat gak seketul Crocs Dora putih strap pink yang sungguh comel.
Syasya nak pakai terus Crocs itu.
(Kompem-kompem ini perangai ni mamasyasya - pakai terus ok!)

Yes, pakai terussss!

Syasya punya Crocs DORA yang kiut! RM25 jer.
Penting woo LOGO CROCS itu~


................

Ekceli.
MaksuEnoiSyasya pun dah lama mengidamkan kasut Crocs.
Tengok kat butik rege ratus-ratus.
Kumpul duit 8 bulan pon lom dapat-dapat nak beli lagi.
(Camna nak dapat? Kumpul duit, pakai balik, kumpul, pakai - adatlah student mehhh)

Jalan punya jalan.
Jumpa lagi satu gerai jual Crocs.
Kali ini.
Selambak!

Menggelabah aku dengan maksuEnoiSyasya menggemburi Crocs selonggok itu.
Giler!
Walaubagaimanapon.
Walau selambak, walau selonggok.
Takde jugak yang sesuai dengan jiwa.

Ada Olivia tapi kaler biru le pulak.
Terpaksa rejek.
Susah nak matching baju laa.


Neneksyasya pon tolong carik gak. MaksuEnoiSyasya - hilang pedoman cari size.


Susah maksuEnoiSyasya carik Crocs idaman ati dia.
Last-last dia dapat Crocs Alice kaler merah ati.
Dengan hage - RM50.

Tak kisah la.
Janji ada LOGO Crocs kat kasut tu.
Penting tu~
(Gambar Crocs maksuEnoi? Tak sempat nak amik)
..............

Sebenarnya kan.
Susah jugak nak carik Crocs yang kita suka dengan size yang sesuai kat sini.
Limited size, limited colour & limited design.

Kita suka kaler ni.
Size lak takde.

Size ada.
Design lak tak best.

Design dah suka.
Kaler lak tak menarik.

Tapi.
Rege memang murah.
Crocs for woman & man lingkungan RM55.
Crocs for kids lingkungan RM25.

Kualiti pon selembut Crocs bebetul tu.
Sama je.

So now,
Everybody can wear Crocs!
Huhu haha hihi.

Coretan: Abahsyasya terkenang Crocs Offroad. Murah!

Read more...

Geril-menggeril

Dari kiri: Grilled Ayam Satay Style, Grilled Lamb Chop, Grilled Chicken Western Style


Pagi Ahad.
Semua orang pon belom bangun tido lagi.

Pukul 11 pagi.
Abahsyasya dah nak start aktiviti menggeril.
Umat manusia yang lain baru nak warm-up sikit-sikit.
Takpe la.
Kasi kita start dolu.

Setup bara api

Testing sikit dulu.

Sambil bakar ayam sambil bercinta~

Mandor datang tengok (terliur la tu)

Syasya agak tak tahan dengan tahap kepanasan & keasapan proses pembakaran ini...

Mesti la ada gmbr bertiga.
(Ish, aku tak suka tudung ni, macam indon, memang kena ejek dek abahsyasya laa)


Tabah membakar demi perut yang dah lapa

Timbunan lamb yang telah digrilled.

3 pinggan Grilled Lamb Chop untuk mereka yang dah lapa sangat.

Yang lain semua tengah kusyuk santap Lamb Choppp, Abahsyasya jer sempat tengok camera.

Yeah.
Sukses, sukses.
Sukses jugak akhirnya aktiviti geril-menggeril kitaorg.
Seme pon kenyang...
Seme pon kata sodap macam kodai...
Adik-beradik ikhlas memberi komen ok?

Amacam? Next aktiviti?

Coretan: Malam ni nak pegi satu tempat.

Read more...

Mombloggersplanet

>> 28 June, 2009

Kepada ibu, mama, mummy, ummi dan tak kisah la apa panggilan yang anak boleh panggil.
Sekarang ni ada satu komuniti baru khusus untuk kaum wanita yang menyandang title itu.

Mombloggersplanet

Ye lakan.
Zaman blog tengah glamer skang ni, ramai gak mak-mak yang suka berblog.
Yang keje. Yang duk umah.
Semua dah connected to the world dah skang.
Hanya melalui internet...

Kat sini kita boleh dapatkan informasi berkaitan blog.
Blogging tutorial, blogging tools, blogging tips.

Selain itu.
Ada jugak Marketplace untuk mencari macam-macam produk.
Cloth Diapers, barang-barang secondhand & sebagainya lah.

Kat sini juga kita boleh dapat kawan-kawan baru.
Dengan meletakkan juga blog kita di dalam BlogDirectory.
Nanti blog kita ada dalam list tu.
Kita pon boleh pegi kat blog orang lain jugak.

Jadi kepada yang bergelar moms,
Kalau suka, boleh la ke mombloggersplanet.com & daftar la kat situ.

Coretan: Best ape ada ramai kawan. Dulu chatting boleh dapat kawan. Skang ni dengan blog pon bole dapat kawan gaks.

Read more...

Balik Klang

Setiap bulan kalau takde hal memang wajib balik Klang.
Semata-mata untuk berjumpa nenekKlang ngan atukKlang Syasya.
Semata-mata menghabiskan masa kualiti bersama mereka.
Ceh, ayat..

Syasya plak memang yo yo-an nak balik Klang.
Sejak-menjak dia dapat bercakap dengan maksu Enoi dia dalam telepon.
Asik-asik sebut nak balik Klang.
Poyo + kesian.

NenekKlang Syasya ni konsep dia suka masak macam-macam.
Masak, masak, masak.
Kitaorg punya konsep pulak.
Makan, makan, makan.

Nasi lemak sambal sutun kering nenekKlang Syasya.

Hasilnya.
Of cos la.
Toilet menjadi tempat kunjungan 3-4 kali (sebab asik makan je ler).
Giler.

Dan seterusnya.
Pagi itu juga.
Abahsyasya memulakan aktiviti hari Ahad kitaorg...

Assembling tempat menggeril itu. Lah, comel je menda ni rupanye.
Aku ingat tinggi paras pinggang.
Bole laa...

Tadaa! Dah siap pasang dah. Lalala...

Coretan: Tunggu semua orang bangun dulu baru nak start apa yg diplan.

Read more...

Kamera DSLR, saya suka tapi...

Sekarang ni kan.
Memang ramai giler orang ada kamera DSLR (digital single-lens reflex).
Cam best kan.
Gambar cun giler.

Banyak betol la duit orang yang ada DSLR itu.
Jeles aku.

Aku pon suka DSLR.
Tapi.
Dah tentu la aku lom ada uwang lebey untuk membeli kamera jenis itu.
Sebab.
Kalau ada uwang lebey, dah tentu aku ada DSLR tu jugak.
(Takpe, masukkan aje dalam wishlist tu)


Bercakap pasal DSLR.
Teringat pulak iklan kamera Canon DSLR EOS kat tv.

Aku rasa iklan Canon tu macam agak tahpape.
Konsep dia menyanyi macam ala-ala High School Musical la.
Siap ada lirik pula kat bawah.
Nak ajak orang nyanyi sama-sama la tuh~
Tapi.
Aku rasa iklan Canon EOS kat tv tu macam 'cheapscale'.
Aku paham Canon nak buat ala-ala High Sschool Musical.
Malangnya.
Yang terhasil macam video klip karoke yang takde bajet pulak.
Video klip yang guna ntah sape-sape pelakon tak kenal.
Ish ish ish.
Sadis la aku tengok.

Bukan nak cakap la kan.
Agaknya kalau iklan Canon tu guna pelakon yang terkenal sikit.
Mungkin akan jadi OK sikit kot?
Takde la nampak macam 'cheapscale'?
Memang terpaksa la terima realiti, populariti itu penting.
Canon pon glamer ape.
Entah.

Coretan: Ini pendapat aku jer. Tak kisah la apa pendapat orang lain.

Read more...

Plan ujung minggu

>> 27 June, 2009

Ujung minggu ni punya plan dah diplan sebulan yang lepas.
Pakngah Apin Syasya la tanya masa balik Klang bulan lepas.

Bila difikir-fikir.
Ye la.
Dalam reramai, dia sowang aje yang jarang (ke tak penah?) join event kuarga.
Kecuali raya je la.

Ok la.
Sekali sekala ape salahnye.

Tapi.
Kena tong-tong (share).
Tak mampu le akak ko ni nak sponsor semua.

Pagi tadi kitaorg pon pegi la beli bahan-bahan untuk planning tersebut...

Agak-agak ni bahagian mana kat dlm Tesco tu? Ada jual kipas, pengepit...

Syasya, jangan la main kipas tu! Amik gambar cepat!
(Mama nak masuk dalam blog ni. Akakaka)

Ooo arang. Macam dah tau kan ape plan ujung minggu ni... Huhuhu.

Dan.
Akhir sekali...

Tempat menggrill... Kebetulan pulak ada 20% less. Ini suda bagus ni~

Abahsyasya cadangkan beli tempat menggeril itu.

Mula-mula.
Aku ingat nak beli tempat macam orang bakar sate tu jer.
Yang macam orang jual sate kat kedai tu.

Tak terpk la pulak nak beli yang macam ni.
Menarik jugak ni.

Lagipon.
Abahsyasya kata yang tempat bakar sate tu kena carik meja la pulak nak letak menda tu.
Betul jugak.

Aku pon menerimanya seikhlas hati.
Ala.
Aku memang suka kan? Kan? Kan aku kan?
Akakakaka.

Jadi.
Semua pon dah tau ape plan ujung minggu aku ni...
Sudah tentu la aktiviti menggeril, bakar membakar.

Eh? Ni nak beli ape sebenarnya ni? Fokus please!


Coretan: Pasni ni selalu la wat barbeku.

Read more...

Adakah MJ Islam?

>> 26 June, 2009

Tadi masa Roha bagi kat aku link ni.
Terharu gak tengok abang MJ ni beri ucapan atas kematian adiknya.

Tapi.
Ada perasan satu menda la.
Dekat last ucapan itu.
Jermaine Jackson sebut dialog camni: "May Allah be with you Michael, always. Love you."

Cuba tengok kat sini.
Kat last sekali ucapan abang dia tu...


Maknanya kan.
Betul yek Michael Jackson memang dah Islam.
Abang dia ni pun memang Islam ek?

Alhamdulillah.
Kalau betul-betul MJ memang sudah Islam.

Coretan: Peliharalah Islam...

Read more...

Midnight bazaar

Nama melayunya: Bazaria Larut Malam

Maknanya.
Kat mesia ni ada 2 jenis pasar malam
Satu pasar malam yang start dari petang sampai 10 malam gitu.
Satu lagi pasar yang start memang dari malam sampai la ke larut malam atau awal pagi.

Bercakap pasal pasar malam.
Dah biasa.
Sape je yang tak penah pegi pasar malam.
Eksyen la tu kalau tak penah pegi pasar malam.

Ni nak citer pasal bazar larut malam (midnight bazaar) ni.
Aku rasa aku macam penah pegi sekali ke 2 kali jer kat bazar camni.
Eh? Ke tak penah ek? Hehehe...

Well.
Ekceli konsep bazar tengah malam ni bermula dari Damansara Uptown.
Yang memang glamer especially dari mulut adik aku.
Asik-asik Uptown. Asik-asik Uptown.
Ko budak lagi, bole ler jalan-jalan situ memalam.
Selalu pon tak kisah.

Ni la ghoman Midnight Bazaar Danau Kota itu~
*ghoman = rupa

Jadikan.
Sekarang ini, atas promotion Kak Liza.
Aku macam terasa ingin nak ke Midnight Bazaar kat Danau Kota tu.
Dengar citer situ lah skang ni bazar tengah malam yang paling besar area KL/Selangor.
Dengar citer juga ada Crocs murah from China (ah tak kisah la, janji ada logo Crocs, orang bukan tau).
Budak punya Crocs RM25 jer...

Ok.
Nanti aku nak pegi.
Jom abahsyasya n Syasya?

*Ni ada beberapa Midnight Bazaar yang boleh kita lawati:
  1. Taman Danau Kota (Off Jalan Hulu Kelang) - Nightly from 9pm except Thursdays.
  2. KL Velodrome Carpark in Bandar Baru Tun Razak (Cheras).
  3. Sentul Raya, Sentul
  4. Taman Setiawangsa
Coretan: Lalalala...

Read more...

Farrah Fawcett & Michael Jackson

Malam tadi masa menyefing internet terbaca pasal Farrah Fawcett mati.
Ala.
Farrah Fawcett yang berlakon citer Charlie's Angels yang lama dedolu tu.
Farrah Fawcett yang rambut dia menjadi ikutan mak-mak kita dedolu tu.
Rambut dia yang diblow sini sana.
Kembang semacam.
Memang begitu 70's sekali lah.



Pehtu.
Pagi tadi.
Dengar citer lak dalam radio Micheal Jackson pulak mati.
Eh betul ke?
Memula macam tak percaya.
Sekali tu memang betul.


Tak sangkanye lahai.
Tak sempat Farrah Fawcett nak glamer.
Michael Jackson tetap jugak yang glamer.
Walaupun dalam situasi dia dah tak bernyawa...
Kwang3x.

Papepon kan.
Aku memang suka gak la dengan Michael Jackson.
Lagu-lagu dia yang aku suka (semua orang pon suka):

  • Billie Jean (teringat David Cook nyanyi version dia kat AI)
  • Bad (memori sungguh).
  • Thriller (video klip antu)
  • Smooth Criminal (best best)

Tetibe teringat pulak lagu Thriller dia tu.
Aku memang takut tengok video klip Thriller dia tu dulu.
Ye la. Aku agak budak lagi masa tu. Darjah 1 ke 2 ntah.
Ada lak antu-antu dalam tu.
Agak takot la..




Itam betul MJ time ni kan?

Coretan: Hari ni mesti melambak-lambak cerita pasal MJ kan?

Read more...

Makan malam itu

Di ujung-ujung bulan begini.
Umah aku semua dah takde.
Poket kering, barang umah pon ikut kering jugak.

Minyak masak pon bole takde kat umah.
Konsep betul la.
(Jangan la orang datang umah aku time mcm ni, memang kompem dapat makan biskut chipsmore la gamaknye)

Memula abahsyasya buat roti telur guna marjerin.
Lepas makan.
Terasa macam ketidakcukupan & ketidakkenyangan perut pula.

Lantas.
Abahsyasya merelakan diri untuk pergi membeli sate.

Oooo.
Aku lupa abahsyasya keje gomen.
Gomen dah gaji rupanya..
Aku yang blom gaji. Aku je yang miskin hina.


Bole la tahan sate ni.
Tapi.
Jauh lagi sedap la sate Haji Samuri.
Sate Haji Samuri punya kuah kacang best, sedap ada sambal cili kering itu.
Tu yang kasik 'kick' bila makan sate Kajang Haji Samuri.

Sekian.

Coretan: Ingatkan abahsyasya nak p beli KFC. Huhu.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP