Antara Ribena & Sirap

>> 19 June, 2009

Syasya mintak mama belikan Syasya, air Ribena.
On the way ke opis, mama singgah Shell isi minyak.
Ternampak Ribena, mama terus belikan sekotak untuk Syasya.
Petang nanti mama nak bagi Syasya, Ribena permintaan Syasya itu.

Syasya minum tiga suku. Ada lagi suku dalam kotak.
Mama simpan dalam peti ais.
Esok, Syasya boleh minum lagi.

Pagi keesokkan harinya, mama keluarkan Ribena Syasya dari peti ais.
Iye.
Syasya tak bole minum sejuk-sejuk.
Nanti kena semput.

Lepas mandi Syasya nampak Ribena atas oven mama.
Syasya pegang tapi dia picit sampai air Ribena tu terkeluar.
Kena oven, menitik ke lantai.
Mama pukul tangan Syasya.
Syasya terus pegi depan pakai baju. (Tadi kan lepas mandi)

Tak lama lepas tu.
Mama baru teringat, Syasya tak minum lagi Ribena dia.
Mama panggil Syasya suruh minum.

Akan tetapi.
Syasya kata dia takmo.
Alamak! Merajukkah Syasya?
Siannya....
Mesti terbantut selera dia nak minum tadi masa mama pukul tangan dia tu.
Alaaa... Siannya Syasya...
Terharu lak den.

Syasya kata lagi, "Minum la, abiskan."
Erkkk...
Syasya memang dah taknak minum Ribena tu.
Siap suruh mama yang habiskan.
Terharu sekali lagi.

Syasya, Ribena & Sirap.
(Nampak tak titisan sirap yang tumpah tu?)


Pastu Syasya cakap.
Mama nak sirap!

Fuhhh!
Rupanya dia nak sirap.
Patutla dia taknak Ribena tu.

Sekali lagi, dia tumpahkan pulak sirap yang dalam cawan.
Tumpah lagi!
Tapi mama tak pukul dah.
Kang Syasya merajuk takmo minum sirap pulak. Hehehe...

Coretan: Kadang-kadang nyesal pukul, tapi dia nakal sangat. Setakat cakap mulut, tak layan punya. Camne?

0 komentar:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP