Apakah itu H1N1?

>> 25 June, 2009

Mari amik tau pasal H1N1.
Sekarang ni H1N1 semakin merebak di Malaysia.
Semakin lama semakin dekat dengan kita.

Cikgu sekolah abahsyasya pun ada sorang dah kena kuarantin (hasben dia pegi luar negara).
Skang ni pon kes dah sampai kat Cheras - dekat je tu (KL & Selangor)
Bahye bahye.



Yang aku paham (melalu pembacaan la kan):

Influenza A a.k.a selsema babi atau nama glamernya H1N1 adalah sejenis virus yang menjangkiti haiwan bernama khinzir.

Akan tetapi.
Sekarang ini virus itu telah mula beralih arah untuk menjangkiti manusia pula.
Jadi.
Dengan ertikata lain, virus ini berjangkit kepada manusia.
Sangat mudah berjangkit.
Dengan hanya bersin & batuk.
Ish ish ish.

Jika anda mengalami:
  • demam - suhu badan boleh jadi amat panas, 39 darjah celcius (102.2 degrees F) ke atas.
  • rasa penat
  • batuk-batuk
  • pening kepala
  • sakit-sakit sendi
Anda mungkin dijangkiti virus H1N1.

Selain itu, H1N1 juga boleh menyebabkan:
  • muntah-muntah
  • cirit-birit
  • sakit abdomen akut (amat sangat)
Untuk yang ada anak-anak terutamanya yang umurnya di bawah 5 tahun.
Mereka adalah berisiko tinggi.
Jadi.
Sekiranya anak-anak korang:
  • Alami demam yang tinggi suhunya
  • Asyik tidur & takmo berinteraksi
  • Takmo makan
  • Susah bernafas

Silalah bawa berjumpa doktor.

*Sumber diperolehi dari:
http://www.babycenter.com.my/


Coretan: Tu la omputih, suka sangat buat citer merepek. Takmo la jadi mcm citer Outbreak tu. Ya Allah, minta dijauhkan. Aminnn...

1 komentar:

Rantong 10:23 PM  

Salam ziarah. Blog yang menarik.

View Profile: Rantong™

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP