Besday Syasya yang Simple

>> 12 June, 2009

Tahun ni memang tak buat besday party untuk Syasya.
Sian Syasya.
Tapi.
Takpe la kan Syasya.
Takkan tiap-tiap tahun nak celebrate.
Kita potong cake kat rumah je dah la...

Hari 28 Mei 2009 itu.
Mama bawak Syasya pegi kedai kek.
Kedai kek biasa-biasa je. Tapi takde la kedai kek Acong sangat.

Konon mama nak beli kek yang murah-murah jer.
Sekali Syasya pilih nak yang ada stoberi.
Yang mahal dari yang mama nak beli.
Suruh pilih yang lain takmo, nak yang ada stoberi jugak.
Ish, ish.
Tensen gue.
Belikan aje la. Sian lak.

Lupa.
Syasya pow jugak sebungkus plastik ada belon 5 ketul, RM2.50.
Cisss...





Cake ni la yang Syasya pow mama.

Kebetulan pula malam tu, makcik-makcik kecil Syasya nak datang umah.
Mak bapak derang nak amik perfume kat abahsyasya.
Boleh la potong cake dengan Syasya...

Dengan cake harijadinya...

Tiup lilin lepas nyanyi lagu Hepi Beday Syasya

Ramai ni je la orang yg celebrate besday Syasya. Ok la tu. Syasya tetap ceria.

Dengan bangga Syasya potong cake tu. Nak bagi kat sume orang...

Lepas itu.
Hujung minggu tu pulak, kitaorg balik Klang.
Memang niat nak sambut besday Syasya kecil-kecilan kat umah Klang ajer.
Dengan atuk, nenek, pakngah, pakcik & maksu enoi.

Kena la beli cake lagi sebijik.... Kopakkk...

Lilin no.3 tu murah jer, 60 sen seketul.

Syasya pon pose sorang-sorang depan cake. Tapi ramai orang amik gambar depan dia tu. Pakngah, abahsyasya (2 orang je..ehehhe)

Syasya pon tiup cake sorang-sorang...

Potong cake... Pon sorang-sorang jugak...

Lepas tu, kitaorg pon makan cake.
Sebenarnya neneksyasya masak banyak giler hari tu.
Ada nasi impit, kuah kacang, rendang ayam, soto.. Bla bla bla.

Entah sapa nak makan ntah.
Tapi memang neneksyasya suka konsep masak banyak-banyak walaupun takde orang nak makan.
Iyo lah...

Walaupun besday Syasya takde party besar-besaran.
Tapi.
Syasya tiup & potong cake 2 kali.
Kan ke spesel tu Syasya?

Coretan: Janji hepi.

0 komentar:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP