Casa Rachado, Port Dickson - Part 1

>> 08 June, 2009

Abahsyasya memang suka buat idea gila.
Aku ingat nak bawak Syasya pegi mandi kolam air panas - kat mana-mana ajelah yang dekat.

Dan. Secara tiba-tiba juga.
Abahsyasya memberi cadangan bernas mandi air laut kat PD.


Wah! Agak tempting sebab aku macam dah lama tak pegi cuti-cuti Malaysia.
Terasa agak beruk juga perasaan ini.
Lama dah tak berjalan.
Hujung minggu asik makan, tidoooo aje kat umah.

Sampai Syasya pun bosan...
Asyik tengok katun, katun, katun.



Maka.
Sabtu itu.
Aku kemas beg.
Lepas solat Zohor, kitaorang redah ke PD.

Niat nak tido semalam kat sana sebab dah petang, memang la tak sempat nak bermandi-manda.
Kitaorang nak tido PD semalam.
Tapi bilik hotel pun tak booked.
Gamble gile, dah ler time cuti sekolah.
Nasib la kalau tak dapat bilik.
Dapat penat jer nanti.

Akhirnya...
Setelah penat bertanya dari satu hotel ke satu hotel (Abahsyasya yang pegi tanya sebab dia yang nak gamble).

Akhirnya...
Kitaorang dapat la sewa 1 apartment 2 bilik yang bagak besar padahal yang nak duduk dalam tu 3 dewasa & 1 kanak-kanak... jer...
Rembat je la.

Ni depan entrance lobby Casa Rachado
(suar jeans aku tu yang besar ek?)

.............



Apartment ni ala-ala konsep apa pun aku tak berapa tau.

Apartment kitaorang 3 dari bawah, yang siang-siang lampu luar dah On.

Rehat kejap, baru sampai.

Ni kat balkoni ruang tamu.


Rasanya macam konsep Resort ni konsep English kot.
Old classic English style.
Agaknya lah.

Perabut dia macam perabot buat sendiri pastu cat kaler ijau + kuning.
Kaki kerusi pula besi kaler hitam.


Lantai dia warna cokelat kasar-kasar macam lantai porch kat luar rumah.


Dapur yang kitaorang tak guna pun. Sempat jerang air Syasya jer..


Dua beranak ni sempat pose sambil baring

Ni dekat balkoni dari bilik tidur kitaorg.

Apartment kitaorg corner lot.
Maka, semua tempat ada view pantai/laut.
Macam la asyik nak view pantai/laut.
Tapi.
Seperti yang dikatakan tadi.
Ini je satu-satu apartment yang available.
Hentam sajalah.


Ok. PD part 1 berakhir di sini.
Nantikan PD - part 2 pula.

Sekian...

Coretan: Huh, gambar cam hampeh, malas nak edit.

3 komentar:

jijah 3:58 PM  

seksinyer syasya kat umah yer...nape syasya gi pd tak ajak umar ngan ammar, boleh swimming sama2...

jellyna 4:05 PM  

hehe, aku tgk balik gmbr syasya, pastu aku gelak.
hmm, next time kita plan pegi sama-sama nak? mesti syasya suka...

Jajadomaq 3:34 PM  

wahhhhh gumbiranya.. lalallalala.... bila la nak gi cuti2 ni.....

jal, nampaknya sudah transform jadi mommy yg happening!!! hebat3!!!!

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP